Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid mencuri tumpuan wargamaya selepas berkongsi gambar tidak berbaju kepada umum.
Menerusi hantaran di Instagram, Akhyar, 23, memuat naik beberapa keping gambar dia tidak berbaju sewaktu sedang bermandi-manda di sebuah pantai.
IG Akhyar
Difahamkan, Akhyar ketika itu sedang bercuti di sebuah pusat peranginan, Langkawi.
Selain Akhyar, turut dilihat kakak dan sahabatnya yang bersama-sama menikmati percutian tersebut.
IG Akhyar
Biarpun hantaran berkenaan tidak disertakan sebarang kapsyen bertulis, namun ia menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen seakan ‘melting’ dan ‘tidak kuat’ melihat pemain tengah pasukan JDT itu yang belanja gambar badannya.
IG Akhyar
Dalam pada ramai mengagumi tubuhnya itu, tindakan Akhyar memakai subang dan rantai menjadi pertikaian ramai.
Sumber: Gempak
|