CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3694|Reply: 32

Tom Serik Tiga Kali Gagal Dalam Perkahwinan, "Kelemahan Saya Lelaki"

[Copy link]
Post time 25-10-2022 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom, 37, mengakui tidak lagi memikirkan soal pasangan hidup memandangkan fokusnya kini hanya mahu membesarkan anak-anaknya dengan baik.


Kata Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, dia harus meletakkan noktah apabila tiba bab lelaki kerana sudah serik melalui kegagalan tiga perkahwinan terdahulu.




Foto: IG




“Sebenarnya, kelemahan saya adalah lelaki yang dekat dengan diri, baik teman lelaki atau suami. Apabila saya bercinta atau berkahwin, secara automatik fokus saya akan beralih pada pasangan.


“Saya tidak mahu anak-anak rasa terabai jika saya ada pasangan. Lebih baik saya fokus pada mereka kerana anak-anak sangat memerlukan perhatian. Lagipun, saya serik beri komitmen pada lelaki.


“Banyak kali lalui kekecewaan, rasanya lebih baik fokus pada diri, cari duit dan jaga anak-anak sahaja,” katanya.




  



Selain itu, kata Tom, dia sebenarnya lebih selesa menjalani hidup sebagai ibu tunggal, meskipun pada masa sama mengakui, ada beberapa lelaki cuba mendekati.


“Saya seronok hidup single sekarang. Sejak usia muda, jarang saya tidak ada kekasih, rasanya paling lama sebulan sahaja single.


“Saya sayangkan hubungan dengan bekas suami, namun jodoh kami tidak panjang. Tetapi, Allah kurniakan anak-anak sebagai pengganti dan itu yang akan saya jaga sampai bila-bila.


“Sekarang ini ada juga lelaki yang mendekati, tetapi saya tolak cara baik. Tidak mahulah ada komitmen,” katanya.




  



Tom kali pertama mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun dan pernah tiga kali melalui alam perkahwinan dalam tempoh lapan tahun.


Hasil perkahwinan tersebut, Tom memiliki tiga cahaya mata, namun hanya dua anak hasil perkahwinan ketiga sahaja di bawah jagaannya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecaman bermula in 3.....2.......1
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
So ..nak bagi hint ape ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba yang dekat tu duit kepok2 jutawan...agak2 reject ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi.. Dia, nmpk mcm selekeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum lg ada yg menghimpit dia skrg kot, esok2 kalau ada, lain dah statement dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingt lg kisah dia dulu. Main cinta dgn laki org. Sampai bergado tepi jalan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajah dia jenis rupa bitchy tp skali bukak mulut, cakap lembut je
Sebab tu kot laki suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dia lebih kurang aku tp dia dh 3 kali kawen
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
leezzaliza replied at 25-10-2022 12:01 PM
Ingt lg kisah dia dulu. Main cinta dgn laki org. Sampai bergado tepi jalan

Ni ok lagik. Paling tatahan dia siap main depan bini orang tu menunjuk kesedapan diratah laki pompuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 25-10-2022 01:23 PM
Wajah dia jenis rupa bitchy tp skali bukak mulut, cakap lembut je
Sebab tu kot laki suka

Tom dulu lembut ke? Macam fake ja sheol kat GV.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku telah berjaya menghasut satu department supaya menyampah kt Tom. Hebat tak aku?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-10-2022 10:44 PM
Ni ok lagik. Paling tatahan dia siap main depan bini orang tu menunjuk kesedapan diratah laki pomp ...

Bini lelaki tu ke cerita kat media?
Rasanya tom bakalan tenggelam lepas GV. Melainkan dia pandai menghimpit mana2 orang kuat dalam industri
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkin dia dh menyesal n betul² berubah lebih ok ...sbb nampak air muka dia lain drp dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 25-10-2022 04:01 PM
Bini lelaki tu ke cerita kat media?
Rasanya tom bakalan tenggelam lepas GV. Melainkan dia pandai m ...

Tak cerita kat media rasanya tapi kantoi di board ni dulu. Eh ke ada? Aiol dah lupa tapi memang hanjeng sangat la perangai Tom ni lebih kurang 10 tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus maju jaya. Past is past, tak boleh nak ubah dah. Nnt 20thun lg pun, acik2 forum akan terus ungkit, tu pon klu hidup lgla. Harapnya jumpa laki yg ikhlas betul di masa hadapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-10-2022 12:27 AM
Tak cerita kat media rasanya tapi kantoi di board ni dulu. Eh ke ada? Aiol dah lupa tapi memang ha ...

Ooo..patut la tak tau sebab ketika itu iols baru 19tahun belum terjebak dunia forum
Tapi bila baca memang jijik ya
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 25-10-2022 04:57 PM
TerataiMelur02 replied at 25-10-2022 04:54 PM
Ooo..patut la tak tau sebab ketika itu iols baru 19tahun belum terjebak dunia forum
Tapi bila ...


Iya sis. Sebab tu poromer kertu macam ai tak pandang sekelumit pun si Tom ni sis. Masing2 tak mudah lupa kisah dulu katanya. Sis boleh search topik tu di board ni. Taip ja keyword "Tom". Mesti keluar dari arkib. Tom kongkek dengan jantan tu kat rumah kelamin si wife dan si jantan tu yach. Si wife tengah mengandung lagi masa tu. Bila gaduh, Tom siap pijak perut si wife. Manusia sebegini jahat idak la akak nak percaya dah berubah sis. No, nehi. Nampak nau cakap lembut segala apa di GV tu pun fake ja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-10-2022 12:55 AM
Iya sis. Sebab tu poromer kertu macam ai tak pandang sekelumit pun si Tom ni sis. Masing2 tak muda ...

Haiyooooo teacher
Jahat nya beliau Meols tak penah kenal langsung si Tomyam ni. Langsung tak penah dengar.
Tapi bila tgk dia, mcm ada rasa geli sikit Sebab, entah, mcm berlemoih, berkarat gitu. Taktau kenapa.
Rupanya aura setan dia di zaman dahulu terpancar sinar di wajah yach
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 25-10-2022 10:44 PM
Tom dulu lembut ke? Macam fake ja sheol kat GV.

Sebab tu aku tulis org laki yg suka
Kita2 ni dah tau sejarah dia, mmg ler xcaya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.228717 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list