CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1712|Reply: 9

Rusdi Ramli Tak Ada Job, Risau Sebab Tak Ada Pendapatan Lain Selain Lakonan

[Copy link]
Post time 13-10-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Lama tak nampak Rusdi Ramli muncul dalam mana-mana drama atau filem sejak kebelakangan ini.


Rupa-rupanya Rusdi mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan dan kali terakhir menjalani penggambaran drama adalah tiga bulan lalu.


Foto: Harian Metro




Tidak berkecil hati apabila tiada tawaran kerja, namun aktor ini mengakui bimbang kerana dia tidak mempunyai pendapatan lain selain lakonan.


"Tak kecil hati tapi cuak tiada kerja. Saya tiada back up, itu masalahnya. Memang betul-betul ini sahaja (pendapatan)," katanya kepada mStar.


Rusdi berkata demikian ketika ditemui di sidang media pra pelancaran filem animasi Tun Teja yang diadakan di Royle Chulan, Damansara pada Rabu.




  



Ditanya adakah dia lebih selesa mengarah daripada berlakon, Rusdi berkata kedua-duanya menyeronokkan dan mempunyai cabaran tersendiri.


"Ini dua benda yang berbeza. Jadi pengarah pun seronok... berlakon pun seronok. Dua-dua ada cabaran!


"Tapi inilah putaran dia, semua orang akan melalui benda yang sama saya rasa," katanya lagi.




  



Berkongsi perkembangan terkini, Rusdi berkata dia ada menerima tawaran lakonan namun ia hanyalah janji mulut semata-mata.


Dia bagaimanapun bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama akan datang.


"Akan datang ada... tapi sekarang ini yang banyak janji mulut... yang tangguh pun banyak juga.


"Masih ada lagi orang panggil saya berlakon... kadang-kadang mereka takut kalau dah mengarah tidak mahu berlakon, kebanyakkan macam itu la.


  



"Tapi bagusnya mereka akan tanya... masih belakon lagi ke? Saya beritahu masih (berlakon).


"Mungkin sebab persepsi... tapi alhamdulillah kebanyakannya masih bertanya termasuk penerbit juga bertanya kepada saya," jelasnya.


Dalam pada itu, dia juga menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa dia memilih karya tertentu menyebabkan wajahnya jarang muncul di televisyen.




  



"Nak eksklusif macam mana di Malaysia ini, lainlah kalau kita banyak buat job international! Kalau setakat drama Melayu ini tak payah nak eksklusif sangatlah," tambahnya.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru hari tu layan Waris Jari Hantu dkt UnifiTV.
Mcm klakar pun ada dia jadi pondringga dgn "Ah Meng" tu Senang nau nama dari Ari, jadi Arina
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:47 AM | Show all posts
Pelakon zaman Spektra ni. Sampai budak2 sekolah berebut watak dalam drama tu, hahaha motiffff.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Watak ayah² sesuai dgn usia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:53 AM | Show all posts
tapi memang lama heols tak berlakon.. yg slalu dapat offer maknya, Mama. Mana2 jer rezeki Mama. compare to anak dah lama tak nampak offer.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 10:54 AM | Show all posts
berlakon mantapp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2022 11:49 AM | Show all posts
retis ni memang tak reti nak bisnes kecil2 ke ? kalau ada job boleh je suruh orang tengokkan/urus bisnes. tapi bab2 duit still monitor la
jangan la harapkan job berlakon je.
ke takut jatuh standard meniaga macam azlee senario tu.
bagi iols retis la paling senang nak laku kalau bukak gerai2 makan tapi make sure harga jangan yahudi la
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 11:52 AM | Show all posts
elok-elok anak heols dengan sharon paul ye...hilang genetik acik joyah ghani..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Do something about it laa…. Rezeki Allah tu luas… Cepat cari duit sebelum bini lari….
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2022 09:51 AM | Show all posts
ko ni cubalah pikir kerja lain. bergantung kat lakonan je padia. xfnction laki cmni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.050070 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list