CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 416|Reply: 0

Laluan Ke Selatan Sesak Lebih 5km Lori Muatan Sisa Kayu Terbabas

[Copy link]
Post time 12-10-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah lori membawa muatan sisa kayu terbabas dalam kejadian di Kilometer 264.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh hari ini.


Kejadian sekitar pukul 7.45 pagi itu turut menyebabkan kesesakan trafik lebih lima kilometer (km) apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan.




Gambar tular lori muatan sisa kayu yang terbabas dan terbalik di Kilometer 264.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dari Terowong Menora ke Ipoh, Ipoh hari ini. - Foto Media sosial





Difahamkan, kemalangan berlaku selepas lori dalam perjalanan dari Kedah ke Ipoh itu hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik masuk ke dalam parit di kiri lebuh raya.


Kemalangan itu menyebabkan serpihan kayu berterabur di atas laluan hingga menyebabkan trafik terhenti.


Pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 26 dan 33 tahun cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.


Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada pukul 8.15 pagi memberitahu semua lorong arah selatan terhalang dan pengguna lebuh raya dilencongkan ke susur keluar Plaza Tol Kuala Kangsar atau menggunakan laluan alternatif lain.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.046668 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list