CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 1

Cuti Bomba Seluruh Negara Dibekukan 7 November Ini

[Copy link]
Post time 21-10-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan cuti seramai 12,500 pegawai dan anggotanya di seluruh negara sebagai persediaan hadapi sebarang kemungkinan banjir bermula 7 November ini.


Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pembekuan cuti itu dalam tempoh sehingga banjir di seluruh negara berakhir.




MOHAMMAD Hamdan Wahid (barisan belakang, lima dari kiri) bersama pasukan JBPM Kuala Lumpur yang dinobatkan juara keseluruhan Pertandingan Kawad Kecekapan JBPM Tahun 2022 di Marang, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT





“Dalam tempoh tersebut, JBPM menyediakan kira-kira 1,900  logistik marin, kenderaan darat, pengangkutan dan aset menyelamat lain. Tumpuan kita adalah mengikut kawasan hotspot yang dikenal pasti  melalui jangkaan banjir mengikut ramalan cuaca serta kenaikan paras air laut atau fenomena air pasang besar.


“Fokus kita bermula November ini di negeri-negeri Pantai Timur iaitu melibatkan Kelantan, Terengganu serta Pahang. Selepas itu Sabah, Sarawak dan Johor yang merupakan kawasan dijangka berlakunya bencana banjir,” katanya.selepas merasmikan Pertandingan Kawad Kecekapan JBPM Tahun 2022  di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, di sini, hari ini.


Mohammad Hamdan berkata, pada masa juga pihaknya memantau lereng dan cerun yang berisiko tinggi termasuk kawasan rekreasi berisiko dilanda kepala air.


“Pemantauan telah dibuat bermula September lalu dan kita akan teruskan sehingga Mac tahun depan. Kita turut berkolaborasi bersama agensi lain lakukan persediaan sebelum, semasa serta fasa pasca banjir. Kita percaya dengan persiapan dilakukan tahun ini, tahap kesiapsiagaan lebih mantap berbanding tahun lalu,” ujarnya.


Beliau menambah, jawatankuasa pengurusan bencana daerah juga diharapkan dapat berfungsi dengan cepat dan cekap sekiranya berlaku banjir di kawasan masing-masing.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.398812 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list