CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1154|Reply: 9

Ibu 5 Anak Luka Usus, Kencing Manis Didakwa Curi Barang Kemas RM27,000

[Copy link]
Post time 13-10-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berusia 46 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu atas pertuduhan mencuri barangan kemas bernilai RM27,000 di sebuah kedai, 12 September lalu.




Gambar hiasan




Tertuduh yang juga peniaga, Anizan Sani bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri empat utas rantai dan sebentuk cincin di Kedai Rosdi Tukang Emas di Jalan Wakaf Stan di sini, antara 12.24 tengah hari hingga 1.01 tengah hari pada 12 September lalu.


Bagi pertuduhan itu, Anizan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusnaliza Mohammad Yusoff, manakala tertuduh diwakili Mohd Firdaus Zainal Abidin.


Terdahulu, Yusnaliza menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 dan memohon tarikh untuk serahan dokumen.


Mohd Firdaus dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah memandangkan suami wanita itu yang bekerja sebagai guru sedia membayar ikat jamin.








"Tertuduh adalah ibu kepada lima anak dan menghidap penyakit luka pada bahagian usus, darah tinggi serta kencing manis.


"Tertuduh perlu hadir ke klinik kesihatan untuk menerima rawatan," katanya.


Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Disember hadapan sebagai sebutan semula kes.


Tertuduh kemudiannya membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah.




SumberL Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kat FB katanya dah banyak kedai dia curi
Pernah kena tangkap sebelum ni tapi suami jamin
Suami guru penolong kanan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 13-10-2022 08:46 PM
Baca kat FB katanya dah banyak kedai dia curi
Pernah kena tangkap sebelum ni tapi suami jamin
Suami  ...

Habit la ni..
Tak sedor diri sungguh.
Masa buat tu tak pikir plak kena gi klinik kesihatan tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki cikgu konx bg duit ke kak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:59 PM | Show all posts
lenkali nk curi pakat dulu dgn tokeh....ko lepas curi gelang bagai dlm 50k...nnti tokey claim insuran 700k...tp kedai c#$a la
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 13-10-2022 01:46 PM
Habit la ni..
Tak sedor diri sungguh.
Masa buat tu tak pikir plak kena gi klinik kesihatan tu

Bila tau laki dia PK sekolah, emh. Memang habit la ni. Macam coursemate aiol - anak Cina kaya raya tapi kleptomaniac kuat mencuri tapi rasanya dia buat begitu huntok attention saja. Sekarang dah aman2 jadik lecturer lepas habis study di US and A.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2022 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yang video naik Alphard
Melenggang kangkung
Senyum2 je santai tunggu turn
Bawak kuor duit kepok2

Bila tokey kedai pergi bincang bebaik kat rumah
Dia kata nak bayar ansur2
Pastu buat sedih
Last2 dia pulak marah
Cabar tokey kedai report polis

Sekarang tak mengaku salah pulak
Kau kenapa kakkk
Kesian kat anak2 malu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hobi dan habit…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2022 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
27k tu nampak byk.. tp sebenornya kalo buat beli emas cenonet je skang....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-10-2022 11:01 PM
Bila tau laki dia PK sekolah, emh. Memang habit la ni. Macam coursemate aiol - anak Cina kaya raya ...

Kan.memula iols.igt.ibu tunggal ke apa ke..
Eh eh..laki.punya gaji banyak juga la.mampu.tanggung...
Elok.dok berkubur dalam.jail.je la
Anak2 sure malu cenggini..


Style winona ryder la neh...hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.727256 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list