View: 1752|Reply: 12
|
Mungkin Dia Tahu Dia Nak Pergi? "Yana Samsudin Terpaksa Hantar Ke Hospital, Bukan Halang Bapa Nak Buat Ibadah
[Copy link]
|
|
Ekoran tahap kesihatan yang menurun, bapa pelakon Yana Samsudin dimasukkan ke hospital bagi memantau keadaannya meskipun warga emas itu enggan berbuat demikian.
Yana atau Norliana Samsudin, 38, berkata, bapanya, Samsudin Jamuri tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital kerana tidak mahu terlepas melakukan ibadah berjemaah bersama keluarga di rumah.
Namun kata Yana, demi kebaikan bapanya, dia terpaksa juga menghantar bapanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Foto: IG
"Abah sedih saya bawa dia ke hospital sebab katanya dekat sini tak dapat pergi solat Jumaat, tak dapat solat berjemaah lima waktu di rumah.
"Dia suka jadi imam lebih-lebih lagi bersama ibu, anak-anak dan cucu-cucunya yang berkumpul di rumah.
"Saya sedih, bukan paksa dia ke sini nak halang buat ibadah tetapi demi memantau tahap kesihatannya. Mungkin dia tahu dia nak pergi? Sejak bulan September dia asyik tanya tarikh dan hari apa. Semuanya Allah maha mengetahui," katanya.
Yana berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.
Dalam pada itu, Yana memberitahu sebagai seorang anak dia tidak kuat melihat keadaan bapanya tetapi cuba berlapang dada dengan ujian melanda mereka sekeluarga ketika ini.
"Setiap kali saya sakit atau berasa sedih, jarang sekali saya beritahu orang sebab memang tak suka, tetapi hari ini saya tak kuat, terlalu sedih.
"Saya cuba menerima kenyataan memohon pertolongan dari Allah dan doa daripada orang ramai, menjaga hati agat sentiasa dalam keredaan-Nya. Menyiapkan diri dan persiapkan diri.
"Anak abah ini tewas. Semoga kami sekeluarga semua kuat, Insya Allah. Terima kasih atas pinjaman setakat ini, segala-galanya Allah. Alhamdulillah," tulisnya lagi.
Menerusi hantaran sama, Yana turut mengharapkan doa daripada pengikutnya agar bapanya diberikan kesembuhan.
"Hari Jumaat yang berkah ini saya dengan tanpa rasa malu mohon doa kalian, sesiapa yang nampak hantaran ini untuk bapa saya Haji Samsudin Haji Jamuri supaya dipermudahkan segala urusannya dunia akhirat.
"Mohon ampun jika ada kesalahan yang pernah dibuat sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Saya sedar dalam dunia ini semua pinjaman Allah, sampai masa bila-bila Allah boleh ambil semula," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah meninggal ke atau tengah sakit? Tak jelas berita ni. Apa pun innalillahi wainna ilayhi rajiun. Semoga baik baik semuanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni sejak kawen terus sendu habis ye..skang job pe je dia ni slain dari main game? |
|
|
|
|
|
|
|
Main game? Wah...bagus tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Den pun xjelas berita ni..tp den rs, ikutkanla permintaan ayahmu ITU..blh JD ITU permintaan terakhirnya..bawa la pulang ayahmu klu DIA mahu begitu.. supaya ko xrs kekesalan dilain Hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih plak kalau ceta pasal abah ni berair mata ku lihat abah nye, semuga pakcik cpt sembuh n blh pulang ke rumah berjemaah bersama anak2 n cucu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun konfius. Ayah dia meninggal ke sakit? |
|
|
|
|
|
|
|
konfius daku. sakit tenat? atau dah meninggal? bercelaru semuanya.
Kalau sakit tenat, syafakallah uncle. semoga diangkat kesakitan dan dipermudahkan semua urusan..
kalau dah meninggal, salam takziah utk yang ditinggalkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit tenat kot.
Macam dia masukkan bapa dia ke private hospital. Bagus Yana kalau buat gitu. Selesa sikit orang tua tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat dia sakit tp xnak duduk hospital.apo yg susah sgt xfaham korg ni ponnn
Syafakallah pakcik.semoga cepat sembuh.cepat keluar hospital |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by 3chanceno at 8-10-2022 07:08 AM
Semuga Allah permudahkan urusan Ayah & famili Yana ini...di waktu ini diharap Yana banyakkan berdoa & bertabah hendaknya..bukan mudah nak hadapi masalah ini, tapi mohon yg terbaik dari Allah...teringat meols saat2 getir sebelum arwah ayah pergi buat selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pasal dia ni aku mesti teringat hidung dia
Dulu lain sekarang lain
Nampak sangat |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pakcik diberi kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
| |
|