Trobek ...
“SEMUA wanita memang nak cantik. Pantang ada produk kecantikan semua nak beli sebab itu adalah lumrah untuk kaum wanita yang ingin kelihatan cantik. Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah.”
Begitulah perkongsian pengacara dan pelakon Noor Neelofa ketika sesi live di laman Instagram Kasih Neelofa sempena hari Maulidur Rasul, semalam. Katanya dia sendiri tak pernah membayangkan sebelum ini untuk memakai niqab. “SELEPAS MENGETAHUI GANJARAN YANG BAKAL DIPEROLEH, SAYA SANGGUP MENGORBANKAN PERKARA PALING DISUKAI ITU WALAUPUN KEPUTUSAN YANG DIBUAT BUKAN SESUATU YANG MUDAH. “KALI PERTAMA TERFIKIR NAK PAKAI NIQAB SAYA SENDIRI TAK PERNAH TERBAYANG PUN. TAPI, SELEPAS TAHU GANJARAN YANG AKAN DIPEROLEH, MAKA SAYA KORBANKAN APA YANG PALING SAYA SUKA IAITU KECANTIKAN DI DUNIA INI,” KATANYA.
Neelofa yang juga Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bersama PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita. Turut hadir majlis itu, Khairul Hakimin Muhammad sebagai moderator. Menurutnya, menerusi satu kitab hadis terdapat beberapa persoalan yang diajukan Ummu Salamah kepada Nabi Muhammad mengenai wanita dunia dan bidadari syurga. “Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga. Semoga Neelofa istiqamah dalam perjalanan baharunya dan boleh dijadikan contoh teladan buat wanita muslim lain. InsyaAllah.
https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan/saya-korbankan-apa-yang-paling-saya-suka-iaitu-kecantikan-neelofa-dedah-sebab-berniqab/
|