CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 1

Nasha Aziz Setuju Rupa Lagi Penting, Tapi Sanggup Ke Nak 'Sekolahkan' Pelakon?

[Copy link]
Post time 28-10-2022 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Nasha Aziz akui bersetuju dengan kenyataan seorang penerbit yang mengutamakan rupa paras berbanding bakat bagi membintangi sesebuah drama atau filem.


Jelas Nasha, isu tersebut bagaimanapun bergantung juga kepada penerbit itu sendiri sama ada bersedia menyediakan ‘ruang mendidik’ kepada pelakon atau sebaliknya.




IG Nasha




“Saya boleh terima juga dengan kenyataan tersebut, bagaimanapun ia bergantung juga kepada penerbit itu.


“Jika penerbit itu rasa dia mempunyai satu ruang untuk mendidik dan menyediakan sesi mengajar kepada barisan pelakon, itu adalah sesuatu yang bagus.


“Tetapi jika produksi itu tiada ruang untuk mengajar pelakon, itu bermakna mereka tidak sempat untuk sajikan ruang itu. Tetapi itu tidak menjadi masalah kerana pelakon itu sudah pun dibayar,” katanya.


Nasha ditemui ketika sesi majlis sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Jesnita yang berlangsung di TGV, Sunway Velocity Mall pada Khamis.




IG Nasha





Dalam pada itu, aktres berusia 52 tahun turut mempersoalkan persediaan pihak penerbit  seandainya mereka bertindak mahu menyediakan ‘ruang mendidik’ tersebut.


“Jika ada produksi yang sanggup menyediakan ruang belajar kepada pelakon itu adalah sesuatu yang sangat bagus. Namun, sanggupkah mereka bayar untuk berlakon tetapi dalam masa sama mahu ‘sekolahkan’ pelakon itu juga?  


“Atau mungkin, pelakon itu tidak perlu dibayar, sebab sudah ‘disekolahkan’, kerana daripada situ mereka sudah dapat ilmu, jika situasi yang begitu pun pada saya bagus juga,” ujarnya.


Selain Nasha, drama Jesnita yang diterbitkan Zeel Production itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek McCrone, Rozita Che Wan, Fikri Ibrahim dan ramai lagi.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 08:35 PM | Show all posts
lembam jugak nasha ni rupanya. tu yg dah 52 tetapla berlakon filem sampah sarap psl produser semua sampah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.036363 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list