CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4333|Reply: 61

Tular Nasi Kosong Dan Sotong Rm25 Sepinggan- Peniaga Kedai Jawab, "Harga Dah Ditampal Siap-Siap"

[Copy link]
Post time 26-10-2022 12:12 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Pemilik kedai makan yang tular di bandar raya ini kerana dikatakan mengenakan harga yang mahal terhadap pelanggannya menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan perkara itu tidak berasas.


BACA: Nasi Kosong Dan Sotong RM25 Sepinggan- Wanita Dakwa Kedai Terengganu Cekik Darah, Kena 'Ketuk' Sebab Orang Luar


Endon Salleh, 55, berkata, harga menu makanan yang dijual di kedainya adalah berpatutan, malah senarai harga lauk-pauk juga ada ditampal untuk rujukan pelanggan.




Foto: Utusan Online




“Harga kepala ikan merah segar adalah antara RM30 hingga RM50 mengikut saiz, begitu juga sotong segar antara RM10 hingga RM20 mengikut saiz.


“Harga ayam pula RM4.50 seketul, ikan patin masak tempoyak, RM7 atau RM8, ikan singgang RM5 manakala ikan gulai dan ikan goreng RM6 hingga RM8.


“Saya terkilan kerana pelanggan itu memuat naik video tanpa bertanya saya dan menjadi tular. Rasa sedih sebab perniagaan baru sahaja hendak ‘bernafas’ selepas Covid-19, diuji pula dengan video tular sebegini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.


Kelmarin, seorang wanita mendakwa peniaga di sebuah kedai makan di sini menjual sepinggan nasi kosong dan sotong saiz kecil pada harga RM25.


Menerusi perkongsian klip video yang dimuat naik di TikTok itu, dia mengingatkan pelancong lain supaya berhati-hati ketika memilih kedai makan agar tidak menerima nasib sama.


Dalam video tersebut, wanita itu menunjukkan tiga harga makanan yang dikenakan terhadapnya iaitu RM98.30, RM44.90 dan RM82.40 dengan jumlah keseluruhan RM225.60 termasuk RM25 untuk nasi kosong serta sotong kecil yang dianggap tidak munasabah.


Endon berkata, beliau turut mengenakan harga yang sama seperti senarai tertera tanpa mengira sama ada pelanggan itu penduduk tempatan Terengganu atau pelancong luar.


“Tak ada istilah ‘tekan harga’ kepada orang luar, saya kira sama sahaja. Diharapkan orang ramai tidak terpengaruh dan berpandangan negatif terhadap kedai saya kerana ini punca rezeki kami sekeluarga,” kata­nya yang telah memulakan perniagaan itu sejak 30 tahun yang lalu. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 12:42 PM | Show all posts
kedai buruk...harga mengalahkan cafe
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Harga mknn kt tganu mmg mahal
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya ayam rm4.5
Nasib baik warung tmpt keja aku rm2 je ayam goreng utk breakfast
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kedai mamak MamuMZ tu
Nasi+sotong 1+ kubis: Rm15
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:04 PM | Show all posts
Daging bakar rm 160 ke rm 60 tu?mahal ye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
takde ke gambar nasi+sotong yg dibayar 25 ringgek tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruknya kedai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 01:15 PM | Show all posts
sedap sgt ke nasi goreng sotong acik ni sampai dia gamak ketuk rm25 sepinggan. harga dah setaraf madam kwan kau.. rasa tak pasti pulak setanding atau tidak
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya perlu letak harga spesifik. Sotong saiz S berapa, saiz M berapa, saiz L berapa. Bukan letak mengikut julat harga yang agak besar begitu.

Kemudian jangan marah jika pelanggan memilih untuk menukar saiz lauk.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:23 PM | Show all posts
bila tampal tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:24 PM | Show all posts
3 pinggan rm200++???

baiklah ko g mkan bufet kt hotel dek.... dh tentu-tentu puas ati sbb byk pilihan...

ini tengok gaya tokey ntah ade ke tak amik typhoid
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ayam rm4.50 kat warung nak roboh = mahal
ayam rm4.50 kat restoran mewah = murahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:27 PM | Show all posts
kedai dah nak roboh tp harga macam restoran kat pavi

akak pun dah serik nak pegi kedai2 B40 kalau time travel lepas terkena sampai rm9 nasi lemak, telur potong 16 agaknya lah . sambal dgn ayam seketul gerai sorang makcik kat PD, ikan bilis pun takda  ingatkan dah abis, rupanya mmg dia jual nasi lemak tak ada ikan bilis. kita singgah psl gerai dia je takda org. rupanya psl harga serael.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mohdcrow replied at 26-10-2022 01:25 PM
ayam rm4.50 kat warung nak roboh = mahal
ayam rm4.50 kat restoran mewah = murahnya

Lah betullah orang bayar untuk eksklusiviti dan keselesaan tempat makan juga sister.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:32 PM | Show all posts
Terengganu Kelantan kalau tengah bandar tu harga makanan memang mahal kadang terkejut lah membayar. Ni atas pengalaman sendiri dan kengkawan. Kadang makan lauk biasa ja, kedai biasa lah......buruk atau tak lawa pun. Mungkin sebab tau kita orang luar atau sememang macam tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mohdcrow replied at 26-10-2022 01:25 PM
ayam rm4.50 kat warung nak roboh = mahal
ayam rm4.50 kat restoran mewah = murahnya

Sewa dan kos overhead kedai mewah  tinggi.. fahamlah juga kenapa rm4.50 dikatakan murah.
Kalau warung nak roboh ni takkan la sewa sampai belas2 ribu sampai nak caj sama harga restoren mewah untuk benda yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 02:02 PM | Show all posts
caca_eric: Mahalnya ayam rm4.5Nasib baik warung tmpt keja aku rm2 je ayam goreng utk breakfast


rm2 tu ayam upin ipin ke? kenapa murah sangat. marah kak ros

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cubaan scam pelanggan. Dia tampal harga di tempat yang susah dilihat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 02:06 PM | Show all posts
Makcik pung, jangok lah sikit wartawan amek gambar masuk berita tu pasar payang kang dekat dah apa salah nya beli tudung & baju hok molek sikit . Ha ok tak org KL speaking ganung kikikiki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.070196 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list