CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17782|Reply: 200

Abang Viva Selamat Jadi Suami Orang Dengan Sekali Lafaz

[Copy link]
Post time 21-10-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Aktivis yang aktif dalam misi banjir, Azwan Omar atau Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Evanoza Zakaria, pada 14 Oktober lalu.


Bertempat di Pejabat Agama Islam Melaka, Azwan yang menyerahkan mas kahwin sebanyak RM150, sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM8,888 sah bergelar suami kepada Evanoza dengan sekali lafaz.




Azwan selamat bergelar suami kepada Evanoza pada 14 Oktober lalu. Foto: Azizi Ang.





Bercakap kepada mStar, isteri Azwan yang juga jurulatih kecergasan mengimbas semula detik perkenalan mereka, kira-kira setahun lalu.


"Kami dah kenal setahun. Selain bekerja sebagai personal trainer, saya juga merupakan event organiser. Jadi, saya pernah jemput dia untuk program.


"Saya tak tahu dia nak berkenalan dengan saya masa hari pertama jumpa. Tapi setiap hari dia mesej, tanya khabar. Masa tu pula dia ada digosipkan dengan orang lain, jadi saya tak ambil port.




Foto: Azizi Ang




"Kemudian ada kawan minta saya tanyakan Azwan, untuk minta reviu. Saya jadi orang tengah. Dia juga pernah senyap sekejap dengan saya. Saya dengar dia dah nak kahwin, nak tamatkan zaman bujang. Ingatkan dia dah nak kahwin.


"Saya jumpa dia balik masa hari raya. Saya buat open house. Dia datang ketika majlis dah habis, dah waktu malam. Kawan-kawan masih ada cuma makanan dah tak meriah. Bermula hari tu, dia terus contact balik. Dia suka tanya khabar," imbasnya.


Menurut wanita Melayu berdarah campuran Portugis, Acheh dan Cina itu, mereka turut bertemu dalam satu majlis di Cheras, Kuala Lumpur pada 26 Julai lalu.




Foto: Azizi Ang




Selepas program berkenaan, dia dijemput untuk menyertai siaran langsung (live) TikTok oleh Azwan sebelum dilamar di hadapan netizen yang sedang menonton.


"Saya tak terfikir dia akan melamar masa live. Masa 26 Julai, kami ada event di Cheras. Saya dah habis event, dah nak balik. Lepas tu dia buat live, dia invite saya dalam live TikTok.


"Saya ingat dia main-main, dia cakap sudi tak awak terima. Saya berbahasa aku kau dengan dia. Saya cakap kau ni... Saya ingat dia gurau. Lepas tu dia repeat lagi sekali, baru lah saya rasa yang dia serius dan saya pun terima.


Menurut Evanoza, dia juga terbuka hati menerima Abang Viva kerana kesungguhannya, selain sikap prihatinnya dalam membantu masyarakat.


Evanoza juga tidak kisah untuk ikut serta dalam misi bantuan suaminya kerana dia sendiri pernah terlibat secara serius dalam lapangan kerja itu.


"Saya pernah ikuti misi bantuan banjir dengan dia sebelum ni. Pergi misi bersendirian atau dengan kawan-kawan pun pernah.


"Ketika banjir di Shah Alam, saya turun dengan kawan-kawan. Di Terengganu saya turun seorang diri. Saya juga ada pengetahuan untuk buat bantuan pernafasan kecemasan (CPR). Ada background dalam misi bantuan.


"Jadi tak ada masalah untuk ikut serta. Sekiranya ketika kami keluar buat misi bersama, tiba-tiba ada orang nak bergambar dengan dia, saya faham dan tak cemburu.


"Saya tak adalah nak tunggu-tunggu. Bila orang panggil-panggil dia, saya buat kerja saya. Tiada masalah," ujarnya.




Foto: Azizi Ang




Mengenai resepsi, ia dirancang pada Disember depan namun belum disahkan memandangkan pasangan itu bakal sibuk dalam misi bantuan kerana banjir dijangka melanda tidak lama lagi.


Akhir bicara, Evanoza turut menitipkan ucapan terima kasih buat netizen atas doa-doa yang dikirimkan buat dan suami.


"Terima kasih sangat-sangat sebab doakan yang baik-baik. Semoga doa ini berbalik kepada anda semua dan kita sentiasa dilindungi," ujarnya.


Untuk rekod, nama Abang Viva mula popular selepas dia menjalankan misi banjir solo di Selangor, Terengganu dan beberapa negeri lain awal tahun lalu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 04:01 PM | Show all posts
dia xpakai viva dh kan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahwen tak ajak mak bapak katanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:05 PM | Show all posts
apasal dalam FB dah timbul perkahwinan pihak lelaki tidak diketahui oleh keluarga? ada yg tak kena...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:11 PM | Show all posts
Adakah kerana dari dulu lagi abang VV ni dah dibuang keluarga

atau

dulu okay je dengan keluarga, tapi bila dah femes, keluarga dilupakan

atau

dulu okay je dengan keluarga, tapi bila dah jumpa perempuan, terus tinggal keluarga

atau

keluarga abang VV buang abang VV sebab keluarga tak suka fames dan glamer

atau

perempuan tu hasut paksa kawen sampai abang VV sanggup belakangkan keluarga?

spekulasi je. tak tuduh ya. sebab macam pelik pulak, dulu tak ada pulak dengar berita tak best pasal abang VV ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:12 PM | Show all posts
rase mcm dia ok je dgn family
ade masuk majalah 3 gi shoot dgn rumah family dia lpas dia tolong2 banjir hr tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2022 04:13 PM | Show all posts
Banjir bini dia nanti pandailah dia handle kannnnn
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:17 PM | Show all posts
Edited by .HannahMontana. at 21-10-2022 04:18 PM

indon kah perempuan ni ????

org jantan kalau mabuk poen mmg pelik

Jangan sesekali belakangkan keluarga terutama bab nikkah kahwin ...apa-apa bercakap

Kalau keluarga menentang pun tentang lahhh tp sikap bertanggungjawab kita pentingkan keluarga itu wajib jaga


jangan hanya kerana cinta lautan berapi , keluarga entah kemana nanti xberkat hidup

beritahu juga...slow slow pujuk

pandai aku nasihat org..kena ke aku punnnnn aku melawan xingat dunia

dajjei sungguh laaaaaaaaaaaaaaa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 04:18 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 21-10-2022 04:05 PM
apasal dalam FB dah timbul perkahwinan pihak lelaki tidak diketahui oleh keluarga? ada yg tak kena.. ...

tula, ada baca juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mlm nnt nk buat live kasi clear sume persoalan gittew…
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:27 PM | Show all posts
noorhairiahma replied at 21-10-2022 04:11 PM
Adakah kerana dari dulu lagi abang VV ni dah dibuang keluarga

atau

mak ayah dia tak suka pengantin perempuan sb janda. kawin dgn abg viva dah yg ke-3. Pun dah ada anak rasanya. tu tak di restui tp abg viva ni nak jgk. Lelaki kan, bukan kena ada wali. Kalau rasa pilihan kita tu tepat, takda masalah pn kalau tak direstui. Kalau sb janda parents dia tak setuju, alasan tu tak kuat pun untuk halang. Lain la kalau penagih ke HIV ke, kukuh la sikit alasan tu. Ni sebab janda je.

Cuma...cuma...iols rasa ada negatif vibe sikit dkt eva ni. Pegi open house malam2. Dh tau dah habis gigih jgk ko dtg. Mcm tak manis. Perempuan dtg rumah lelaki malam2 walaupun ada je kawan2 lain. Ke chuols takde rasa pelik? DAn2 lepas tu selalu contact sb suka tanya khabar? Padahal sblm tu ko hilang.

Dr cerita abg viva ni, dia mcm jenis naif mudah percaya org, bersangka baik. Pun rasa cam dia ni jenis hormat org tua dia.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:27 PM | Show all posts
menjad replied at 21-10-2022 04:02 PM
Kahwen tak ajak mak bapak katanya

Dia bukannya artis, sama juga dengan Noor Nabila, Kak KM, DSV, Ameera Khan dan Athisha Khan.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts


Lupa dirikah?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:28 PM | Show all posts
yg lelaki jadilah orang yg baik
rajin
jaga pertuturan
yg wajib of coz kene jaga
walaupun tak hensem akan ada je orang yg berkenan

*untuk yg masih single
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
noorhairiahma replied at 21-10-2022 04:11 PM
Adakah kerana dari dulu lagi abang VV ni dah dibuang keluarga

atau

Aritu kan masa abang viva ni viral pasal dia single lagi jaga 2 anak sedara. Aku tgk ada komen sorang perempuan. Tapi aku dah lupa sapa. Dia cakap "single lagi ye, siappp balik nanti." Adalah beberapa org respon komen pompuan tu. Pakat ingat awek/tunang dia
Aku tengok lah fb pompuan tu, nampak muka sesuailah ngan abang viva ni. Ada iras orang cakap. Sebelum abang viva tu viral pon pompuan tu ada share post pasal abang viva ni. Tp aku scroll mcm tu je. Tp mmg ingat betol dah awek/tunang dia. Tup2 abang viva viral pasal lamar pompuan ni plak, tu aku rs mcm pompuan yang lain je dr yg aku tgk aritu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi boleh tunggang acara banjir , selagi tu lah
Mangsa2 banjir je tau hal sebenar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I am always suspicious dgn figura2 sebegini. Manusia fitrahnya selfish dan pentingkan diri dan kuarga sendiri. Itu sifat yg ada dlm semua mamalia termasuk mamalia sosial. Tolong sikit2 boleh la. Tp klu sampai level korbankan diri tu cam pelik la
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:36 PM | Show all posts
untung la tak kerja boleh bagi hantaran beribu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
.HannahMontana. replied at 21-10-2022 04:17 PM
indon kah perempuan ni ????

org jantan kalau mabuk poen mmg pelik

Hahaha

Yg para last tu nk tergelak besaqqq, pndai nasihat org, kena diri sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 21-10-2022 04:32 PM
Selagi boleh tunggang acara banjir , selagi tu lah
Mangsa2 banjir je tau hal sebenar

Cuba cerita apa yg terjadi. Nak gak tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.383724 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list