CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1219|Reply: 8

[Jenayah] [VIDEO] Panas hati dituduh curi 'spender', dua beranak baling batu ke rumah jiran

[Copy link]
Post time 12-10-2022 07:17 PM | Show all posts |Read mode

Antara pakaian dalam yang dicuri dan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes di Kampung Majidee.

[VIDEO] Panas hati dituduh curi 'spender', dua beranak baling batu ke rumah jiran
Rabu, 12 Okt 2022

TULAR satu video memaparkan aksi ayah dan anak lelaki melemparkan batu ke arah rumah jiran pada sejak Rabu pagi, dipercayai ada kaitan dengan kes curi pakaian dalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Melalui rakaman yang dimuat naik di halaman Facebook Masmira Sweets memaparkan dua orang lelaki membaling batu dan sampah ke arah kawasan rumahnya.

Masmira turut mendakwa kedua-dua lelaki itu yang merupakan anak- beranak bertindak demikian ekoran dari rasa tidak berpuas hati pemilik rumah berkenaan membuat laporan polis berhubung tindakan anak lelaki warga emas itu mencuri pakaian dalamnya.

"Salam guys, tolong tularkan, orang kaki 'mengendap' selepas itu curi seluar dalam orang kampung, area Kampung Melayu. Bapak tak habis-habis bela anak sampai umah aku dia baling batu," tulisnya.

Wanita itu turut mendakwa lelaki tidak berbaju dalam video berkenaan mula membuat gangguan selepas bebas daripada jaminan polis.

"Bila sudah dibebaskan atas jaminan polis macam ini pula jadinya, yang menanggungnya orang seperti kami.

"Bapak tak habis-habis bela anak lagi, susahnya dapat jiran macam ini. Mentang-mentang bapak ramai kawan polis,inilah padah yang kami dapat," katanya lagi.

Pada masa sama, pemilik akaun Facebook berkenaan turut berkongsi rakaman video serta gambar yang memaparkan keadaan bumbung rumahnya dan muka lelaki yang didakwa melakukan perbuatan jelik itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan kedua-dua lelaki berkenaan.

"Anak dengan bapak sama perangai," kata AqeelAnum Love.

Seorang pengguna Facebook, Kak Liza meminta pemilik video berkenaan untuk membuat laporan polis demi keselamatan dirinya.

"SubhanALLAH, beritahu polis saja kerana kalau dibiarkan lama-lama boleh membunuh," katanya.

Difahamkan wanita itu sudah membuat laporan polis namun setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa.

https://majoriti.com.my/berita/2 ... batu-ke-rumah-jiran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2022 07:19 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 07:23 PM | Show all posts
ni jirannpprt kat mana ni, sherammm nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2022 08:28 PM | Show all posts
Bejad ini               
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ya ampun mcm2 hal la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya batuuuuuuu!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2022 04:31 AM | Show all posts
Dah mcm ni takkan tak masuk dalam lokap lg?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2022 10:29 AM | Show all posts
Sempak sama beha kena maling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 02:56 PM | Show all posts
Ya allah terkejut aku tiba2 batu besar datang. melampaunya jiran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.192281 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list