CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 0

[Sarawak] Dinding Bangunan Diperindahkan Dengan Lukisan Mural

[Copy link]
Post time 20-10-2022 03:21 PM | Show all posts |Read mode

   






Oleh Reno Benjamin

SIBU: Lebih banyak lukisan mural akan dilukis di dinding-dinding bangunan terutama di lorong belakang kedai atau bangunan menerusi Projek Mengindahkan Lorong Belakang oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Michael Tiang.

Menurut Tiang, projek bertujuan mengubah pemandangan suram pada dinding bangunan yang kosong dengan lukisan mural, yang pada masa sama bagi menyampaikan mesej yang positif.

"Seperti mural yang kita rasmikan hari ini dengan mesej untuk memberi penghargaan kepada semua barisan hadapan yang telah berkhidmat kepada kita semasa pandemik dua tahun lepas," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan 'Into Ramin Way Mural Project Sibu' hari ini.

Projek yang ditaja oleh Tiang itu melibatkan lukisan mural yang dilukis di dinding belakang sebuah stesen minyak di Jalan Ramin yang memberi penghargaan kepada semua barisan hadapan yang berjuang semasa pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pelawan itu berkata, dengan projek itu beliau mahu mengubah imej lorong belakang kedai menjadi lebih indah dan menarik.

"Melalui projek ini kita mahu mengindahkan dinding-dinding bangunan di bandar Sibu dengan lukisan mural. Pada masa sama kita mahu mengetengahkan bakat pelukis mural tempatan.

"Ini merupakan lukisan mural kedua yang dihasilkan. Lebih banyak lagi lukisan akan dihasilkan bersama dengan Kelab Raminway.

“Kita akan mengubah lebih banyak dinding bangunan dengan hasil seni mural oleh artis-artis berlainan. Ini hanyalah permulaan," jelasnya.

Tiang berkata, tanggapan yang mengatakan lorong belakang kedai atau bangunan hodoh dan kotor harus dikikis serta diubah.

Dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sibu (MPS), beliau mahu mengubah semua itu untuk menjadi daya tarikan kepada pelawat dan pelancong yang datang berkunjung ke Sibu.

"Lukisan mural ini juga boleh menjadi tarikan kepada pelawat atau pelancong yang datang ke Sibu. Ini akan menjadi sesuatu yang mengejutkan mereka apabila mereka melalui lorong belakang ini," ujarnya.

Beliau juga menjemput lebih ramai artis yang berbakat untuk turut serta dalam projek itu dengan gaya atau mural yang berlainan, untuk dipamerkan di dinding-dinding bangunan di sekitar bandar ini.

"Melalui lukisan ini, kita mahu menyampaikan mesej yang positif seperti memberi motivasi dan galakan kepada masyarakat di Sibu," tambah Tiang.

Hadir sama ialah Pengerusi MPS Clarence Ting, Timbalannya Bujang Abdul Majid, Ketua Bahagian Jualan Sabah dan Sarawak Petronas Dagangan Berhad Azaidie Selli serta yang lain.


  
© Copyright 2022, Borneo Post Online Sdn Bhd

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.117135 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list