CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jfreemanns

DID JESUS REALLY DIE FOR MY SINS WHEN I WAS A CHRISTIAN?

[Copy link]
Post time 29-3-2011 11:40 PM | Show all posts
Jika kamu tak tunjuk autographnya, then kamu hanya bersangka-sangka macam tu saja.


Saya rujuk kpd alkitab yg saya pasti. Saudara yg katakan tidak pasti, maka saudara yg kena buktikan dulu yg asal tu tidak sama dgn salinan. Dapat??

Jika kamu kata tak berubah, tunjukkan autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu. Jika kamu tak tunjuk, maka ianya tinggal sangkaan semata-mata.


Lagi-lagi balik ke buku asal. Saudara sendiri pun tahu takde. Tapi salinannya masih ada, beribu-ribu lagi. Utk saudara menidakkan ini sila tunjuk bukti. Jgn cakap je. Buat dakwaan kena ada bukti, tidak ada itu namanya cakap bersangka-sangka.


Jika kamu rasa tak tukar then, tunjukkan autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu.


Saya dah tunjuk yg ianya tidak ubah sebab sama sepanjang masa. Saudara yg kata ada ubah. Maka saudara tunjuk bila, siapa, mana, apa yg diubah? Dapat? Atau cakap kosong lagi?

Salinan yang tak tukar itulah kemungkinan yang diimani oleh kelompok kristian golongan Arius yang mana akhirnya semua kitab-kitab golongan tersebut dibakar dan penguatkuasaa dijatuhkan yang mana jika mana-mana individu yang menyimpan kitab golongan terbabit, maka mereka akan dihukum bunuh.


Wow!! Ada sokongan ke atas apa yg saudara katakan ini? Alkitab Perjanjian lama ada dead sea scroll yg dirujuk ke zaman sebelum BC. Itu masih ada. Camna saudara kata dibakar?? Pelik, bersangka-sangka lagi..

Dibakar semua semasa golongan Arius yg wujud 300 masihi. Lupakah yg saya dah beri wujudnya manuskrip yg berumur AD 120 tahun dan sebelum AD300.

Bersangka-sangka lagi???

http://www.pemudakristen.com/artikel/keotentikan_naskah_pb.php

Tetapi yang menyalin semula autographnya asal yang ditulis oleh orang lain itu adalah mungkin Paulus atau golongan pengikutnya selepasnya. So jika pada masa tu penulis asalnya dah tiada, then memanglah takkan ada yang perasan.


Pelik dah kan saya dah katakan Paulus cuma penulis sebahagian perjanjian baru, bukan pengumpul semua buku tersebut. Buku-buku ini cuma dikumpul sesudah Paulus tiada. Jadi, camna Paulus nak tukar. Golongan lain tukar.... siapa golongan lain ini. Boleh beritahu. Sekali lagi bersangka-sangka?

Jika rasul-rasulnya atau penulis autograph itu masih ada, maka bagaimana autoraph itu boleh terkumpul pada satu individu atau satu golongan untuk disalin manuskript pertama dan dibukukan menjadi satu bible?


Alkitab cuma dibukukan dlm abad 200AD

http://en.wikipedia.org/wiki/New_Testament

Teliti dulu sebelum bercakap tu.

Rujuk tulisan kamu yang saa besarkan dan gariskan itu. Kita tahu bahawa semasa era Al-Quran diturunkan, bible kristian itu sudah wujud.


Ok... Saya silap bukan ribu tapi ratusan tahun. Maka, semua buku masih tidak dikumpulkan dlm zaman Paulus. Jadi, camna nak tukar?? Kan ada manuskrip yg wujud lebih lama daripada semua pengumpulan alkitab tu?

"ia cuma 2 pilihan yang ada". Itu sangkaan la tu


Itu bukan sangkaan. Tetapi itu kenyataan. A atau B. Takde yg lain. Sangat pasti takde C.

Kita tidak tahu apakah bahagian lain dalam bible itu juga berlaku salah salinan atau tidak.


Cam ni lah , kita check buku ke buku.... pas tu saudara beritahulah mana yg ada silap. Mula dgn buku kejadian... Silakan.

  Memang pelik, kerana bible mengatakan adanya Admin dalam silsilah Jesus dan kamu pula kata tiada Admin dalam silsilah Jesus. So memang pelik, walaupun kamu merujuk bible teapi kamu menafikan bible. Dan bible menafikan kamu.


Kena ingat translasi lain tidak mengatakan sedemikian. Camna saudara boleh kata alkitab menafikan saya. Rasanya saudara yg menafikan saya bukan alkitab.

Justeru jika kamu rasa saya tak faham apa yang dikatakan dalam 2 versi ayat Lukas 3:33 itu, then sila perjelaskan.


Wujud dua versi; satu dengan dan satu tanpa Admin dan Arni kerana dikatakan silap diterjemah dari Aminadab dan Aram. Boleh faham?

Jika ada, then tunjukkanlah buku asal itu, supaya kita boleh semak dan boleh bandingkan antara manuskript dengan buku asal itu supaya kita dapat mengesahkan segala sesuatu berkenaan masalah yang tertimpa ke atas bible itu.


Buku asal tu dah tiada. Saudara kan tahu. Buat apa suruh saya bagi. Kerana saudara dah ketandusan idea utk menidakkan apa yg dijelaskan saya?

Sekian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2011 09:56 AM | Show all posts

Reply 141# kompia23


   

Saya rujuk kpd alkitab yg saya pasti. Saudara yg katakan tidak pasti, maka saudara yg kena buktikan dulu yg asal tu tidak sama dgn salinan. Dapat??

jika kamu rasa pasti, then buktkan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan bible itu masih menyamai autographnya.

Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.

Bukti? ada.

Permintaan yang berulang. Tapi boleh saja saya ulang buktinya. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible.

Lagi-lagi balik ke buku asal. Saudara sendiri pun tahu takde.

so jika dah tak ada, maka tak perlu lah kamu bersangka-sangka terhadap benda yang sudah tak ada tu.

Tapi salinannya masih ada, beribu-ribu lagi. Utk saudara menidakkan ini sila tunjuk bukti. Jgn cakap je. Buat dakwaan kena ada bukti, tidak ada itu namanya cakap bersangka-sangka.

So buktikan salinan yg ribu-ribu tu menyamai autographnya. Tunjukkan autgraphnya untuk pembuktian.

Bukti? Dgn senang hati saya tunjukkan. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible.

Saya dah tunjuk yg ianya tidak ubah sebab sama sepanjang masa. Saudara yg kata ada ubah. Maka saudara tunjuk bila, siapa, mana, apa yg diubah? Dapat? Atau cakap kosong lagi?

Jika kamu rasa tak ubah then, tunjukkan autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu.

Bila? semasa penyalinan di buat.

Dimana? Di tempat si penyalin

Siapa? si penyalin salinan

Mana? Mana apa?

apa yang diubah? Contohnya Lukas 3:33 dan wahyu 1:11 tu.

Memang dapat.

Wow!! Ada sokongan ke atas apa yg saudara katakan ini? Alkitab Perjanjian lama ada dead sea scroll yg dirujuk ke zaman sebelum BC. Itu masih ada. Camna saudara kata dibakar?? Pelik, bersangka-sangka lagi..

Ada. Lihat sejarah. Golongan Arius tidak pernah anggap Jesus sebagai anak Tuhan atau Tuhan. Kepercayaannya adalah Jesus hanyalah utusan Tuhan. Kepercayaan unitarian. Tahu ker tak?

So, bible apa yg dirujuknya sehingga dia berkepercayaan seperti tu? Pastinya bible yang berlainan dengan bible yang menyebut Jesus adalah Tuhan.

Perjanjian Lama yang dijadikan rujukan oleh umat yahudi sebelum zaman Jesus lagi tu. Pada zaman Jesus, apa yang berlaku? Lihat John 18:19-40. Wujudnya pertembungan antara ajaran Jesus dengan ajaran imam kepala yang masih memegang PL itu.  Justeru jika PL yang wujud sebelum 300 AD itu tiada masalah, maka kenapa pertembungan antara ajaran Jsus dan ajaran imam kepala yahudi itu berlaku?

Dibakar semua semasa golongan Arius yg wujud 300 masihi. Lupakah yg saya dah beri wujudnya manuskrip yg berumur AD 120 tahun dan sebelum AD300.
Bersangka-sangka lagi???

So pastinya bible rujukan golongan Arius yang dibakar itu pada 300 masihi tu berlainan dengan manuskript yang berumur AD120 tahun dan sebelum AD300 itu. Jika sama, maka kenapa dibakar? Jika sama, maka kenapa kepercayaan golongan Arius tidak sama dengan kepercayaan golongan kristian yang anggap Jesus Tuhan?

Lihat manuskript berumur AD120 itu. Ketika penulis autograph PB menulis umur berapa? Menjelang manuskript 120AD itu, menjelaskan umur penulis autograph PB itu pastinya melebihi 120 atau 130 tahun malah pastinya lebih lagi mungkin mencecah 150 tahun. So menjelang manuskript 120AD itu, amat diyakkini penulis asal autograph bible sudah tiada lagi. Jesus lagi dah pasti sudah tiada. Pengumpulan buku-buku Pb saja dikatakan pada abad 1. Ini menjelaskan semasa pengumpulan buku-buku PB itu penulis asalnya berusia melebihi 100 tahun, maybe 140 tahun. So amat diyakini ketika itu penulis asalnya sudah tiada. Justeru manuscript PB itu tidk pernah sampai pada zaman Jesus seperti yg kamu dakwa.

So tidak bersangka-sangka.

Pelik dah kan saya dah katakan Paulus cuma penulis sebahagian perjanjian baru, bukan pengumpul semua buku tersebut. Buku-buku ini cuma dikumpul sesudah Paulus tiada. Jadi, camna Paulus nak tukar. Golongan lain tukar.... siapa golongan lain ini. Boleh beritahu. Sekali lagi bersangka-sangka?

Justeru itu menjelaskan bahawa kamu sendiri memahami manuscript PB tidak pernah sampai pada zaman Jesus dan pengikut-pengikutnya. Yes, boleh diterima yang mana Paulus tidak mengubah bible tetapi kita tidak boleh nafikan pengikutnya memainkan peranan tersebut yang didalangi oleh Paulus sejak dari peringkat awal lagi melalui tulisan-tulisannya yang disertakan dalam PB itu. Justeru pada masa penyalinan manuscript pertama PB dan pembukuan bible, kehadiran musrid Jesus tidak dapat dikesan, justeru manuscript bible itu tidak pernah disemak atau diperiksa oleh mereka. Maka tidak hairanlah jika pada masa tersebut pengubahsuaian dapat dilakukan.

Alkitab cuma dibukukan dlm abad 200AD

http://en.wikipedia.org/wiki/New_Testament

Teliti dulu sebelum bercakap tu.

Yes, itulah yang saya katakan. 200 AD baru dibukukan. Lebih kurang dua abad,  200 tahun. Dikumpulkannya mestilah sebelum 200 AD. Then bila? maybe 100 lebih AD. Justeru pada masa itu ketika dikumpulkan, semua pengikut Jesus, juga penulis autographnya sudah tiada. Fikirkan. Penulis autograph bagi perjanjian baru mula menulis umur berapa? Menjelang bible dibukukan, umur mereka mestilah lebih 200 tahun. Justeru secara logiknya memang dah tak ada. Penulis autogtaph perlanjian lama, lagi la pulak tak ada nya.

Ok... Saya silap bukan ribu tapi ratusan tahun. Maka, semua buku masih tidak dikumpulkan dlm zaman Paulus. Jadi, camna nak tukar?? Kan ada manuskrip yg wujud lebih lama daripada semua pengumpulan alkitab tu?

Pembukuan bible berlaku 200 AD. Pengumpulannya mesti berlaku sebelum itu. Justeru tidak mustahil pengumpulan berlaku setelah penulis autograph sudah tiada iaitu lama sebelum pembukuan dilakukan. Kita harus ingat, penyalinan memakan berapa lama? Walaupun ini menjelaskan Paulus tidak mengubah bible, tetapi warisannya iaitu pengikutnya berkebolehan berbuat sedemikian. Malah Paulus juga memainkan peranan kepada pengubahan tersebut melalui tulisan-tulisannya untuk mengubah ajaran sebenar yang ditulis oleh penulis asal autograph itu. Bukti ini ada yang mana kamu dapat lihat perbezaan hukum antara PB dan PL. Manuscript yang wujud lebih lama? Maksud kamu manuscript PL? Justeru sila pertimbangkan pertembungan ajaran yang dibawa oleh Jesus dan imam kepala yang merujuk kepada manuscript PL itu. Lihat John 18:19-40. Justeru jika manuscript Pl itu tiada bermasalah, maka kenapa wujud pertembungan antara ajaran Jesus dan imam kepala yahudi itu?



bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:58 AM | Show all posts
Reply 141# kompia23


sambungan...


Itu bukan sangkaan. Tetapi itu kenyataan. A atau B. Takde yg lain. Sangat pasti takde C.

   

Jika itu bukan sangkaan, then buktikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan apa yg kamu dakwa itu benar-benar tercatat dalam autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.

Cam ni lah , kita check buku ke buku.... pas tu saudara beritahulah mana yg ada silap. Mula dgn buku kejadian... Silakan.


Tak guna kita check buku ke buku, sebab yang check itu adalah sesuatu yg tidak dapat dipastikan kesahihannya.


Kena ingat translasi lain tidak mengatakan sedemikian. Camna saudara boleh kata alkitab menafikan saya. Rasanya saudara yg menafikan saya bukan alkitab.


Ituadalan antara manuskript dgn manuskript. Tetapi manuskript dgn autograph? Kita tak tahu.

so jika kamu rasa manuskript dgn autograph punsama, then buktikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan apa yang kamu dakwa itu. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.


Wujud dua versi; satu dengan dan satu tanpa Admin dan Arni kerana dikatakan silap diterjemah dari Aminadab dan Aram. Boleh faham?


pada sangkaan kamu.

Jika kamu rasa ianya silap terjemahan, then buktikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan dakwaan kamu. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.

Buku asal tu dah tiada. Saudara kan tahu. Buat apa suruh saya bagi. Kerana saudara dah ketandusan idea utk menidakkan apa yg dijelaskan saya?

Jika dah sedar buku asal takder, then tak perlulah buat andaian kosong terhadap buku asal yg dah tak der tu. Sebabnya tiada bukti andaikan kamu.


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 01:46 PM | Show all posts
jika kamu rasa pasti, then buktkan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan bible itu masih menyamai autographnya.


Dahpun buktikan salinan kan ada. Saudara buktikan yg keduanya tak betul pulak. Dapat??

so jika dah tak ada, maka tak perlu lah kamu bersangka-sangka terhadap benda yang sudah tak ada tu. So buktikan salinan yg ribu-ribu tu menyamai autographnya. Tunjukkan autgraphnya untuk pembuktian.


Salinan kan ada. Itu bukan bersangka. Itu pasti. Saudara buktikan apa yg saudara katakan tu. Rasanya saudara ni bukan nak menanya tetapi cuma mengacau. Takpe tu, saya akan lapor pada MOD.

Bila? semasa penyalinan di buat.

Dimana? Di tempat si penyalin Siapa? si penyalin salinan Mana? Mana apa?


Kalau itu jawapan saudara tu, bukankah itu langsung tak menjawab soalan. Kat mahkamah tu, hakim akan kata saudara menghina mahkamah. Boleh jawab ke.. siapa si pembunuh? Pembunuh tu lah.. Kat mana pembunuhan dibuat. Kat sana lah.. bila dibunuh. Masa kena bunuhlah.... kelakar betul lah saudara ni. Tak dpt jawab. Cakap je. Takde org akan salahkan saudara. Cuba lagi...

Ada. Lihat sejarah. Golongan Arius tidak pernah anggap Jesus sebagai anak Tuhan atau Tuhan. Kepercayaannya adalah Jesus hanyalah utusan Tuhan. Kepercayaan unitarian. Tahu ker tak?


Tak tahukah, kita pun sama unitarian, kami tak pernah katakan Tuhan itu tiga. Kami katakan tiga dlm satu. Satu Tuhan tiga bentuk.

Menjelang manuskript 120AD itu, menjelaskan umur penulis autograph PB itu pastinya melebihi 120 atau 130 tahun


Yesus mati pada AD33. Kalau begitu pun... yang penulis tu mungkin berumur ratusan tahun. kalau setua seperti yg dikatakan saudara pun, apa yg pelik.

Justeru manuscript PB itu tidk pernah sampai pada zaman Jesus seperti yg kamu dakwa. So tidak bersangka-sangka.


Pelik. Itu adalah yg tertua yg dijumpai. Bukan yg telah ditulis. Paparus adalah bahan yg mudah rosak.. dan utk bahan ini kekal 2000 tahun adalah amat sukar. Sebab tu, tak banyak yg tinggal tetapi ianya terpelihara oleh Tuhan. Sebab tu, kami katakan ia tidak diubahpun. Maka, bersangka-sangka lagilah saudara tu.

Maka tidak hairanlah jika pada masa tersebut pengubahsuaian dapat dilakukan.


Ada bukti pengubahsuaian tu? Takde. Ada bukti ianya sama. Ada. Kerana salinan semuanya sama. Kesian, bersangka-sangka lagilah saudara ni.

Then bila? maybe 100 lebih AD. Justeru pada masa itu ketika dikumpulkan, semua pengikut Jesus, juga penulis autographnya sudah tiada. Fikirkan. Penulis autograph bagi perjanjian baru mula menulis umur berapa? Menjelang bible dibukukan, umur mereka mestilah lebih 200 tahun. Justeru secara logiknya memang dah tak ada. Penulis autogtaph perlanjian lama, lagi la pulak tak ada nya.


Kalau saudara nak tahu senang je tu.... cari dlm internet banyak info tu. Perjanjian lama kan ada masa Yesus. Takkan dia tak perasan kot? Sekali lagi, buat andaian je. Berikan bukti kukuh seperti yg saya buat. Bagi website yg menyokong semua andaian saudara tu.

Pengumpulannya mesti berlaku sebelum itu. Justeru tidak mustahil pengumpulan berlaku setelah penulis autograph sudah tiada iaitu lama sebelum pembukuan dilakukan.


Maka, sebelum dibukukan manuskrip harus dikumpul. Ini bermakna manuskrip ini dah wujud lama sebelum AD120. Jika kita buat kiraan. 120-33 = 97 tahun. Yohanes hidup sampai ... 94 tahun... Kalau saudara lihat tu pun, saudara akan tahu masa menukarkan penulisan ini amat tipis je.

John's brother, James, was the first of the apostles to die; on the other hand, John was the last.  All of the apostles met a violent death, however, John died peacefully in Ephesus (at an advanced age, around the year 100 AD.)


Yohanes mati pada 100AD, takkan pengikut Kristian tidak tahu apa yg dikatakan Yohanes dlm masa 20 tahun tu..

Maksud kamu manuscript PL? Justeru sila pertimbangkan pertembungan ajaran yang dibawa oleh Jesus dan imam kepala yang merujuk kepada manuscript PL itu. Lihat John 18:19-40. Justeru jika manuscript Pl itu tiada bermasalah, maka kenapa wujud pertembungan antara ajaran Jesus dan imam kepala yahudi itu?


Itu berlaku kerana ia telah dinyatakan dlm nubuat Perjanjian lama.

Jika itu bukan sangkaan, then buktikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan apa yg kamu dakwa itu benar-benar tercatat dalam autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.


Ishk ishk ishk... dah tau takde buku asal. Masih nak tanya lagi.. Salinan yg ada masih sama dgn yg asal. Kalau saudara tak setuju. Tunjukkan buktinya.

Tak guna kita check buku ke buku, sebab yang check itu adalah sesuatu yg tidak dapat dipastikan kesahihannya.


Tak guna?? Maksudnya saudara bukan nak cari kebenaran ke?? Pelik, rasanya dulu saudara kata nak cari kebenaran. Sekrg saya beri peluang buku ke buku utk hilangkan semua keraguan. Itu pun tak nak? Jadi apa tujuan saudara buat kat forum ini? Jadi pengacau??

Ituadalan antara manuskript dgn manuskript. Tetapi manuskript dgn autograph? Kita tak tahu


Itu saya pasti sama. Sebab takde kristian masa tu AD120 yg mengatakan ianya berbeza dan ia kekal sama sesudah itu. kalau saudara katakan ianya berbeza maka, saudara tunjukkan buktinya. Dapat??? Sangkaan???

Jika kamu rasa ianya silap terjemahan, then buktikan, tunjukkan autograph bible untuk membuktikan dakwaan kamu.  


Dah buktikan. Manuskrip yg ada sama tiada beza. Kecuali kalau saudara ada bukti yg tunjukkan ia berbeza.

Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.


Saudara katakan ttg diri ke??? tak dpt beri hitam putih, tak dpt beri website utk menyokong saudara. Apa yg saudara ada?? Jgn meludah ke muka sendiri saudara.

Jika dah sedar buku asal takder, then tak perlulah buat andaian kosong terhadap buku asal yg dah tak der tu. Sebabnya tiada bukti andaikan kamu.


Saya katakan ianya sama kerana wujudnya manuskrip yg boleh dikesan ke zaman rasul itu. Jadi macam mana ia tidak sama. Kalau saudara katakan tak sama, saudara yg kena buktikan. Bukan saya.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply 137# kompia23


Hmm ... lari topik / thread ..{:1_126:}

DID JESUS REALLY DIE FOR MY SINS WHEN I  WAS A CHRISTIAN?

Jesus bukan mati untuk menebus dosa orang Kristian sahaja, malah untuk umat manusia. Namun begitu, hanya orang yang beriman kepada Jesus dan menurut perintah2 Allah sahaja yang diselamatkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059700 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list