CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Projek perumahan mampu milik di lokasi hartanah nilai tinggi

[Copy link]
Post time 13-10-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Muhibah Sekitar Sdn Bhd akan membangunkan projek pembangunan kediaman mampu milik pegangan bebas di Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan projek perumahan pada masa kini bukan sahaja berfokuskan pada reka bentuk rumah semata-mata, tetapi meliputi penyediaan kemudahan infrastruktur dan fasiliti, kesan kepada nilai hartanah serta kesibukan jalan raya.

Semua aspek itu menjadi prinsip dan pegangan utama, Muhibah Sekitar Sdn Bhd dalam usahanya membangunkan projek pembangunan kediaman mampu milik pegangan bebas di kawasan seluas 4.3 ekar di Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala yang tergendala oleh pemaju sebelum ini.

Pengarah Muhibah Sekitar Sdn Bhd, Helmi Haruna Rashid, berkata ebagai pemilik tanah yang membangunkan projek itu pihaknya sentiasa peka dan memahami keperluan serta kehendak masyarakat di kawasan sekitar.

Justeru, katanya sepanjang menyiapkan projek kediaman itu, pihaknya akan sentiasa memastikan pembangunan dilaksanakan selamat, patuh undang-undang dan teratur seperti ditetapkan pihak berkuasa.


"Untuk kesejahteraan dan tidak menggugat keselesaan penduduk sekitar, kami akan mengambil langkah tertentu termasuk pematuhan waktu bekerja seperti yang ditentukan pihak berkuasa dan memasang lampu, papan tanda amaran dan keselamatan, menyediakan pengawal trafik dan sebagainya ketika kerja pembinaan dilaksanakan.

"Malah, penggunaan jaring keselamatan dan pelantar tandan (catch platform) turut disediakan, selain penggunaan water browser bagi memastikan jalan tidak berdebu sepanjang pembinaan," katanya.

Jangka siap awal 2027

Katanya, projek kediaman dengan cadangan nama, Residensi Ayuri (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa) itu akan memulakan kerja pembinaannya pada November ini dan dijangka siap awal 2027 selepas pembangunannya tergendala sejak 2018.

Beliau berkata, projek dengan caj pembangunan bernilai RM3.8 juta itu bakal menyediakan kawasan perumahan yang selesa bukan sahaja sebagai kediaman, bahkan dengan fungsinya lebih daripada itu, termasuk meningkatkan pembangunan dan ekonomi serta keperluan sosial, seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk di kawasan sekitar itu.

"Projek ini sudah pun memperoleh kelulusan perintah pembangunan, pelan bangunan dan pelan infrastruktur daripada pihak berkenaan pada 2022.

"Selain menawarkan kediaman milikan Bumiputera 753 unit apartmen, ia juga menawarkan 322 unit apartmen Residensi Wilayah yang dahulu dikenali RUMAWIP.

"Apa yang menarik, pembangunan perumahan dibina begitu komprehensif dengan pelbagai infrastruktur dan kemudahan lain yang menjadi idaman masyarakat hari ini.

"Antaranya termasuk, menyediakan pengangkutan awam berhampiran, sekali gus memudahkan penduduknya dan juga taman permainan, surau yang dilengkapi tempat mandi jenazah, kolam renang, kedai serta lain-lain lagi. Malah, kediaman dibina lebih moden dan kreatif dengan mengutamakan elemen alam semula jadi yang terpelihara.

"Bagi mengelakkan kesesakan di kawasan perumahan, jalan raya sedia ada turut dilebarkan," katanya.

Beliau berkata, kediaman itu juga menampilkan rekaan mewah dan berkualiti, tetapi pada harga mampu milik.
https://www.bharian.com.my/berit ... rtanah-nilai-tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.114804 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list