CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4547|Reply: 33

[DRAMA MELAYU] ASTRO ORIGINALS - ONE CENT THIEF

  [Copy link]
Post time 9-10-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 18-10-2022 08:26 AM

Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.

One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.

Drama premium mengetengahkan genre jenayah thriller merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo dan beliau turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki. Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.

One Cent Thief mempunyai 8 episod, bakal temui penonton bermula 8 Oktober, setiap hari Sabtu, jam 9 malam ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria HD saluran 104, Astro Vinmeen HD saluran 202, Astro Shuang Xing HD saluran 307 (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime saluran 704. Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baru seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12.00 tengah malam menerusi strim di platform Astro GO atau On Demand.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
One Cent Thief
Episod: 8
Genre: Jenayah Thriller
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2022 (9.00 malam)
Waktu Siaran: Sabtu, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria HD, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing HD
Idea Asal: Alfie Palermo
Penulis Skrip: Alfie Palermo, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki
Pengarah: Ariff Zulkarnain
Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd & Independent Pictures

Watak Pelakon
Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
Faizal Hussein sebagai Abah (Shah Karim)
Azira Shafinaz sebagai Intan
Fabian Loo sebagai Ash Lee
Sofia Jane sebagai Ibu Zara
Aghonderan Sahadevan sebagai Devan
Amerul Affendi sebagai Kadak
Carmen Soo sebagai Irene
Sathisvaran Magesvaaran sebagai Dinesh
Krishna Kumar Nair sebagai Sathish
Rubi Rubini sebagai Mimi
Amir Nafis sebagai Wan Zairol
Fadhli Masoot sebagai Shemad
Aleza Shadan sebagai Mak Iman
Syed Irfan sebagai Iman Muda
Airiezara Jasmin sebagai Intan Muda

Lagu OST:
Tajuk: Punca
Penyanyi: Lil J & Putera Muhammad
Komposer: Amy Bong, Wan Saleh
Lirik: Amy Bong,Ateh Zack, Lil J

Sinopsis One Cent Thief
Mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
2 episod awal mmg puas hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
F685 replied at 9-10-2022 08:26 PM
2 episod awal mmg puas hati.

Dah 2 episod ke? Baru tgk 1st episode tadi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 9-10-2022 09:40 PM
Dah 2 episod ke? Baru tgk 1st episode tadi

Astro On Demand
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 10:10 AM | Show all posts
Dah tengok smlm 2 episodes so far memuaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2022 04:05 PM | Show all posts
so far puas hati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2022 01:52 AM | Show all posts
vibe mcm Scammer 1 n 2. BEST!!

tp pelik sbb bank dorang still gunakan buku dengan secara meluas. pdhal plot mcm tahun2 skrang tp beriya scene kluar n msuk duit guna buku tu. mayb sbb nk tnjuk mcm mana iman dpt idea 1 sen tu kot.

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2022 04:03 AM From the mobile phone | Show all posts
follow..best jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 02:25 PM | Show all posts
kat mana nak tengok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bukannasigoreng replied at 13-10-2022 02:25 PM
kat mana nak tengok?

Astro Ria, Astro go or on demand.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
graxier06 replied at 12-10-2022 01:52 AM
vibe mcm Scammer 1 n 2. BEST!!

tp pelik sbb bank dorang still gunakan buku dengan secara meluas. pd ...

Buku yg dia guna pon buku ASB.. yg mana skrang ni ASB da x yah pakai buku pon..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 12:36 PM | Show all posts
babycc replied at 15-10-2022 12:57 PM
Buku yg dia guna pon buku ASB.. yg mana skrang ni ASB da x yah pakai buku pon..

itu la bg i dia mcm kecelaruan timeline.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
X phm knp india tu beriye nakkan diorang.. duit hutang da bayar.. dah la patutnya.. knp nak sibuk mana org tu dpt duit utk byr??
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 09:46 AM | Show all posts
babycc replied at 17-10-2022 10:53 PM
X phm knp india tu beriye nakkan diorang.. duit hutang da bayar.. dah la patutnya.. knp nak sibuk ma ...

rasanya india tu nk tau mcm mana dia boleh dpt duit yg banyak dlm masa sekejap. biasa la org jahat dia dh dpt apa dia dpt tp dia rs pelik dia akan korek gak bnda tu. kira mcm tamak la. lg la si Iman keja bank so lagi la dorang rs pelik sgtr2 mcm mana dia boleh dpt duit byk tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 10:08 AM | Show all posts
Episode 3 mcm tak menarik sangat.
Tp iols frustlah kalau ayah Iman tu mati.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:06 AM | Show all posts
masuk yg india tu ada spoiling sikitla...patut fokuskan apa dia buat dulu..but puas hati la tgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 18-10-2022 11:06 AM
masuk yg india tu ada spoiling sikitla...patut fokuskan apa dia buat dulu..but puas hati la tgk

Kan..??? Rasa mcm semak India tu.  Tp x tau la kan kalau episod2 akan dtg best.. x sabar tgu ep 4
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2022 07:02 PM | Show all posts
episod4 best gak. baru tau siapa Ibu Zara (Sofia Jane) dan kenapa gak kenapa India tu di drag smpi 3/4 episod. Tapi lega la India tu dh xde. So skrang Iman kna deal ngan Ibu Zara je dengan bantaun Kadak.

dAH agak dh bos intan si Irene tu msti something n mesti dia ada kena ngena ngan pembunuhan bos bank tu. Silap2 dia geng Ibu Zara kot.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.119321 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list