View: 845|Reply: 2
|
“Lawan Tetap Lawan” – Puteri Sarah Komen Kes Saman Ira Kazar
[Copy link]
|
|
“Lawan Tetap Lawan” – Puteri Sarah Komen Kes Saman Ira Kazar
Kemelut rumah tangga melibatkan pelakon, Puteri Sarah dan pengarah serta pelakon terkenal Syamsul Yusof masih lagi menjadi bualan ramai yang masih menantikan perkembangan aduannya di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terhadap seorang wanita yang dikatakan telah menganggu rumah tangganya iaitu Ira Kazar.
Tidak Akan Berdiam Diri
Menerusi Insta Stories, Puteri Sarah yang dilihat memuat naik tangkap layar keratan artikel mengenainya dari sebuah portal berita, menyatakan bahawa dia tidak akan berdiam diri selagi yang bersalah belum ditangkap.
“Lawan tetap lawan. Takkan diam selagi yang bersalah tak ditangkap. Diam bukan bermakna case closed. Case masih berjalan, cuma ambil masa. Takpe, sikit lagi.”-Tulis Puteri Sarah
Sudah Terima Tarikh Perbicaraan Oleh Mahkamah Sivil
Akui kes mahkamah sememangnya mengambil masa yang lama. Puteri Sarah mengatakan bahawa tarikh perbicaraan oleh Mahkamah Sivil akan berlangsung pada tahun 2023.
“Tidak akan diam dan takkan diam selagi yang sepatutnya tidak diambil tindakan. Slowly but surely. Court case memang ambil masa yang SANGAT LAMA. Mahkamah Sivil dah dapat tarikh bicara tapi tahun depan.
“Syariah court, soon, and I’m fighting for it. Case closed? Hell no! Never!.”-Tegas Puteri Sarah
Terdahulu, nama Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian selepas mendedahkan identiti wanita yang didakwa menjadi ‘penghancur’ sehingga menyebabkan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof bergolak.
Sumber:https://murai.my/2022/157168/put ... azar-syamsul-yusof/
|
|
|
|
|
|
|
|
"Case Closed? Hell No!" - Puteri Sarah Takkan Berdiam Diri Selagi Ira Kazar Tak Ditangkap
Kredit foto: IG
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi hantaran terbaru di Instagram menegaskan dia tidak akan berdiam diri selagi individu yang didakwa ‘bersalah’ masih bebas.
Katanya, kes berhubung pengganggu dalam rumah tangganya bersama Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar masih berjalan walaupun perlahan.
Kredit foto: IG
"Kes mahkamah memang mengambil masa lama. Mahkamah Sivil dah dapat tarikh bicara tahun depan.
"Akan datang, mahkamah syariah pula.
"Tak mungkin saya akan biarkan kes ditutup!" tulisnya.
Kredit foto: IG
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Sarah berharap Jawi dapat berkongsi dan memberikan maklum balas agar segala persoalan terjawab. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|