CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 13

Nabil Dapat Bayaran RM40,000?

[Copy link]
Post time 11-10-2022 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad dikatakan menjadi pengacara yang mendapat bayaran tertinggi dalam negara.


Berdasarkan hantaran video dimuat naik pengguna di aplikasi TikTok dengan tajuk Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal, Nabil yang juga pengacara program Gegar Vaganza selama sembilan musim dibayar RM40,000.


Malah, jumlah itu jauh meninggalkan enam pengacara lain seperti Zizan Razak (RM30,000); Datuk AC Mizal (RM28,000); Datuk Aznil Nawawi (RM25,000 hingga RM28,000); Awal Ashaari (RM25,000); Raja Azura (RM23,000) dan Fara Fauzana (RM20,000).




IG Nabil




Nabil, 39, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, dia tidak pernah mendapat bayaran setinggi itu.


"Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri. Namun, untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu. Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi, untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu.


"Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi. Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay. Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum balas mengacara bagus, 'best', itu lebih bernilai pada saya," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Nabil, sepanjang 14 tahun terbabit dalam bidang seni, apa yang menjadi keutamaan adalah menjalin hubungan baik dalam jangka masa panjang dengan semua pihak yang pernah bekerjasama dengan dirinya.


"Kalau dapat klien berulang, kita tahu dia suka dengan harga, mengacara, cara 'PR', maksudnya kita di jalan betul. Bagi saya, tidak ada jaminan jika meletakkan harga tinggi boleh memuaskan hati semua tetamu yang datang. Hakikatnya, tidak boleh.


"Kita kena sedar tak boleh puaskan semua hati. Pasti akan ada yang cakap tak 'best' pun. Lebih baiklah harga sederhana saja. Saya lebih suka hubungan jangka masa panjang," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 05:06 PM | Show all posts
masa covid dulu bukan ke dia ade merempan xde job bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 05:06 PM | Show all posts
masa covid dulu bukan ke dia ade merempan xde job bagai....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah memang itu standard rate dia kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mostly host yg pelawak harga tinggi ek
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 10:06 AM | Show all posts
Edited by asshancuc at 12-10-2022 10:07 AM

Why couldn't I have the same or similar opinions as you?   T^T I hope you also visit my blog and give us a good opinion. casinosite
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2022 10:36 AM | Show all posts
RM40K satu hari atau RM40K sampai GV musim tu habis? kalau RM40K satu hari banyak la.. kalau 9 minggu GV tak banyak lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 12-10-2022 10:36 AM
RM40K satu hari atau RM40K sampai GV musim tu habis? kalau RM40K satu hari banyak la.. kalau 9 mingg ...

Rasanya utk 9 minggu kot..satu minggu dlm rm4ribu lebih..to be exact 8 jam ( termasuk sesi full rehearsal)...oklah tu .rakyat marhaein berpeluh ketiak utk dpt satu bulan dgn nilai rm4k +++
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 12-10-2022 10:36 AM
RM40K satu hari atau RM40K sampai GV musim tu habis? kalau RM40K satu hari banyak la.. kalau 9 mingg ...


Murah lah kalau lump sum utk 9 siri.. Kan.
Mengacara corporate event lagi masyukkk satu event.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu dgr Shuk citer dalam podcast Singapore ....paling tinggi payment dia dpt bayaran dlm rancangan i can see your voice utk sminggu shooting 1 season 100k ++ hehee ... Masa jd dj radio dia ckp shuib punya gaji paling tinggi dia punya gaji lebih kurang 30k je sbulan hehehee... Nabil rasanya lagi tggi dari payment Shuk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 12:06 PM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 12-10-2022 11:45 AM
Aritu dgr Shuk citer dalam podcast Singapore ....paling tinggi payment dia dpt bayaran dlm rancangan ...

serius la gaji DJ 30K sebulan..

patut la masing2 berebut nak jadi DJ. rumah semua mewah2 dorang kan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 02:38 PM | Show all posts
Piramida replied at 12-10-2022 11:39 AM
Murah lah kalau lump sum utk 9 siri.. Kan.
Mengacara corporate event lagi masyukkk satu event.

iya murah tu sis 40K untuk 9 series.. sebab selain live diorang kena datang rehearsal jugak sehari sebelum live show.. so at least kena datang ke set 18 kali..
dulu kampeni ai penah nak ambik ziana zain untuk dinner show.. 30 minit nyanyi sheols mintak 30K uols. lagi mahal. itu many yearsssss back, lama dah.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 12-10-2022 12:06 PM
serius la gaji DJ 30K sebulan..

patut la masing2 berebut nak jadi DJ. rumah semua mewah2 dorang k ...

Ko dgr lah podcast yg Singapore tu dgn shuk ... Apa ntah nama channel dia OKLETSGO x silap aku  best dgr shuk bocor rahsia hahahaha

https://open.spotify.com/episode/3TPL1SgaFLRj3STMHaQcyN?si=kF6sWhZ_S36Q-CBDnnO9TA&utm_source=copy-link
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 10:33 PM | Show all posts
duri_durians replied at 12-10-2022 12:06 PM
serius la gaji DJ 30K sebulan..

patut la masing2 berebut nak jadi DJ. rumah semua mewah2 dorang k ...

ye mmg betul...DJ meme gaji mahal,
dpt extra lg kalau client nak iklan guna suara diorg, mcm dj baca iklan tu.. tu lagi mahaiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.045629 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list