CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hukuman mati menanti

[Copy link]
Post time 22-10-2022 03:35 PM | Show all posts |Read mode

DADAH yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sungai Baru. FOTO ihsan polis

Kuala Lumpur: Polis merampas lebih 60 kilogram dadah bernilai RM190,200 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, semalam.

Serbuan jam 6 petang dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang bertindak daripada maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, semasa serbuan dilakukan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 57 tahun.

"Hasil pemeriksaan dalam rumah menemui 59,000 gram dadah jenis kanabis, methamphetamine (1,015 gram) dan heroin (450 gram) dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan RM190,200.

"Saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan morfin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pernah ditahan mengikut Seksyen 6(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kemungkinan terdapat suspek lain yang terbabit kegiatan itu.

Katanya, suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ukuman-mati-menanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.329344 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list