CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 2

Affin Bank laksana pelbagai inisiatif cegah penipuan

[Copy link]
Post time 27-10-2022 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Affin Bank laksana pelbagai inisiatif cegah penipuan



KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd (Affin Bank) sudah melaksanakan pelbagai inisiatif utama bagi mengukuhkan keselamatan perbankan seperti peningkatan teknologi tinggi dan sistem pengurusan hadapan termaju.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, ia komited dalam terus menyokong langkah keselamatan tambahan untuk melindungi pelanggan daripada penipuan kewangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata langkah itu juga seiring dengan saranan Bank Negara Malaysia (BNM)bagi meningkatkan keselamatan dan kesedaran pelanggan terhadap penipuan kewangan.

Katanya, Affin Bank juga turut menyokong keperluan pelanggan sepanjang masa selain memodenkan sistem keselamatan dan teknologi pencegahan penipuan.

"Bank sentiasa komited untuk melindungi pelanggan kami daripada penipuan kewangan.

"Keselamatan bank dan pelanggan tetap menjadi keutamaan kami. Kami membuat pelaburan yang besar dalam peningkatan teknologi tinggi tahun ini untuk meletakkan bank di barisan hadapan dalam pendigitalan.

"Ini terutamanya dengan penggunaan meluas pembayaran digital dan peningkatan penggunaan e-dompet di kalangan rakyat di mana

keperluan untuk melindungi maklumat adalah lebih penting," katanya.

Wan Razly berkata, langkah proaktif telah diambil dalam usaha untuk mengelakkan pelanggan daripada menjadi mangsa penipuan.

Beliau berkata, ini termasuk lapisan perlindungan melalui sistem pengurusan hadapan termaju untuk mengesan anomali dan transaksi tidak teratur serta sokongan yang dipertingkatkan kepada keperluan pelanggan pada asas 24/7.

Katanya, bank turut meningkatkan sistem keselamatan melalui teknologi pencegahan penipuan termaju dalam operasi bagi melindungi perkhidmatan perbankan digitalnya.

"Di sebalik langkah ini, pelanggan boleh mengharapkan lebih banyak inovasi dalam menangani trend yang membimbangkan ini.

"Kami menyediakan pengalaman perbankan yang lebih selamat. Kami sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan penipuan dan terus melindungi pelanggan," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... atif-cegah-penipuan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2023 12:30 PM | Show all posts
baik sekali saya punya satu teman kerja di Bank satu ini, sebelumnya kami kerja di perusahaan trading
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 02:41 AM | Show all posts
terbaiklah ini, cegah penipuan terpadu supaya selamat dan sentosa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058048 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list