CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hospital Cyberjaya beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam

[Copy link]
Post time 11-10-2022 03:53 PM | Show all posts |Read mode

HOSPITAL Cyberjaya.

Putrajaya: Hospital Cyberjaya akan beroperasi sepenuhnya sebagai hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat lalu dengan pengoperasian hospital itu diadakan secara berfasa bermula 11 November ini.

"Di peringkat awal fasa pengoperasian, Hospital Cyberjaya akan melaksanakan enam perkhidmatan kepakaran iaitu Jabatan Kecemasan, Jabatan Perubatan, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Anesthesiologi, Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik & Ginekologi," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Khairy memaklumkan, pada 5 Mei tahun lalu jemaah menteri bersetuju secara prinsip dengan hala tuju pengoperasian Hospital Cyberjaya dilaksanakan melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan pajakan (leasing) dengan terma dan syarat serta perbincangan terperinci diterajui oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Khairy berkata pihaknya juga menyedari mengenai keperluan mendesak untuk sebuah klinik kesihatan baharu di daerah Sepang bagi mengurangkan kesesakan yang dihadapi di Klinik Kesihatan Dengkil.

"Justeru, saya memutuskan supaya sebuah Klinik Kesihatan baharu dibuka di Cyberjaya bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di daerah Sepang dan kawasan sekitar.

"Menerusi keputusan ini, sebahagian daripada bangunan dalam kawasan Hospital Cyberjaya akan dibuka dan beroperasi sebagai Kilinik Kesihatan Cyberjaya bagi rawatan pesakit luar dan akan mula beroperasi pada 1 November ini.

"Pengoperasian Hospital Cyberjaya sebagai sebuah hospital awam dan pembukaan Klinik Kesihatan Cyberjaya akan memberikan akses perkhidmatan kesihatan kerajaan yang berkualiti dan menyeluruh kepada penduduk sekitar.

"Langkah ini sekaligus akan mengurangkan masa menunggu (waiting time) dan kesesakan di fasiliti kesihatan berhampiran iaitu Hospital Serdang, Hospital Kajang dan Hospital Putrajaya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bagai-hospital-awam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054042 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list