CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 616|Reply: 1

Ramai Tertipu Dengan Scammer- Gambar Awie, Ziana, Erra, Ella Digunakan Untuk Poster Konsert Tak Wujud!

  [Copy link]
Post time 28-10-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Awie mendedahkan seorang wanita ditangkap pihak polis atas kesalahan menipu orang ramai kononnya bakal menganjurkan sebuah konsert.


Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, wanita berkenaan turut menggunakan nama dan gambarnya bersama beberapa rakan artis lain seperti Ahmad Dhani, Ziana Zain, Erra Fazira dan Ella bagi memperdayakan orang ramai.


Konsert palsu itu dikatakan bakal berlangsung di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Februari 2023.




Foto: IG




"Satu percubaan menipu untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah telah dibanteras oleh pihak polis pagi tadi (Khamis).


"Dia mengaku ada konsert yang diberi nama Unplugged Living Legend (Datuk Awie dan Ahmad Dhani) bersama artis undangan Ziana Zain, Ella dan Erra Fazira.


"Tak tahulah sudah berapa ramai orang kena tipu bagi dia duit untuk beli tiket," katanya.










Awie berkongsi hal berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Khamis.


Tambahnya, individu berkenaan turut mempunyai rekod kesalahan sama dan pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini.


"Mengikut rekod, wanita ini sudah beberapa kali kena tangkap kerana menipu juga. Alhamdulillah, polis telah berjaya menangkap si penipu ini," ujarnya.










Dalam pada itu, Awie turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan modus operandi berkenaan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.


Kata Awie, sekiranya benar ada sebarang persembahan besar diadakan, pihaknya pasti akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.


"Saya nak tekankan di sini, kami artis semua tidak tahu menahu fasal konsert ini. Gambar kami digunakan untuk poster dan scam orang.


"Jangan mudah terpedaya dengan sebarang perkara yang tiada bukti nyata. Jika konsert pastinya akan ada sidang media, lebih-lebih lagi dengan nama-nama artis besar," katanya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 11:59 AM | Show all posts
padan muka yg tertipu tu lain kali kaji selidik lah dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067686 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list