CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

[Tempatan] AMARAN BANJIR TERMENUNG : UPDATE banjir #403 di m/s 21 : Angin sistem taufan Nesat dan Sitrang telah bersatu , elok berpindah segera sebelum banjir LEBIH dalam berlaku !!

  [Copy link]
Post time 20-10-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan depan banjir tak? Mmg tak la aku nak balik ngundi klu camtu. Takut stranded dkt mana otw pegi balik. Dh la bwk baby.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 12:53 PM | Show all posts
apa2 pun..sentiasa bersedia..sebarang kemungkinan boleh berlaku.
hanya Allah maha mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 01:27 PM | Show all posts
kat Malaysia ni pernah tak ada tornado macam kat US tu..bukan belalai gajah tapi tornado atau puting beliung
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 02:20 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 20-10-2022 02:21 PM

MetMalaysia ramal banjir besar penghujung November
Oleh Irwan Shafrizan Ismail - September 2, 2022 @ 11:29am
bhnews@bh.com.my


MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. - NSTP/Fathil Asri

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Beliau berkata, METMalaysia meramalkan, sepanjang Oktober risiko bencana cuaca hanya membabitkan fenomena hujan ribut petir yang berpotensi menghasilkan angin kencang, hujan lebat dan banjir kilat dalam tempoh yang singkat dan berskala kecil.

Katanya, kebanyakan tempat dijangka menerima taburan hujan yang normal sahaja dalam tempoh itu.

"Sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada awal November, kemungkinan banjir besar berlaku adalah kurang. Bagaimanapun, mulai pertengahan November ada kemungkinan banjir besar berlaku terutamanya penghujung November.


"Namun begitu, jika pilihan raya dilaksanakan pada Disember, cuaca yang berlaku dijangka memberi impak yang lebih signifikan kerana angin Monsun Timur Laut adalah aktif pada tempoh itu, di mana risiko untuk berlaku hujan lebat berterusan dan banjir besar berskala besar adalah tinggi," katanya kepada BH hari ini.

Beliau berkata, kebiasaannya bermula akhir September hingga awal November negara akan mengalami fasa peralihan monsun.

"Dalam tempoh ini lazimnya cuaca di seluruh negara adalah baik pada waktu pagi. Manakala pada sebelah petang hingga awal malam, ribut petir akan lebih kerap berlaku terutama di negeri-negeri pantai barat serta pedalaman Semenanjung, Sarawak (barat dan tengah) dan barat Sabah.

"Risiko untuk berlaku banjir kilat adalah tinggi dalam tempoh ini terutama di kawasan rendah di pantai barat Semenanjung," katanya.

Muhammad Helmi berkata, Monsun Timur Laut pula kebiasaannya akan bermula pada pertengahan November

"Jadi dalam tempoh November hingga Disember, cuaca adalah lebih lembap terutama di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

"Lazimnya cuaca adalah hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah.

"Pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pedalaman Sarawak dan barat Sabah," katanya.

Beliau berkata, namun begitu perkara yang perlu dibimbangkan ialah jika berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, menyebabkan hujan berterusan akan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir.

"Jika berlaku luruan monsun yang kuat dan serentak dengan kemunculan sistem tekanan rendah, maka risiko untuk berlaku banjir besar adalah tinggi. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember," katanya.

Ditanya mengenai perubahan cuaca yang kerap hujan dan ribut petir ketika ini, Muhammad Helmi berkata, keadaan cuaca yang lebih lembap ketika ini adalah disebabkan Monsun Barat Daya yang lemah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2022 04:32 PM | Show all posts


https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... vember-tidak-tepat/

Dakwaan banjir besar hujung November tidak tepat





  • Oleh MARLIA ZAKARIA
  • 15 September 2022, 11:43 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




PUCHONG – Dakwaan berlakunya hujan lebat berterusan mulai pertengahan November sehingga membawa kepada banjir besar penghujung bulan itu adalah tidak tepat.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berikutan pihaknya tidak mempunyai kaedah tepat untuk meramalkan banjir lebih awal seperti yang hangat diperkatakan.
“Kita tidak nafikan episod hujan lebat itu akan berlaku tapi ramalan dua bulan lebih awal banjir besar berlaku (November) memang tak ada kaedah tepat.
” Tidak dinafikan kemungkinan tu ada, cuma di mana kawasan paling terjejas atau bila, kita tak tahu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Program Agensi-Agensi Teknikal dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bersama Media di Dewan Wawasan Markas (Smart) anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Dari kiri, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Aminurrahim Mohamed, Datuk Khairul Shahril Idrus, Timbalan Ketua Pengarah Nadma (Pengurusan Bencana), Muhammad Helmi, Timbalan Pengarah Nadma (Operasi), Meor Ismail Meor Akim. – Foto FAISOL MUSTAFA
Namun katanya, pemantauan teliti tetap akan dilakukan setiap masa bagi memastikan sebarang kemungkinan bencana dapat diuruskan dengan baik.
“Kami akan tingkatkan pemantauan cuma kami hanya boleh dikeluarkan amaran seawal satu ke tiga hari lebih awal. Menjadi tanggungjawab kami untuk perbetulkan persepsi bahawa banjir berkala besar akan berlaku penghujung November ini,” ujarnya. .
Tambahya, MetMalaysia juga akan menambah lima lagi radar cuaca di Semenanjung Malaysia sebagai persediaan bagi mengetahui keadaan cuaca semasa secara lebih terperinci. – KOSMO! ONLINE




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2022 04:40 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 20-10-2022 04:41 PM
rashiman replied at 20-10-2022 02:20 PM
MetMalaysia ramal banjir besar penghujung November
Oleh Irwan Shafrizan Ismail - September 2, 2022 @ ...


Weyyy, Kau tengok artikel yg kau post tuuu dgn artikel yg aku post tuuu, beza tarikh tak sampai 2 minggu tapi tajuk dan isi TOTALLY 360% bertentangan antara satu sama lain tapi statement dua2 artikel tuuu di buat oleh pengarah MET  .....

adakah pengarah MET alami AMNESIA kaaa ? Dahsyat nyaaa awat otak dia dah shrink sampai tara mana hinggakan dia boleh tak ingat statement dia buat dua minggu yg lalu sampai camtu sekali lalu dia sundrik menafikan statement dia sundrik tak sampai dua minggu kemudian !




]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


https://www.mkn.gov.my/web/ms/20 ... jung-november-2022/


MetMalaysia ramal banjir besar penghujung November
Oleh Irwan Shafrizan Ismail - September 2, 2022




Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini, yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.










]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]










https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... vember-tidak-tepat/

Dakwaan banjir besar hujung November tidak tepat





  • Oleh MARLIA ZAKARIA
  • 15 September 2022, 11:43 am


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




PUCHONG – Dakwaan berlakunya hujan lebat berterusan mulai pertengahan November sehingga membawa kepada banjir besar penghujung bulan itu adalah tidak tepat.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ia berikutan pihaknya tidak mempunyai kaedah tepat untuk meramalkan banjir lebih awal seperti yang hangat diperkatakan.
“Kita tidak nafikan episod hujan lebat itu akan berlaku tapi ramalan dua bulan lebih awal banjir besar berlaku (November) memang tak ada kaedah tepat.





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2022 04:43 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 20-10-2022 04:55 PM

hahahaha hanya di msia boleh berlaku pengarah kajicuaca buat statement berpinau2 camtu sekali ...buat malu jer laaa haih , dia buat statement kat media kemudian tak sampai 2 minggu kemudian dia buat statement kat media semula utk nafikan plak statement dia sundrik tuh ...apa ka bangang sampai camtu sekali boleh jadi pengarah ???

Tu yg Nabi kata kobodohan bermaharaja lela ...hmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2022 04:53 PM | Show all posts
venom1 replied at 20-10-2022 01:27 PM
kat Malaysia ni pernah tak ada tornado macam kat US tu..bukan belalai gajah tapi tornado atau puting ...

Yup dah pernah berlaku menurut artikel bawah ni



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]


https://www.bharian.com.my/berit ... ebabkan-ribut-petir



Puting beliung disebabkan ribut petir



Oleh Siti Haliza Yusop - Januari 31, 2022 @ 5:02pm






bhnews@bh.com.my



Semalam, kejadian puting beliung yang berlaku kira-kira jam 6 petang menyebabkan lebih 300 rumah di beberapa kampung sekitar Ipoh termasuk Kampung Tawas, Taman Tasik Damai, Taman Desa Seri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya terjejas.
Selain kediaman mengalami kerosakan teruk, kejadian puting beliung itu turut menyebabkan pokok tumbang merintangi jalan dan menghempap kenderaan.
Khamis lalu, kejadian puting beliung turut berlaku di kawasan Bukit Kayu Hitam, Alor Setar dan menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz Aziz, kejadian itu berkemungkinan besar boleh berulang dan membawa kemusnahan lebih teruk.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 20-10-2022 09:38 AM
tropical disturbance yg bulatan ungu tuuu aku dah zoom in lalu di bawah ni imej close up nya.... bol ...

Penang Island t/hari panas terik..skg ni redup ja..xdak pun tanda2 nk hujan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 05:22 PM | Show all posts
melaka cerah panas terik hari ni.
alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2022 05:22 PM | Show all posts

puting beliung yg melanda ipoh pada hujung jan 2022



https://youtu.be/PTrNsZZN_xA



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2022 05:23 PM | Show all posts
ini lagi video puting beliung itteww , dahsyat nyaaaa, nampak mcm kawasan perumahan taman



https://youtu.be/IJRuJC7h6EY



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2022 05:43 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 20-10-2022 06:13 PM
brego replied at 20-10-2022 05:22 PM
melaka cerah panas terik hari ni.
alhamdulillah.

Dalam masa seminggu ke dua minggu selepas Nesat lenyap barulah banjir besar akan berlaku kebiasaannya . Lenyap tu makna tak wujud dah NESAT di peta satelite tu lah

So sekarang Nesat tak kuat sebab berada di persisiran laut LAOS yg cetek  , dalam 45km/h , ia tak make landfall lagik dan di jangka akan buat landfall pada hari sabtu nih

Aku estimate dalam masa dua minggu ke tiga minggu dari sekarang lah akan ada yg kena banjir kat malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 20-10-2022 01:32 AM
kat australia lani masih dok banjir jenih termenung tak surut2 dah berhari2 ...... negara kita dgn ...

Ni yg risau ni..rumah aku pun dekat je gan bandar..Naik kete 5minit dah sampai bandar.. walaupun check dlm apps ketinggian rumah aku dr aras laut 11m.. tp tetap riso bl tgk Ausie mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2022 06:26 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 21-10-2022 09:11 AM

ini aku bagi bukti lepas taufan berakhir telah berlaku banjir di beberapa negeri ler pada tarikh yg berbeza tapi dalam tempoh lebih kurang dua minggu ke tiga minggu gitteww



taufan Noru yg berakhir pada 28 Sept 2022 yg melanda vietnam , boleh tengok laluan taufan tu di link bawah ni

Super Typhoon Noru (Karding) 2022 | Zoom Earth


Noru: September 22-28, 2022Wind speed:
max. 256 km/h
on land:
max. 237 km/h
Diameter:
max. 111 km
Air pressure:
below 919 mbar
Saffir-Simpson scale:
category 5
Local warning level:
TCWS 5











[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[



Banjir2 nih berlaku dalam masa lebih kurang 2 minggu dari tarikh taufan NORU berakhir tuu la iaitu 28 sept 2022





Banjir kilat, 2 pusat pemindahan dibuka di Pontian, Kluang | Free Malaysia Today (FMT)     berlaku pada 2 okt






(24081) Banjir Kilat Penampang 7 Oct 2022 - YouTube   berlaku pada 7 okt




https://www.astroawani.com/video-malaysia/awani-borneo-09-10-2022-banjir-kilat-ulang-tahun-tyt-wakili-permasalahan-rakyat-1990990 ... AWANI Borneo 9 Oktober 2022 : - Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak beberapa kawasan dinaiki air  
berlaku pada 9 okt






BANJIR KILAT DI BALING SURUT, 154 MANGSA DIBENAR PULANG – Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah    berlaku pada 10 okt




20 rumah di Melaka dilanda banjir kilat - Kosmo Digital     berlaku pada 10 okt






Johor Bahru dilanda banjir kilat, 1 PPS dibuka | MalaysiaNow    berlaku pada 12 okt




https://www.astroawani.com/berit ... -di-langkawi-386297    berlaku pada 16 okt


Beberapa kawasan di Pulau Pinang banjir kilat | Nasional | Berita Harian (bharian.com.my)   berlaku pada 16 okt
















Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2022 06:33 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 20-10-2022 06:34 PM

so selepas sesatu taufan tu lenyap dari peta satelite maka dalam masa 3 minggu ler ok akan berlaku banjir di beberapa negeri dalam masa yg berbeza2 .
  
Nanti aku bagi taufan lain plak yg tunjuk trend yg sama ok agar kita boleh nampak pattern banjir berlaku adalah selepas taufan berakhir gitteww supaya apabila ada je taufan kita semua boleh ambik precaution selepas taufan tu berakhir utk masih berjaga2 ler agar tak terperangkap dalam banjir kilat lah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 20-10-2022 10:52 AM
click link nih , nak tengok angin sebelah kiri ada imej mcm tiupan angin tu maka click yg tu, kalau ...

thnxx tt for the info
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
semanjung dilindungi. ribut besar x dpt masok . hanya kena tempias.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2022 10:38 PM | Show all posts
blastoff replied at 20-10-2022 05:43 PM
Dalam masa seminggu ke dua minggu selepas Nesat lenyap barulah banjir besar akan berlaku kebiasaann ...

aku pun suspek bulan november nanti,
hati2 la yer area pantai timur,
tepi sungai dan kawasan pantai,
harap semua nya ok

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2022 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 20-10-2022 10:37 AM
Yg tak mahu ambil iktibar segala info yg aku dok bagi nih sila lah hidup in denial ya, boleh anggap  ...

Walaupun iols kurang fhm map2 sume ni tp iols ucap time kaseh kt blastoff cuba raise awareness psl ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.701689 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list