CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Wanita antara ditahan campur cecair vape dengan dadah

[Copy link]
Post time 15-10-2022 03:32 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Tujuh individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti memproses dan mengedar cecair vape mengandungi dadah ketamin dalam serbuan berasingan di Lembah Klang pada Khamis.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, enam lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia 25 hingga 34 tahun itu ditahan antara jam 7 malam hingga 10.50 malam.

"Kita merampas cecair ketamin (dalam perisa vape) sebanyak 104.16 liter, syabu seberat 27.56 gram dan 160 biji pil yaba yang dianggarkan bernilai RM3.44 juta," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noorsiah berkata, sindiket itu dipercayai mula aktif sejak awal tahun ini.

Jelasnya, modus operandi sindiket itu adalah mencampurkan cecair ketamin ke dalam perisa vape dan menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengedar dadah untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, tindakan sitaan dikenakan ke atas aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM37,407.50 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda Civic, dua motosikal jenis Yamaha RX-Z dan WMoto, barang kemas serta wang tunai berjumlah RM2,530.

"Saringan awal yang dljalankan mendapati hanya lima suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.


"Semakan rekod mendapati enam suspek mempunyai rekod kesalahan dadah dan jenayah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... r-vape-dengan-dadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.512180 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list