CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22910|Reply: 428

[Tempatan] Update! Cikgu Mohd Fadli dibebaskan daripada tindakan tatatertib.

  [Copy link]
Post time 16-10-2022 06:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mahalnya at 18-10-2022 06:52 PM

Mohd Fadli Salleh

Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya. Oh Malaysiaku...

Malam ni saya kongsi terus surat dari KPM yang nak buang kerja atau turun pangkat saya. Kerana apa saya nak kena buang kerja?

Adakah saya seorang guru bermasalah di sekolah? Tidak, markah prestasi saya saban tahun melebihi 90%, bahkan mencecah 98%.

Adakah saya selalu MC dan ponteng kerja? Juga tidak. Rekod kehadiran saya ke sekolah setiap tahun sangat cantik.

Adakah saya tumbuk Guru Besar, bergaduh dengan rakan sekerja? Juga tidak, saya sangat disenangi rakan sekerja dan pentadbir.

Adakah saya cabul atau rogol murid? Jauh sekali. Anak-anak didik saya, saya layan ibarat anak-anak sendiri. Saban tahun masa Hari Guru dapat hadiah terbanyak dan Anugerah Guru Popular. Setiap tahun dapat anugerah guru popular dan hadiah paling banyak sejak tahun pertama saya dipostingkan hingga ke hari ini.

Adakah saya bermasalah dengan ibubapa? Pun tidak. Ibubapa dengan saya sangat rapat. Tak pernah bergaduh. Bahkan bila saya ditukarkan dari SK Taman Melawati 2 pada 2016 ibubapa buat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke PPD nak kekalkan saya di sana.

Tak berjaya juga, mereka panjat JPN jumpa Timbalan Pengarah JPN mohon jasa baik kekalkan saya di SKTM2. Kerana mereka tahu saya ditukarkan bukan kerana saya bermasalah, tetapi kerana saya bercakap jujur dan benar mengenai isu PPD masa tu.

Jadi soalnya kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran.

Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengan luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji puja sahaja.

Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu? Saya bercakap tentang :

1. Beg berat bahaya pada anak-anak kita
2. Silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri.
3. Bilangan murid yang ramai dalam kelas.
4. Subjek yang banyak murid belajar.
5. Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi.
6. Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak.

Itu yang saya tulis.

Kata mereka, 'Cikgu perlu guna saluran yang betul. Bukan kat Fb'.

Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Sebab saya dah luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di PPD di hadapan lebih 30 orang guru Matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan pegawai JPN.

Sehingga mereka tak mampu berhujah dan menjawab persoalan saya, mereka bawa pegawai BPK dari Putrajaya. Pegawai yang bertanggungjawab membuat silibus baru itu hadir dalam bengkel semata-mata nak menjawab semua persoalan saya.

Dan sampai ke sudah saluran paling betul itu langsung tak memberi kesan apa-apa, bahkan makin menyusahkan.

Beginilah sistem kita. Sistem yang hanya nak mendengar puja puji walaupun ianya penipuan.

Yang pandai membodek, pandai menipu, naik pangkat cepat. Yang menukarkan saya dulu naik pangkat menjadi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran di JPN sana.

Sedangkan saya yang bercakap jujur dan mengatakan kebenaran hendak dibuang kerja.

Lihat dan baca sendiri semua pertuduhan ke atas saya. Sesiapa tolong bagitahu saya, manakah antara tuduhan itu saya menipu?

Semuanya benar. Semuanya fakta. Semuanya benda umum yang semua orang tahu. Bukan bawah akta kerahsiaan pun.

Tapi, mereka seboleh mungkin nak kaitkan juga kesalahan dengan akta lapok yang sepatutnya lama dah dimansuhkan. Akta yang menyekat sesiapa menyatakan kebenaran jika kebenaran itu pahit dan menunjukkan salah dan lemah mereka.

Habis tu sampai bila? Sampai bila benda salah nak sorok? Sampai bila nak sapu sampah bawah karpet? Sampai bila nak sorok kudis kecil? Tunggu jadi barah hingga tak boleh dirawat lagi? Begitukah?

Selama ini sesiapa jua ingin berkata, didiamkan dengan ugutan tindakan tatatertib. Saya bukan guru pertama timbulkan isu ini.

Berpuluh guru, bahkan beratus guru lain yang pernah persoalkan tentang silibus tinggi, yang jujur bagitahu ada penipuan dalam data KPM, mereka semua disenyapkan dengan ugutan seperti ini.

Maka pakat mendiam semua. Mereka ada anak isteri. Mereka ada komitmen hutang yang perlu dilunaskan setiap bulan. Jika terlucut kerja macamana agaknya kehidupan mereka.

Semua orang fikir tentang periuk nasi. Takut kena sekat pangkat. Takut kena buang kerja. Maka pakat akur walau dalam hati tidak pernah rela.

Hari ini, biarlah saya bangkit hadap semua kezaliman dan kerosakan ini. Biar saya seorang hadap apa jua risiko.

Dibuang kerja. Disekat kenaikan pangkat. Dipancung anugerah dan sebagainya.

Biar saya hadap semua itu kerana jika tiada siapa berani berdiri seperti saya pada hari ini, maka kerosakan ini akan terus berlaku sampai bila-bila.

Apa yang saya perjuangkan ini, tidak ada setitis pun untuk kebaikan diri saya. Semuanya untuk kebaikan generasi dan anak-anak kita. Semuanya demi Malaysia yang lebih baik.

Saya ambil risiko dibuang kerja, saya korek tabung simpanan hire lawyer nak fight kes ini sampai akhir.

Jika ditakdirkan kes saya ini kalah di mahkamah, saya akan buat rayuan di mahkamah tinggi untuk fight lagi.

Kalah lagi, lawan lagi. Kalah lagi, lawan lagi. Biar pun jika ditakdirkan Tuhan saya takkan menang seumur hidup saya, namun anak-anak murid saya boleh berkata dengan bangga,

'Aku ada seorang cikgu. Cikgu aku yang sanggup berjuang untuk pendidikan kami sampai dibuang kerja. Sampai ke akhir hayat'.

Buat Little Napoleon dan dinosaur kat atas sana, satu pesanku.

'Penjinak singa hanya mampu membuatkan singa patuh dengan kayu tas dan rotannya.

Namun sebaik singa tidak lagi takut akan rotan dan kayu tas itu, penjinaklah harus takut akan singa'.   - MFS -

#MFS
- Takkan pernah tertindas bangsa yang melawan! -

Sumber: FB  Mohd Fadli Salleh


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2022 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2022 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2022 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
https://www.facebook.com/xbgsx666

Itu link FB beliau
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Politikus yg rakus mrmbahayakan masa depan..mmg byk ketidakadilan .ketirisan sumber sbb xde pemimpin yg btl2 berkarisma mampu mengubah sistem yg sekian lama jd budaya...klu mu di pihak benar cikgu..moga mu menang...maszlee is a good menteri tapi ditekan pula...mmg msia ni x tahu apa nak jd 10 years from now
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah memberi kekuatan dan memelihara cikgu ni drp tgn2 jahat, mengadu lah pd Allah. Manusia jahat ni igt dia boleh penaya org sesuka hati, tunggu turn dia pulak biar jatuh tergolek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2022 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 16-10-2022 07:36 AM
Politikus yg rakus mrmbahayakan masa depan..mmg byk ketidakadilan .ketirisan sumber sbb xde pemimpin ...

Bukan maszlee ni ke yg bawak kroni ramai² join dia dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols faham sgt. Tp better cikgu ni guna saluran politik je. Nk lawan politik kena guna politik juga. Jgn guna saluran biasa lg dah. Moga adalah politician yg sedia mempolitikkan isu cikgu ni menjelang PRU15
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
walupun sesekali ada gak cam nyampah sikit dgn cikgu fadli ni, tapi I setuju je kali ni dia fight dgn org KPM tu, kalu dia x bersalah…mcm dia cakap, cikgu2 lain terpaksa senyap sbb kalu kena buang keje camne nak bayar hutang @ komitmen..mcm cikgu fadli ni dia kalu dah x jadi cikgu pun, dia still bleh generate income..sbb dia pun dah ada nama..so, orang mcm ni diperlukan utk fight org atasan mcm pegawai2 KPM yg syok sendiri tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 16-10-2022 07:50 AM
Iols faham sgt. Tp better cikgu ni guna saluran politik je. Nk lawan politik kena guna politik juga. ...

"Dan kepada ahli-ahli politik tak kira dari parti mana, jangan gunakan isu ini sebagai modal politik kalian.

Umum tahu saya tak pernah berpolitik dan tak pernah mendaftar sebagai ahli mana-mana parti politik. Nak bantu sama-sama perjuangkan, silakan. Namun nak jadikan sebagai senjata dan modal politik, saya takkan bersama kalian.

Okeh. Tu ja nak cakap. Selamat malam Malaysia."

#MFS



Itu pegangan beliau pasal politik
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mahalnya replied at 16-10-2022 07:55 AM
"Dan kepada ahli-ahli politik tak kira dari parti mana, jangan gunakan isu ini sebagai modal polit ...

Than x kemana lah kisah dia. Terima lah hakikat napoleon2 dlm kpm akan terus kekal berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah ko adalah meletakkan rungutan ko di media soc..
Itu SALAH...mmg jatuh tatatertib la..
X kisah la nk jadi superhero ke hapa..bnda tu mmg slah..
Pernah staff kami dlu..maki org awam generally pasal parking je..tapi # tmpt kerja mmg tatatertib Dan terus hold Naik pangkat..ko ni terang2 petik nama kementerian..mmg mendapatla..
Nk jadi hero...
Jadi netizen dik oii...
Jadi wakil rakyat yg pndai memekak je.
Jgn jadi penjawat awam..
All the best je la nasihat hakak yg sama2 keje gomen ni jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:04 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 16-10-2022 07:50 AM
Iols faham sgt. Tp better cikgu ni guna saluran politik je. Nk lawan politik kena guna politik juga. ...

saluran politik kau maksudkan pembangkang kaaa ? Selama nih ada ka kerajaan atau kementerian yg ambik pusing apa saja yg di demand oleh pembangkang ? Mcm mencurah ke air keladi ler kalau guna saluran politik
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:07 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 16-10-2022 08:09 AM
teen_angelJB replied at 16-10-2022 08:04 AM
Salah ko adalah meletakkan rungutan ko di media soc..
Itu SALAH...mmg jatuh tatatertib la..
X kisah  ...

dah dia buat teguran direct tarak respon, kalau tak leh luahkan ke soc med , apa alternatif yg kau nak dia buat tu utk cuba wujudkan perubahan dalam gayakerja yg tak kena yg dia dapat detect ?
Dia tuuu whistleblower ler, kalau whistleblower di kenakan tindakan TATATERTIB maka sama mcm segala keburukan nak sapu bawah karpet lah kekdahnya .
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:07 AM | Show all posts
dalam hal silibus, tak boleh elak ada masalah akan berlaku sebab yang berkuasa rangka silibus ni aku suspek bukan guru, tapi dengan title orang atasan.....

disini mereka guna kemahuan mereka sebagai kriteria utama, manakala kriteria lain ditolak atau sangat sedikit mempengaruhi semasa silibus dirangka... aku suspek pemikirannya semasa rangka silibus ialah lagi susah lagi hebat lagi banyak lagi akan dipuji.. ... sebiji spt masalah yang dihadapi sekarang

bayangkan bila ada orang bawahan kritik, bahagian pelaksana mendapati ada masalah, dan cuba menjelaskannya dan meminta penambahbaikan.... maka ego orang atasan akan tersentuh sebab hasil silibus itu asasnya adalah kemahuan mereka...

ini menjadikan pihak atasan merasakan seolah-olah kritikan, cadangan adalah menentang mereka, maka tindakan yang cendrung diambil ialah hukuman menentang pihak atasan.. Tahniah semua
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kpm patut dengar keluh kesah.. bukan ugut buang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2022 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 16-10-2022 08:04 AM
saluran politik kau maksudkan pembangkang kaaa ? Selama nih ada ka kerajaan atau kementerian yg am ...

Bole je ala2 mcm bdk pointer 3.88 dpt medik tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:11 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 16-10-2022 08:09 AM
Bole je ala2 mcm bdk pointer 3.88 dpt medik tu

bawak mai lah bukti kat sini yg budak tu berjaya ubah hapa tu dgn guna saluran politik camna ? Semata2 kau kata bole tak semestinya ia betul2 bole pungg
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
isu beg berat tu snang cite tu kartel buku la pnye agenda. xprint bnyk2 kang cmno tokei besar2 nak kaye kan. pastu sbnrnye pusing2 balik pn bnde tu dkt situ jugak. dah kalo silibus xtukar, cmne nk print out lg bnyk2. pakai buku yg sama je cmne nk kaye kan? tp bab buku ni bukan msia je, cambridge pn cam haram gak 2 taun skali revise silibus.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2022 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
silibus ni org kt pusat kurikulum yg buat.
pun ada ego nya sendiri
kdg2 tk sync dgn org buku teks dgn lembaga peperiksaan.
cikgu la yg kena hadap kt skolah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.319393 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list