View: 19215|Reply: 124
|
Kes Amang Seksual PU Azman,Caprice masuk campur?
[Copy link]
|
|
Didakwa Kes Amang Seksual, Individu Dedah Perbualan Dengan PU Azman Di IG
Penceramah bebas PU Azman semalam dihadapkan ke mahkamah di atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal pada Februari dan Julai lalu.
PU Azman yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna gelap ketika itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Terbaru, penyanyi rap Caprice tampil mendedahkan bukti perbualan didakwa melibatkan PU Azman dan seorang remaja lelaki.
Tunjuk bukti mesej PU Azman dekat Caprice
Remaja lelaki itu dipercayai menghubungi Caprice mendakwa pernah berbalas mesej di Instagram bersama PU Azman.
Melalui chat yang dihantar remaja itu kepada Caprice, dia mendakwa penceramah tu pernah ajak video call tetapi dia menolak kerana rasa tidak selesa.
I tak pernah langsung vc dengan dia sebab cara dia chat i rasa tak selesa. Dia macam ada unsur-unsur benda yang buruk so i cuba elak. Dia ada kata macam ni, kim ustaz nak ajak vc boleh? Tapi ustaz nak kita dua je tak nak orang dengar. Saya tak selesa dan saya tak report siapa-siapa.
Dia bagaimanapun tidak lapor kepada sesiapa sehinggalah kes ini melibatkan polis baru-baru ini.
Caprice juga meminta sesiapa yang pernah ada pengalaman sama menghubunginya supaya dia dapat mengumpulkan bukti lain.
Kredit: Instagram Caprice
https://ohmedia.my/trending/dida ... ama-pu-azman-di-ig/
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak Normal, Pendedahan DM Meunjukkan PU Azman Sexual Grooming Dan Pedo!
[VIDEO] ‘Zaman Penuh Dengan Munafik’- Caprice Dedah DM Dari PU Azman Dengan Remaja Lelaki?
Nama penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias menjadi bualan ramai setelah didakwa di Mahkamah Sesyen di Seremban, semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.
“Ia Tidak Normal”
Penyanyi rap, Caprice menerusi Insta Stories menyifatkan isu tersebut adalah menakutkan terutamanya melibatkan ahli agama seperti Ustaz.
“Tidak Malaysia, Ia tidak normal. Terutamanya ia dari seorang Ustaz. Anda telah ditipu oleh pemakaiannya. Akhir zaman ini bukan sahaja mengenai zaman fitnah, tapi zaman penuh dengan munafik jugak.”-Tulis Caprice
Dedah DM PU Azman Dengan Seorang Remaja Lelaki?
Dalam pada itu, Caprice turut dilihat memuatnaik video DM (Direct Message) PU Azman dengan seorang remaja lelaki di Instagram yang didakwa turut menjadi mangsa ‘sexual grooming’ oleh penceramah tersebut.
“Sebab nak elak orang kata deep-fake lah. Edited lah. Cap akan bantu mangsa-mangsa yang ada bukti sahaja. Screenshots sahaja tidak cukup kuat sebab orang boleh claim photoshop.
Video tidak menipu.”-Tulis Caprice
Dipetik dari laporan Berita Harian, PU Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.
|
|
|
|
|
|
|
|
siap tanya budak nakal ke tidak tu ya ampun persis jantan2 gatal yang selalu dm iols tu... geli hokkeh dan soalan bodoh sangat2... dah takde benda lain ke nak tanya...
yang si cikman ni pun jejan2 straight yang ko hadap... cari la sekufu dan rupa sekufu macam si faiz roslan atau roslan shah etc.... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa conversation dia? Meols tak boleh tengok post 2 atas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak jadi lah dgn ustaz zaman skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kata dia menipu orang dengan pemakaian dia, tak juga.
Dah memang sexual preferenca dia gitu la Kepris. Bukan macam ko yang straight suka awek seksi (acah berbungkus aurat). |
|
|
|
|
|
|
|
topi nasik ni acah2 jd org tengah laa yaa.. urmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana vc nya? sampai situ je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg sexual groomingnye?
mmg la conversation tu mcm gedik tp apa unsur sexualnya? |
|
|
|
|
|
|
|
to[pi nasik ni sume hal nk mencapub..
pastu ape ending dapat x tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lps baca cara dia dm budak tu terus iols tingat kjadian pkcik ckp lucah dlm bas dkt bdk lelaki jgk kesian bdk tu msti trauma. Iols pun trauma skali |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by opie5662 at 13-10-2022 12:38 PM
Nak jugekkkk mencapub... Gi la dakwah kat bini ko dlu sblom sibuk cr crowd nak hentam org je keje nye. Eh, tp aku bkn sokong pu fake tau
|
|
|
|
|
|
|
| |
|