CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kapal OPV1 milik APMM dilancarkan

[Copy link]
Post time 11-10-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Kapal OPV 1 APMM. FOTO NSTP

Putrajaya: Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dilancarkan di Pelabuhan Klang, hari ini, kata Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Beliau, dalam kenyataan hari ini berkata, OPV1 dilancarkan ke air di Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) di Pelabuhan Klang jm 5.57 pagi tadi dengan menggunakan sistem pelancaran Air Balloon.

THHE akan menghidupkan dan mentauliah sistem kapal, membuat ujian di laut serta menyediakan latihan kepada kru kapal selama tiga bulan sebelum majlis penyerahan kapal OPV 1 kepada APMM dibuat pada awal tahun depan.

Kapal OPV 1 berukuran 83 meter panjang dengan 13.7 meter lebar itu berkemampuan melakukan pengawasan jarak jauh sehingga ke kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) serta kawasan di luar jangkauan kapal-kapal kecil.


Kapal yang direka bentuk mengikut kapal Damen 1800 itu, berkeupayaan melaksanakan operasi di laut dalam tempoh maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.

Mohd Zubil berkata, selepas diserahkan kepada APMM, kapal OPV 1 dijangka beroperasi di kawasan perairan sekitar Beting Patinggi Ali di Sarawak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ik-apmm-dilancarkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.202636 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list