CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7743|Reply: 57

Elly Mazlein Kenen-Kenenkan Ibu Nabil Dengan Ayahnya, "Boleh Kita Jadi Adik-Beradik"

[Copy link]
Post time 17-10-2022 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Lina Pompom merupakan pengacara tetap untuk rancangan Gegar Vaganza Musim 9. Ibu kepada duaorang anak ini digandingkan bersama Nabil Ahmad yang merupakan pelawak dan penyampai radio Era.


Gelagat mereka ketika mengacara GV musim 9 telah menghiburkan para penonton dan juga penyokong di Gegar vaganza. Apa yang lebih menghiburkan ketika mereka cuba untuk kenen-kenenkan ibu dan ayah mereka.


Foto: IG




Menerusi video tiktok milik @harrizaishiteru, Elly mengatakan ketika Nabil membicarakan soal ibu tunggal, dia juga memberitahu ayahnya juga berstatus ayah tunggal. Sempat dia bergurau untuk kenen-kenenkan ibu bapa mereka dan mereka boleh menjadi adik beradik.


"Bila Haji Nabil cakap pasal ibu tunggal, abah kepom pun ayah tunggal. Jadi kita boleh kenen-kenenkan. Boleh jadi adik beradik," kata Elly kepada Nabil.




  



Namun, Nabil tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Katanya, walaupun mereka hanya jumpa seminggu sekali, itu sudah cukup memeningkannya dengan perangai Elly inikan pula nak jadi adik beradik.


"Seminggu sekali jumpa pun dah pening macam ni. nak kita jadi adik beradik. Tak boleh, tak boleh. Nanti jadi masalah faraid,"jawab Nabil.




  



Menjengah ke ruangan komen tiktok, ramai netizen yang terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga yang mengatakan bahawa gandingan mereka berdua sebagai pengacara sangat serasi.


"Memang best 2 orang ni kelakar je,paling best time ada lagu ada lagi, yang nak tersingkir pun tak sedih jadi kelakar pula. Bagus kak lina ni bagi semangat kat peserta"


  



"Nabil dan lina pompom ni memang serasi, suka tengok diorang jadi pengacara"


"Bagus dorang ni pengacara sama-sama ..Tak kering gusi tengok."-CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape mekap, hairdo klpp kt gv ni mcm buruk2 dimata i eh
Nk nmpk lain dari yg lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 02:14 PM | Show all posts
hahahhaha sengal laa dua2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
bapak nabil bukan ke baru nak masuk 10 hari meninggal ke? Camne diorg bleh buat lawak hal gini? Selekeh n rempit gila perangai memasing..nabil pun haramjadah bleh approve lawak psl ni..baru sgt lagi bapak meninggal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 17-10-2022 02:28 PM
bapak nabil bukan ke baru nak masuk 10 hari meninggal ke? Camne diorg bleh buat lawak hal gini? Sele ...

Tu la aku pun baru nak cakap. Maknya mesti tengah bersedih lagi apa benda la bergurau macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
simmes replied at 17-10-2022 02:37 PM
Tu la aku pun baru nak cakap. Maknya mesti tengah bersedih lagi apa benda la bergurau macam ni

Nabil ni mmg bodoh,dulu dlm gv brp ye yg dia kata tok ram ada affair dgn mak dia smp dpt ank.wlpn tu lawak2 tp benda mcm tu kan memalukan aje.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2022 02:49 PM | Show all posts
agak2 la kot melawak pun..

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 02:52 PM | Show all posts
Malam tadi kelakar yakmat..bagi chance la ajibil nak bergurau senda..asyik nak tersentap bagai penat la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
simmes replied at 17-10-2022 02:37 PM
Tu la aku pun baru nak cakap. Maknya mesti tengah bersedih lagi apa benda la bergurau macam ni

kan..kot dah 4-5 bulan pergi, tahan la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
marchikobonzo replied at 17-10-2022 02:52 PM
Malam tadi kelakar yakmat..bagi chance la ajibil nak bergurau senda..asyik nak tersentap bagai penat ...

bukan psl sentap ke apa..ni psl respect..at least kena la tau dos and don’ts..agak2 ar arwah bapak tu baru sgt lagi meninggal, dah nak jadikan bahan lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:19 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 17-10-2022 02:28 PM
bapak nabil bukan ke baru nak masuk 10 hari meninggal ke? Camne diorg bleh buat lawak hal gini? Sele ...

yes.. ini apa yang iols rasa. kenapa mcm tak sensitive eh? ayah ko baru meninggal ko da approve lawak/bahan jenaka mcmni. mak ko still dalam edah lagi nabil. tak sensitive ke dengan perasaan mak sendiri? KLPP pun nak bergurau takde bahan lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:20 PM | Show all posts
marchikobonzo replied at 17-10-2022 02:52 PM
Malam tadi kelakar yakmat..bagi chance la ajibil nak bergurau senda..asyik nak tersentap bagai penat ...

ni bukan pasal sentap. tapi sensitiviti. baru meninggal kot? boleh buat bahan lawak eh? manusia skrg makin takde rasa sensitive ke? kalau kena dkt mak ayah iols, iols hanginn. benda mcmni tak sesuai dijenakakan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, best ke klpp ni jadi dj radio?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:22 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 17-10-2022 02:28 PM
bapak nabil bukan ke baru nak masuk 10 hari meninggal ke? Camne diorg bleh buat lawak hal gini? Sele ...

bila buat kelakar ken ajuga fikir
jgn main taram je
sensitif tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:27 PM | Show all posts
kikilalapooh replied at 17-10-2022 07:20 AM
ni bukan pasal sentap. tapi sensitiviti. baru meninggal kot? boleh buat bahan lawak eh? manusia sk ...

Ajibil cakap pasal ayah dia sendiri wak..it's just how he deal with his own emotions
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:27 PM | Show all posts
bila dengar dia melawak pasal iddah mak dia tu macam terkejut jugaklah..
mungkin niat dia nk tunjukkan yang dia xnk bersedih..tapi maruah mak dia pun dia kena jaga jugak.
tok ram pun macam malas nk jawab semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2022 03:31 PM | Show all posts
ajibil ckp psl ayah sdri..harap jibil balik kampung mak dia ketuk pakai kuali sedas. yg kepom apehal respct la org baru je meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:31 PM | Show all posts
marchikobonzo replied at 17-10-2022 03:27 PM
Ajibil cakap pasal ayah dia sendiri wak..it's just how he deal with his own emotions

tau. tapi mana pergi sensitiviti dia. anak lelaki kena jaga maruah keluarga. somemore mak heols masih eddah. next week pls la jgn buat lawak kenen2 mak dia dgn tokram la ape la
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:44 PM | Show all posts
Ntahler cuolls.. apakata cuolls je jadik pengacara next week
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada tgk smlm, mula2 dia try tokram. Dia cakap maknya kirim salam kat tokram, siap pesan lepas 4 bulan mintak tokram dm. Masa kepom cakap bapak dia pun ayah tunggal, boleh kenen2 ngan bapak dia, nabil ckp dia lg teringin dapat bapak org terkenal / komposer (tokram)

Kot aku jadik mak dia, aku luku aje kepala dia pakai lesung batu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.087627 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list