CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1475|Reply: 11

Dipuji-Puji Bagi Pekerja Iphone14, Ramai Teringin Nak Ada Majikan Macam Syahmi Sazli

[Copy link]
Post time 11-10-2022 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Syahmi Sazli dipuji-puji kerana menghadiahkan sebuah telefon pintar jenis iPhone 14 kepada seorang pekerjanya.


Katanya dia memilih pekerja wanita tersebut selepas dinilai oleh beberapa faktor.


“Iphone 14 untuk pekerja air balang Mi . Mi pilih berdasarkan pelbagai sudut,” tulis pengarah filem fenomena Mael Totey itu.


Foto: IG




Video berdurasi hampir seminit di Facebook itu memaparkan dia menghulurkan kotak produk keluaran Apple tersebut kepada pekerjanya sambil diperhatikan oleh kakitangan yang lain.


Sebaik menerima, wanita terbabit menunjukkan reaksi segan namun dalam masa sama tersenyum gembira atas pemberian yang penuh berharga itu.




  
]



Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Syahmi yang menghargai pekerja dalam membantu perniagaannya sehingga laris dengan keuntungan berlipat kali ganda.


Malah, ada juga segelintir individu berharap dapat memiliki majikan seperti YouTuber itu yang sering berkongsi rezeki sekali gus merapatkan lagi silaturahim antara satu sama lain.




  



"Majikan yang hargai pekerja"


"Alhamdulillah.. murah rezeki"




  



"Boleh jadi teladan kepada majikan lain"


"Nak sangat majikan macam Syahmi"


"Susah nak jumpa majikan macam ni"




  



Terdahulu, perniagaan air balang Syahmi terus mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan yang beratur panjang selepas mula ditularkan sejak bulan puasa lalu. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2022 03:22 PM | Show all posts
ipong 14 berapa GB?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu aku lg prefer diberi cash or gold bar tp tula kan sukati dia ler nk bg apapong [em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 04:32 PM | Show all posts
untung laa...rezeki pekerja dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 07:20 PM | Show all posts
cuci duit sape pulak mamat nih ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 11:08 PM | Show all posts
kalau iolls rela dpt bonus, kalau dpt iphone, nt bos asyik dok call lepas waktu berkerja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmm... Bosan lah dia ni. Beriya air balang... Cari2 takde pun.. adik ipar aku cerita takde pun kat tmpat niaga tu... Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiman dan Zahirah bagi kereta kat PA diorang. Bagi iphone untuk apa je?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 12-10-2022 12:07 AM
Hmm... Bosan lah dia ni. Beriya air balang... Cari2 takde pun.. adik ipar aku cerita takde pun kat t ...

Dia jual lagi ke air balang tu? Tengok dia pon rajin buat peraduan nak orang beli produk2 dia.. Hadiah motor lah, kereta lah

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 11-10-2022 07:47 PM
Dia jual lagi ke air balang tu? Tengok dia pon rajin buat peraduan nak orang beli produk2 dia.. Ha ...

Ada pekerja tu, ada lah tu lg. Adik ipar i yg gi cari. Dia dari perak ada outsttion sana... Dua hari cari, dua hati takde ... Air balang syahmi tu siap ada dlm waze. Pastu kwn i kat office yg dr kelantan tu pernah buka order dlm last week... sampai masa order cancel sbb banyak sgt permintaan. Eh dia ni sbnenya niaga ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka pekerja yang dapat ip14 tu mcm muka wife dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 11-10-2022 04:05 PM
Klu aku lg prefer diberi cash or gold bar tp tula kan sukati dia ler nk bg apapong [em:4:]

Iols kalau staff perempuan memang kasi emas jer terus. Gelang, rantai atau cincin. Kalau staff lelaki memang meols kasi cash. Pandai2 lah diorang nak buat apa dengan duit tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.114426 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list