CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kakak maut, adik parah dilanggar pemandu mabuk

[Copy link]
Post time 23-10-2022 05:35 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kereta yang melanggar dua beradik yang sedang melintas jalan di Jalan Reko, Kajang sehingga menyebabkan seorang maut, malam tadi. NSTP/Ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau apabila dua beradik perempuan yang berjalan kaki melintas jalan di Jalan Banting-Kajang (Jalan Reko) dekat sini, dilanggar pemandu mabuk sehingga seorang daripadanya maut, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, seorang mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala adiknya berusia 25 tahun parah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian, pemandu kereta dalam perjalanan dari Kajang Sentral ke rumahnya di Taman Sri Langat, Kajang.

"Kejadian berlaku berhampiran simpang masuk ke Taman Sri Langat dan ketika kejadian, dua mangsa sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun.



"Kereta terbabit kemudian terbabas melanggar tiga kenderan lain terdiri daripada dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang diletakkan di hadapan sebuah restoran," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, seorang mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan hospital terbabit, manakala seorang lagi mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Kajang.

"Pemandu kereta kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk menjalani ujian saringan awal kandungan alkohol.

"Hasil ujian mendapati pemandu berkenaan positif dibawah pengaruh alkohol dan direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar bagaimana kemalangan boleh berlaku termasuk kemungkinan ada unsur lain.

Justeru, katanya mana-mana saksi yang ada maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Feisal Mokhtar di talian 012-9454655 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran dalam daerah Kajang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.bharian.com.my/berit ... nggar-pemandu-mabuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.588502 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list