View: 1056|Reply: 13
|
Bayi Masih Bertali Pusat, Dijumpai Bergerak-Gerak Dalam Tong Sampah Di JB
[Copy link]
|
|
Masih bertali pusat! Demikian keadaan seorang bayi perempuan yang ditemui dalam tong sampah di kawasan kediaman One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi, Johor Bahru, Johor pada 1 Oktober lalu.
Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin, bayi perempuan yang masih mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut.
 Foto: Sinar Harian
"JKM menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang pada hari itu berkaitan penemuan bayi berkenaan dalam tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO)
" engawal keselamatan itu curiga apabila mengesan objek yang bergerak dalam tong sampah dan mendapati itu adalah bayi.
" emeriksaan mendapati bayi itu adalah perempuan, masih bertali pusat dan tidak memiliki uri dipercayai dipotong sendiri oleh ibu kandungnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Katanya lagi, tubuh bayi tersebut kemerahan dan awalnya disangka kesan gigitan semut namun apabila diteliti itu kesan baharu dilahirkan.
Beliau berkata, pihaknya tidak menemukan sebarang dokumen berkaitan bayi mahupun ibunya di lokasi berkenaan.
Bayi itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor bagi mendapatkan rawatan sesuai.
Adnan berkata, bayi berkenaan dibenarkan keluar dari HSA pada Rabu dan kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Kanak-kanak Johor menerusi subseksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001.
"Bayi berkenaan dinamakan sebagai Lilyan Aleena dan kini berusia 12 hari. JKM ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris bayi berkenaan yang kini dalam keadaan sihat," katanya.
JKM katanya, berharap keluarga bayi berkenaan tampil bagi membincangkan masa depannya dengan secepat mungkin.
Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Pelindung kanak-kanak JKM, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394. -CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh.. fresh2 mak dia buagn dlm tong sampah je...
gilaa.. x reti beli kondom ke dik... tlg la pakai otak tu, bodoh yg amat, kesian laa kt budak tu... lahir2 dh dlm tong, nti dlm surat beranak pun mcm tu.. aduh.. laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar. kejamnya manusia.
kucing ku pun sayang anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian baby yang x berdosa.. tak dialukan kelahirannya di dunia..
orang yang dah kawen pun merancang pakai sarung dik..
awak tau nak sedap dan buang je anak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya baby...boleh pulak tak luka atau cedera & tak menangis mungkin yg buang bukan omaknya & dah awal2 ronda2 kalau dah bersalin, buang di tong tu |
|
|
|
|
|
|
|
Xberhati perut, sialann betul manusia mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kemaluan mak bapak budak ni ditumbuhi kulat dan nanah |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa nk salahkan mak nya jah
ntah2 mak dia kene rogol..jd mangsa rogol ke mana kita tahu...not suka2 nak main ke apa
pi la salahkan jantan lahabau tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga anaknya disayangi oleh orang sekeliling & dipermudahkan kehidupan |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun mudah sungguh anak2 muda skrg ni buat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alieyrina at 14-10-2022 02:08 PM
Tu lah. harap poen pompuan tu dijangkiti bakteria. Yg laki pun sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 14-10-2022 02:05 PM
Tu lah. Aku harap poen pompuan tu dijangkiti bakteria. Yg laki pun sama
Yg bagi sperma pun harap mati pucuk. |
|
|
|
|
|
|
|
nape reveal nama baby ni, dah la nama lilyan aleena tu ala2 mudah diingati. sian la dia kot besar nati ada yg igt tak pasal2 ungkit asal usul dia.
hanat sgguh makayah baby ni. semoga baby berada dlm lindungan dan sihat membesar. |
|
|
|
|
|
|
|
cari mak pak budak ni smpi lobang cacing. dasar |
|
|
|
|
|
|
| |
|