CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pulanglah Syamira

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode

NOR Syamira hilang sejak Jumaat. FOTO ihsan Sarina Jaafar

Kuala Lumpur: "Jika dia dipaksa, saya minta jasa baik pihak terbabit untuk pulangkan anak saya dengan selamat. Tapi jika dia pergi dengan rela, saya cuma nak dia balik," kata Ahmad Anafiah Ibrahim, 47, bapa kepada Nor Syamira yang dipercayai hilang sejak Jumaat lalu.

Nor Syamira, 20, yang bekerja di sebuah pusat peranginan di Kuala Tahan, Pahang, disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas habis bekerja kira-kira jam 5 petang.

Ahmad Anafiah berkata, anak kelima daripada lapan beradik itu keluar rumah ke tempat kerja bersama kakaknya dengan menunggang motosikal.


"Kira-kira jam 4 petang, Syamira beritahu kakaknya yang dia mahu keluar membeli air. Pada mulanya kakak menghalang dan memintanya tunggu sehingga habis waktu kerja, tapi dia beritahu dahaga.

"Jadi dia terus keluar dan apabila habis saja waktu kerja, kakaknya mendapati Syamira tidak balik ke pusat peranginan itu dan menyangka motosikalnya kehabisan minyak.

"Kakaknya kemudian pulang ke rumah dan bertanya sama ada Syamira sudah pulang kerana tidak kembali ke tempat kerja. Kami cuba menghubungi telefon bimbitnya tapi gagal lalu saya keluar mencari di kawasan sekitar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Ahmad Anafiah berkata, hanya motosikal yang ditemui di tepi jalan kira-kira 400 meter dari pusat peranginan itu.

Susulan itu, Ahmad Anafiah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut pada hari sama selain turut membuat hebahan di media sosial bagi meminta bantuan orang ramai mengesan anaknya itu.

Katanya, sehingga kini tiada khabar berita mengenai kehilangan Syamira namun keluarga berharap anaknya itu dapat ditemui dengan segera.

"Saya sangat berharap dia kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Saya sedar saya tidak mampu memberi Syamira dan anak-anak lain kemewahan, tetapi saya bersyukur kerana berpeluang menjaganya selama 20 tahun," katanya.

Ahmad Anafiah juga berterima kasih kepada orang ramai yang memberi semangat dan cuba membantu mereka selain mendoakan kebaikan buat semua.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Syamira boleh menghubungi Ahmad Anafiah dan isteri, Sarina Jaafar di talian 017-9643403.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 8/pulanglah-syamira
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059174 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list