|
Penyanyi Shila Amzah mendedahkan yang dia tidak lagi mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.
Disebabkan hal itu, Shila yang kini merupakan peserta Gegar Vaganza 9 tidak kisah jika ada keperluaan untuk dia menyebut nama pelakon itu di khalayak umum.
IG Sharnaaz/Shila
“Sebenarnya, hal itu mudah, apabila kita sudah move on, semua perasaan akan hilang, even perasaan benci sekalipun tak akan ada.
“Bila kita sudah move on, takkan ada secebis sisa rasa apa pun terhadap bekas kekasih kita. Bila orang nak sebut nama Sharnaaz even saya sedang sebut nama dia sekarang… I don’t feel anything,” katanya kepada Gempak.
IG Shila
Shila mengulas mengenai reaksi wajahnya yang bersahaja ketika menyebut nama Sharnaaz menerusi montaj selingan yang ditayangkan sebelum persembahannya menerusi Konsert Minggu Keenam GV9 yang berlangsung minggu lalu.
Dalam pada itu, Shila berkata, secara profesional dan peribadi, dia tidak mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya itu.
IG Sharnaaz
“Saya tak kisah pun… secara profesionalnya atau peribadi, saya tiada masalah dengan Sharnaaz.
“Selalu sahaja saya bergurau dengan fans kalau mereka ada sebut nama Sharnaaz. Saya macam tak mengapalah, asalkan korang happy sudahlah ek,” tutup Shila.
Sumber: Gempak |
|