View: 1716|Reply: 15
|
'Azal Dah Berubah, Suka Berkurung Dalam Bilik' - Zarina Sedih Anak Trauma
[Copy link]
|
|
Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan atau Azal masih trauma selepas menemui sebuah laman sesawang yang memuatkan tulisan berbaur fitnah dan cercaan terhadap dirinya.
Perkara itu dimaklumkan Zarina Zainuddin, 51, ketika dihubungi Utusan Malaysia. Katanya, insiden ini telah membuatkan perilaku Azal berubah dan kerap mengasingkan diri.
“Dia sampai sekarang moody dan tidak ceria seperti selalu. Dia lebih banyak menyendiri, malah suka berkurung dalam bilik dan tidak mahu diganggu.
IG Zarina
“Perkara itu benar-benar mengganggu emosinya. Saya menangis selama dua hari apabila mendapat tahu kewujudan laman Wikipedia tersebut,” katanya.
Baru-baru ini, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu memuat naik satu hantaran di laman Instagram berkenaan sebuah laman Wikipedia yang memuat naik tulisan berbaur cercaan dan fitnah terhadap anaknya.
Laman tersebut antara lain menyebut anak Zarina sebagai gila, psiko dan tidak bersekolah.
Bagaimanapun kata Zarina, pelaku tersebut telah bertindak memadam fitnah yang dilemparkan sebaik sahaja dia menyebarkan perkara itu di Instagram.
Sementara itu, Zarina memberitahu, dia tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap individu terbabit.
Katanya, dia hanya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT untuk membalas apa sahaja kejahatan yang dilakukan terhadap dia dan keluarganya.
“Mungkin semua ini didalangi budak-budak yang cetek akalnya. Saya rasa tidak perlu saya ambil tindakan. Kalau pelaku rasa apa yang dibuatnya itu betul, teruskanlah.
“Tetapi ingat, segala tindakan kita akan dibalas. Kalau kita buat jahat dekat orang lain, Allah akan balas semula.
“Saya harap netizen berwaspadalah ketika menulis atau berkata-kata di media sosial. Jangan ikut sedap hati. Kita manusia, sentiasa buat silap,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zarina juga meluahkan kerisauannya terhadap kebebasan bersuara yang disalah guna golongan kurang matang dengan tujuan menyakiti perasaan orang lain.
“Zaman sekarang, budak-budak terlalu berani. Mereka mahir guna Internet tetapi tidak menilai baik dan buruk tindakan mereka.
“Mereka tidak rasa apa yang orang lain rasa apabila disakiti. Tetapi ingatlah, satu hari nanti, mereka akan ada keluarga, isteri atau suami dan anak-anak,” jelasnya.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun aku menyampah kadang dengan anak beranak ni. tapi aku simpati dengan situasi ni.. tabah la nok.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu lah kau jangan exploit anakkkk, tau lah jalam internet ni macam2 boleh jadi. protect mereka dengan menjaga privacy mereka bukan dengan menjaja cerita kehidupan mereka. sekarang dah jadi macam ni siapa nak heal trauma diorang. ko sendiri juga yang susah kak |
|
|
|
|
|
|
|
Stop salahkan org. Ko yg mula dlu kan. Dah tau yindon caprut takleh di usik... Ko g komen mcm tu kenapa. Pas tu rajin sgt buat content pasal anak ko. So skrg, salahkan org pulak... Senang betul eh jadi ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia pun xreti ke install apps ala² monitor phone ke?? Banyak je apps kalau parents nak kontrol penggunaan Internet anak mereka ... Yalah zaman skrg nie banyak benda tak boleh didedahkan sgt.... Apatah lagi yang macam Azal ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ni sorang lagi
Stay away from media sosial la Kak Cik oiii
Kau tumpu je perhatian jaga anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Haaa baguslah. Entah apa2 tengok dalam fone tu, dah pandai nak kawen. Eh, kalau manusia camni rogol anak orang atau even bunuh orang, dia lepas ok, atas kad oku. |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum: Haaa baguslah. Entah apa2 teng ... Dia memang oku pun, so what?? yg otak x oku pun boleh langgar orang lepas mabuk lepas tu guna kad oku lg buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok bahasa macam yindon. Apapun tindakan tu salah, cyberbully tu. Kalau korang tak suka depa ignore jelah kalau tak mampu nak doakan org yg baik2. Jangan torture mental org lain |
|
|
|
|
|
|
|
kannn...
da dia p letak dalam IG dia sendiri kenapa??
mmg sengaja nak suruh anak baca ke camna??
hahahahhahahaa....
kalau dalam wikipedia tu kan boleh aja explain tu haox..
aku tak rasa anak dia p gigih google kat wikipedia segala...
hahahahhahahaha...
meluat aku tengok acik nih...
cari simpati aja kerja dia...
hahahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian Azal Azil
mak dia pun jenis nak expose anak anak utk content , bukan utk awareness
netizen ni sah lah lagi gila dari yg dia tuduh gila |
|
|
|
|
|
|
|
berapa lapis lah filter gambar mak dgn anak
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry to say, tp maknya pun terlebih sgt expose pasal anak..anak tantrum pukul mak tgh drive direkodnya. Ada bukti kot org nak hina anak dia. Lgpun azal ni kerap jugak drop komen merata kt ig retis lain. Mak dia pun tau susah utk tutup mulut org so dia kena la pandai control anak klu taknak org cakap memacam. Walau papepun, tetap yah tak patut indon caprut hina azal cmtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Knpa org indo triggered dgn dia smpai buat gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Akak tak kesian sebab ko dari dulu suka mencapub guna anak2 ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la
Tidak le anak nko merayau tak tentu hala
kdg smpai larut mlm tak balik entah kemana2, nko juga ya meroyan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|