CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bermotosikal seorang diri untuk daftar pengajian

[Copy link]
Post time 15-10-2022 09:34 AM | Show all posts |Read mode

LAU ketika mendaftar di UM tanpa ditemani ibu bapanya. FOTO Ihsan Lau Liat Kiat.

Kuala Lumpur: Biarpun tidak ditemani ibu dan bapa, seorang pemuda tetap hadir ke kampus untuk sesi pendaftaran pengajian semester satu di Universiti Malaya (UM), Ahad lalu.

Lau Liat Kiat, 21, yang menyambung pengajian dalam Sarjana Pengurusan Sukan ke kampus dengan menunggang motosikal miliknya dari Putrajaya.

Kisahnya mendapat perhatian warganet selepas dikongsikan di laman Instagram (IG), UM.


Menurut Lau, ibu dan bapanya berada di Tangkak, Johor, jadi dia perlu berdikari dengan datang berseorangan bagi sesi pendaftaran pengajian.

"Selepas tamat persekolahan, saya menyambung pengajian di peringkat diploma dekat sebuah kolej swasta di sini.

"Motosikal itu memang saya letak di kawasan parkir Terminal Bersepadu Selatan (TBS), dan akan digunakan setiap kali ke sini.

"Untuk pendaftaran tempoh hari, saya bermalam di rumah rakan dekat Putrajaya sebelum ke kampus keesokannya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Di sebalik kejayaannya menyambung pengajian, Lau mendedahkan ada cabaran perlu dilaluinya sebelum sampai ke tahap sekarang.

"Dulu, ayah tidak galakkan saya untuk menyambung pelajaran disebabkan tanggungan keluarga agar berat.

"Bagaimanapun, saya nak nekad untuk belajar, jadi saya cuba mengumpul wang dengan bekerja sambilan di restoran dan pusat karaoke," katanya.

Menurutnya, sebahagian hasil pendapatan disimpan untuk belajar, selain digunakan untuk membeli barangan keperluan.

"Saya lakukannya kerana enggan bebankan keluarga memandangkan ayah bekerja sebagai buruh dan emak suri rumah, manakala kakak dan abang sudah bekerja.

"Saya adalah yang pertama menyambung pengajian ke menara gading. Tetapi ayah tetap beri wang belanja setiap bulan selepas menyambung pelajaran (diploma)," katanya.

Berkongsi hala tujunya, anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, misinya adalah belajar bersungguh-sungguh hingga tamat pengajian.

Biarpun menyambung pengajian dalam bidang sukan, impiannya adalah bergelar usahawan dan dia akan berusaha untuk merealisasikannya.

"Saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan sukan kerana minat.

"Bagaimanapun, cita-cita saya adalah bergelar usahawan dan kalau boleh mahu buka kedai sendiri satu hari nanti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uk-daftar-pengajian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045915 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list