CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Bakal lancar dasar untuk infrastruktur jalan berdaya tahan

[Copy link]
Post time 11-10-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melancarkan Dasar Pembangunan Jalan dan Lebuhraya 2030 selain sedang menyediakan Dasar Penyelenggaraan Infrastruktur Negara 2030, bertujuan mencapai pembangunan mampan menerusi infrastruktur jalan yang berdaya tahan.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, untuk itu semua pihak yang berkaitan perlu bekerja secara kolaboratif dan menggembleng usaha dalam membina infrastruktur yang berdaya serta mampan.

"Jalan yang akan dibina perlu disepadukan dengan sistem lain seperti lembangan sungai, penggunaan tanah, dan pembangunan di sekelilingnya. Oleh itu, terdapat keperluan untuk menerima pakai kriteria Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) bagi mengurangkan risiko kerosakan yang meluas kepada infrastruktur kita, sekiranya berlaku bencana alam.

"Justeru, saya amat berharap supaya dapatan daripada persidangan ini boleh digunakan dalam penggubalan dasar serta dokumen yang sedang dan akan disediakan pada masa akan datang," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan dan Pameran Jalan Malaysia (MRC) Ke-11 serta Kongres Persekutuan Jalan Antarabangsa (IRF) Rantau Asia-Pasifik Ke-4 di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini.

Fadillah turut memaklumkan bahawa KKR akan memulakan persiapan untuk Pelan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya bagi Sabah dan Sarawak yang akan dilancarkan pada 2025.

Pada majlis itu beliau menyampaikan Anugerah Pelajar Tahun Akhir Terbaik Presiden Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (REAM) 2022 kepada empat pelajar iaitu Hafizatul Ulya Harun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Khairul Faisal Hasanuddin (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia), Choon Yue Hua (Universiti Malaya) dan P. Dineshkumar (Universiti Teknologi Malaysia).

Fadillah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Jalan Raya 2022 kepada Projek Jambatan Menghubungkan Kampung Lambor Kiri ke Kampung Lambor (merentasi Sungai Perak) oleh KKR menerusi Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana.

Bertemakan Ke Arah Infrastruktur Jalan Raya Yang Berdaya Tahan, persidangan tiga hari bermula hari ini itu, disertai kira-kira 1,000 peserta dari 20 negara serta lebih 100 reruai pameran oleh pempamer tempatan dan luar negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jalan-berdaya-tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.272554 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list