"Anak saya bukan anak luar nikah."
Sedih Fatin Afeefa ketika membuat siaran langsung di TikTok petang tadi.
Kredit foto: IG
Menurut Fatin, bekas suaminya iaitu Adam Shahz banyak membuat cerita tidak betul antaranya tidak membenarkan jumpa anak dan mengugut untuk menyebarkan gambar di pub.
Dalam sesi siaran langsung itu, Fatin menjawab persoalan netizen yang bertanya mengenai isu sebenar antaranya dan bekas suami.
“Saya tak pernah halang dia (Adam) jumpa anak-anak. Saya tak pernah buruk-burukkan bapa anak saya. Sangat kebudak-budakkan untuk sentuh mengenai anak saya. Anak saya Arrian bukan anak luar nikah, tolonglah!" ujarnya.
Kredit foto: IG
Fatin juga kesal dengan sikap Adam yang culas dalam menunaikan tanggungjawabnya membayar nafkah anak.
Katanya, Adam mengambil kesempatan untuk 'menyerangnya' apabila Fatin tidak boleh membuat pendedahan mengenai kes mereka kerana sudah menandatangani kontrak.
"Melampau. Hanya kerana awak tak nak saya berkahwin, awak buat macam ni kepada saya. Melampau," ujarnya.
Pelakon itu juga menegaskan dirinya tidak takut hak penjagaan anak dirampas bekas suami kerana dia yakin dirinya lebih berkemampuan.
“Macam ni Adam awak buat saya. Saya doakan rezeki awak dimurahkan. Kalau awak nak saman, tolonglah saman saya. Peguam saya dah sedia, kami ada semua dokumen. Saya sudah lebih dari bersedia cuma saya nak awak (Adam) keluarkan duit dulu sebab saya dah penat nak keluarkan duit saya dulu.
Kredit foto: IG
“Saya dah penat. Saya dah tak larat. Dah lima tahun.. saya dah move on,” katanya sambil menayangkan cicin di jarinya. - CARI
Kredit video: IG Story/TikTok |