CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 1

[Pahang] Penduduk bina rumah rakit hadapi bah

[Copy link]
Post time 22-10-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode

NOORHAYATI menunjukkan rumah rakit bersebelahan rumahnya sebagai persediaan menghadapi banjir di Kampung Paya Panjang dekat Kuala Triang di Bera.


BERA – Serik berdepan banjir setiap tahun membuatkan penduduk Kampung Paya Panjang, Kuala Triang, di sini nekad membina rumah rakit sebagai persediaan menghadapi musibah itu penghujung tahun ini.

Daripada 126 keluarga di perkampungan itu, sebanyak 36 keluarga yang sering terjejas banjir terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda yang tidak dapat diselamatkan.

Seorang penduduk, Noorha­yati Mohamad, 50, berkata, rumahnya adalah kawasan pertama dinaiki air di perkampungan itu sekiranya berlaku musibah banjir.

Ujarnya, setiap tahun, sekiranya air sungai mulai melimpah, mereka sekeluarga akan mula mengangkat barang-barang ke kawasan yang lebih selamat.

“Sebelum ini, ada dua orang anak saya yang tolong angkat barang tetapi sejak anak perempuan kemalangan hanya anak lelaki sahaja boleh membantu mengangkat barang-barang.

“Kalau hendak harapkan semuanya pada anak lelaki, memang dia tak larat buat semua itu, jadi suami yang bagi idea untuk buat rumah rakit ini supaya kami dapat pindahkan barang lebih awal ke atas rumah rakit ini jika hujan berterusan,” katanya.

Noorhayati berkata, sebelum ini mereka akan pindahkan barang ke tingkat atas atau loteng rumah, namun jika banjir besar, mereka sekali lagi akan memindahkan pula barang-barang de­ngan menyimpannya dalam kereta yang akan diletakkan di kawasan berbukit, namun kaedah itu dilihat tidak lagi relevan.

Jelasnya, barang-barang yang disimpan dalam kereta itu be­risiko rosak selain bimbang berlaku kecurian barang yang di­letakkan di kawasan lain tanpa pengawasan.

“Jadi bermodalkan kira-kira RM4,000, rumah rakit ini kami buat secara berperingkat sebab menantu akan balik ke sini setiap hujung minggu sahaja untuk siapkannya.

“Saya harap rumah rakit ini boleh siap sebelum banjir, lagi pun, cuaca sekarang tidak menentu dan kami sukar hendak ramal banjir berbanding tahun-tahun sebelumnya,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... h-rakit-hadapi-bah/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2022 08:10 PM | Show all posts
Bagus makcik ni, sangat berinnovasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.081791 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list