View: 651|Reply: 2
|
Lelaki Kacau Isteri Orang Melalui Whatsapp, Dipenjara Lima Tahun
[Copy link]
|
|
RIYADH – Mahkamah jenayah Al-Ahsa di Wilayah Timur Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap seorang lelaki selepas dia didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap wanita yang sudah berkahwin, lapor akhbar Saudi Gazette.
Mahkamah sama memutuskan untuk menutup akaun WhatsApp tertuduh dan merampas telefon bimbitnya kerana disalah guna untuk melakukan jenayah.
Pihak pendakwa raya mengemukakan pertuduhan terhadap defendan berikutan petisyen yang difailkan oleh suami mangsa.
Gambar Hiasan
Tertuduh itu didakwa cuba memikat wanita itu dengan menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp dengan konotasi seksual dan tidak senonoh, serta mengajaknya melakukan hubungan seks.
Pihak pendakwa raya menyatakan bahawa tertuduh memperoleh nombor telefon wanita itu semasa menjalankan tugas rasmi.
Mahkamah sama mendapati tertuduh mengaku telah menghantar mesej kepada isteri pempetisyen, dan mengakui nombor telefon bimbit yang digunakan dalam jenayah itu adalah miliknya.
Lelaki itu juga mengaku berkomunikasi dengan wanita itu dengan konotasi seksual yang jelas dan menjemputnya untuk melakukan persetubuhan.
Mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman penjara tersebut berdasarkan undang-undang Anti Jenayah Siber Arab Saudi. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
ha ko jgn men2 kaco bini orang. mereput la dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by maharani_gebu at 27-10-2022 11:14 AM
malaysia klau ade undang-undang gini... jgn kata penjara laki, penjara ppuan pun sama penuh sebab skrg laki ppuan sama birah
yg jantan kacau bini orang
yg betina sondol laki orang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|