CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 3

[Tempatan] 6 tuduhan amang seksual terhadap pelajar lelaki, guru dijatuhi hukuman penjara 90 tahun di Sarawak!

[Copy link]
Post time 22-10-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode

KUCHING (Oct 21): The Sessions Court here today sentenced a boarding school counselling teacher to a total of 90 years in jail and 24 strokes of the rotan after finding him guilty of sexually assaulting six male students four years ago.



Judge Afidah Abdul Rahman found the prosecution had proven the case beyond reasonable doubt against the 32-year-old.

Afidah said the teacher’s defence that he was not at the scene but was instead sleeping at home when the offences occurred was unacceptable.

She said no notice of alibi was presented before the court to prove the teacher’s statement and his defence was considered a bare denial and an afterthought.

Afidah sentenced the man, who hails from Sabah, to 15 years in prison and four strokes of the rotan for each of the six charges.

She also ruled for the jail terms to run consecutively.

All the six charges were framed under Section 14(a) of the Sexual Offences Against Children Act 2017, which is punishable under Section 14 of the same Act and read together with Section 16 of the same Act, which provides for a jail term of up to 20 years and possible caning upon conviction.


The court allowed the teacher a stay of execution pending appeal as he is a civil servant with a previously good performance record.

The court also took into account the teacher’s previous payment of RM34,000 cash bail with two local sureties for all the charges.

According to the facts of the case, between 11.30pm and 4am in March, April, and May 2018, the teacher sexually assaulted the students, aged between 14 and 16, at separate times and dates in the school compound.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2022 12:38 PM | Show all posts
Amang seksual enam pelajar lelaki, guru kaunseling kena 90 tahun, 24 sebatan
KUCHING: Seorang guru kaunseling lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di sini dijatuhi hukuman penjara 90 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah atas enam tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap enam pelajar lelaki pada 2018.

Hakim Afidah Abdul Rahman membuat keputusan terbabit terhadap lelaki berusia 32 tahun dari Sabah itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Menurut Afidah, pembelaan tertuduh yang menyatakan dia tidak berada di tempat kejadian dan sedang tidur di rumah semasa kesalahan dilakukan adalah tidak dapat diterima.


Ia susulan tiada notis alibi diserahkan kepada mahkamah untuk membuktikan pernyataan tertuduh terbabit.

Selain itu, Afidah berpendapat pembelaan tertuduh adalah satu penafian dan sesuatu yang difikirkan kemudian semata-mata.
Justeru, Afidah menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan bagi setiap satu pertuduhan yang dihadapinya, selain mengarahkan hukuman penjara dijalankan secara berturutan.

Secara totalnya, tertuduh berhadapan enam pertuduhan, masing-masing dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 16 Akta sama.
Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.


Mengikut kesemua enam pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar-pelajar lelaki berusia antara 14 hingga 16 tahun dalam beberapa kejadian berasingan pada Mac, April dan Mei 2018.


Perbuatan itu didakwa dilakukannya antara jam 11.30 malam dan 4 pagi di beberapa tempat di sekolah itu seperti di asrama lelaki.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh menyentuh kemaluan kesemua mangsa, menyentuh paha serta memeluk salah seorang mangsa untuk tujuan seksual.
Kesemua mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati ada antara mangsa telah berhadapan situasi sedemikian beberapa kali sebelum itu.
Difahamkan, sejak didakwa untuk kes ini pada 2018, tertuduh digantung kerja dan telah melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarganya.
Kes yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff  itu menyaksikan pihak pendakwaan memanggil sekitar 18 saksi termasuk mangsa, pegawai penyiasat dan lain-lain untuk memberikan keterangan.


Sementara itu, peguam yang mewakili tertuduh iaitu Hani Iryani Bonny memanggil sekitar sepuluh saksi pembelaan, termasuk tertuduh.
Selain itu, kes turut disaksikan oleh Peguam Pemerhati Chua Kuan Ching dan Eirene Chan yang hadir mewakili kesemua ibu bapa dalam kes tersebut.
Dalam pada itu, mahkamah membenarkan tertuduh diberikan penangguhan hukuman sementara membuat rayuan.


Ia susulan mahkamah berpendapat tertuduh merupakan seorang penjawat awam dan mempunyai rekod prestasi yang baik.


Mahkamah juga mengambil kira keadaan tertuduh yang terdahulunya membayar ikat jamin tunai RM34,000 berserta dua penjamin tempatan bagi kesemua pertuduhan dihadapinya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2022 12:40 PM | Show all posts
entah2 pu azman aritu leh dapat hukuman sebanyak gini tak? aritu berapa pertuduhan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 01:06 PM | Show all posts
Budak jantan dah 16 tahun semua tengah peak membirah. Kalau tak dia jadi mangsa, dia yang cari mangsa antara dapat dengan tidak ja. Kalau gay? Lu pikir lah sendiri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.595486 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list