CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] KPDNHEP rampas alat teknologi penstriman bernilai lebih RM400,000

[Copy link]
Post time 19-10-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP merampas alat teknologi penstriman.

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas 600 unit alat teknologi penstriman pelbagai jenama berserta dokumen berkaitan disyaki mengandungi karya hak cipta dengan nilai rampasan berjumlah RM404,500 di sebuah premis di Jalan Mutiara, Skudai, Johor, semalam.

Serbuan bermula jam 1 tengah hari oleh empat anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya itu adalah hasil maklumat pemilik hak cipta dan risikan awal pasukan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam, berkata pihaknya turut menahan seorang wanita tempatan berusia dalam lingkungan 20-an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, wanita itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman.


Tertuduh boleh didenda minimum RM10,000 dan maksimum RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

"Pihak KPDNHEP sudah menambah baik Akta Hak Cipta 1987 melalui pindaan kepada Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah berkuat kuasa mulai 18 Mac 2022.

"Ia memberi penekanan dalam usaha pihak kementerian untuk membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital dengan lebih berkesan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Azman berkata, pihaknya menasihati peniaga supaya tidak menjual alat teknologi penstriman seumpama itu yang mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya tanpa kebenaran.

"Tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan oleh pihak KPDNHEP kerana alat teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi," katanya.

Orang ramai yang ada sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung perkara yang berkaitan boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak KPDNHEP melalui aplikasi WhatsApp di talian 019-279 4317 atau 019-848 8000.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi portal aduan di e-aduan.kpdnhep.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my atau menerusi Ez ADU KPDNHEP.
https://www.bharian.com.my/berit ... ilai-lebih-rm400000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.297963 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list