Fauziah Ahmad Daud meluahkan rasa kesal dan sedih dengan tindakan segelintir netizen yang dilihat tidak beradab dalam menggunakan media sosial.
Ini selepas Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy melihat ramai selebriti menjadi mangsa buli siber dan menerima kecaman hebat netizen.
Justeru itu, Fauziah, 60, menasihati netizen supaya lebih beradab dalam pengunaan kata-kata di media sosial kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang.
Foto: IG
“Pilihan itu terletak kepada kita, jadi kita juga diberikan dan harus cerdik menggunakannya... adakah kita ingin memberi peluang dan ruang untuk dikecam serta menyebarkan cerita sedangkan mereka tidak tahu, hanya tulis berdasarkan kapsyen saja.
“Selalu saya bertanya, di mana letaknya adab sekarang ini kerana kata-kata yang digunakan itu tidak beradab dan agak terperanjat melihatnya sewaktu di awal kemunculan media sosial ini, adakah mereka tidak mendapat didikan di rumah?.
“Islam bukan hanya sekadar untuk menjaga aurat dan sebagainya tetapi lisan, kenapa tidak menjaga lisan kerana ia lebih bahaya dan jangan disebabkan lisan itu akan membawa ke arah neraka Allah.. itu yang saya amat takuti,” kata Fauziah kepada mStar. -CARI
ok bagus la ogy tegur netizen2... tapi jangan di lupa diri sendiri pun 2x5... ingat ye waktu engko jadi hos ke pengacara atas pentas... ya ampun mendiva kemain mengalahkan netizen2... kira netizen tu lagi suci dari hengko gittuhhh... jangan ada sesi throwback pes kari sudah....
Post time 12-10-2022 02:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Helehhhh. Zaman ko dulu, takde Internet, boleh lah ko. Cuba dulu dah ada, siap social media.
Harus tek terjeluih atas stage, live chuols! Mesti time tu ko pun "berbalas pantun" dgn netz dgn molot ko yg mmg dah sedia caprut
amboiiii.. mengata gak nie..
dulu hebattttttttt... bak kata erma fatima dulu.. tergedik-gedik..tergedik-gedik..
semua org kkn ada fasa kehidupan.. ada jln yg dilalui nya.. klau ko pn sama mcm dulu.. baik la jgn bckp.. diam2 sudah..
Tiap kali tgk Amin Idris, mesti teringat kes die kene trap dengan org Filipina sampai kene ugut sebar video dulu.
Nasib mende tu terus senyap dan tiada sebarang penyebaran
Post time 12-10-2022 11:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Apa2lah acik ogy.. Tapi aku suka dengar ko speaking.. Takder lah limited vocabulary mcm artis2 baru ni.. Sikit2 common common.. Come on lah.. Sedihhhh...