CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16293|Reply: 362

"Bahan Semua Gred A,"-Peniaga Bengang Kena Hadap KPDNHEP, Pelanggan Mengadu Kuih Talam Keladi RM10 Terlampau Mahal!

[Copy link]
Post time 6-10-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Dalam satu perkongsian video yang kini tular di aplikasi TikTok, seorang peniaga meluahkan perasaan kerana berdepan tindakan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) susulan aduan daripada pengguna.


Menurut peniaga tersebut, pengguna berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana harga kuih talam keladi jualannya didakwa mahal iaitu RM10 untuk satu bekas.


Dalam video tersebut, peniaga berkenaan membuat penjelasan terperinci mengapa kuih jualannya diletakkan dengan harga sedemikian.






"Drama di sebalik talam keladi berlauk. Kami akui harga kami sedikit mahal, tetapi demi menghasilkan kuih premium, kami menggunakan bahan-bahan yang juga mahal.


"Kami menggunakan udang kering gred A, kami juga menggunakan keladi dan santan ori tanpa menggunakan tepung.


"Demi menghasilkan homemade sauce, kami terpaksa membeli bahan di Jaya Grocer. Ya, kami tak jumpa lagi, taucu berkualiti tinggi di kedai supermarket biasa.


"Bawang goreng kami juga bukan bawang goreng tepung," jelasnya.







Dalam nada berbaur kecewa, peniaga tersebut turut 'menegur' mentaliti sesetengah individu yang beranggapan kuih tradisional patut berharga murah.


"Bukan senang sebenarnya nak buktikan yang kuih Melayu mampu setanding dengan desserts dari luar negara sebab kita sudah terbiasa dengan harga tidak boleh lebih dari RM3.


"Namun pengalaman ini membuatkan saya lebih berhati-hati dengan harga. Kami putuskan untuk kecilkan lagi saiz supaya harga lebih menjadi mampu milik untuk semua orang.


"Dengan harga yang sudah terpapar, marilah kita semua menjadi pembeli yang bijak," luahnya lagi.


Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi yang dilalui peniaga berkenaan dan memberikan kata-kata sokongan buatnya.


"Suruh dia buat sendiri lain kali. Sedapnya nampak, kalau dekat saya beli dah ni.


"Ini masalah customer kadang-kadang tak tahu harga kos untuk barang-barang mentah. Macam saya baker, memang kadang serba salah nak beritahu harga, padahal semua mahal.


"Nak makan tapi berkira dengan diri sendiri susahlah. Nak murah, buat sendiri," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 11:28 AM | Show all posts
Ada ke bahan gred A di malasia ini kerana semua sarikat mahu jimat saja sampai ceo pun buat kerja macam buruh kasar
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 11:30 AM | Show all posts
beli je skli skla nk selalu tu takla..takat nk makan sdri kejap je aku buat.
mahal kos beli sama ajuga kos buat sdri tapi lebih berbaloi buat sdri bole makan byk kali.
harap peniaga ni takyahla pikir nk untoNG LEBIH.
alah takat kuih talam campak2 je siap kos less then 2 ingget.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 11:45 AM | Show all posts
sedap tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 11:50 AM | Show all posts
agaknya kalo setalam berapa dia jual huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ekelehhh level b40 sangat yg komplen tu pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu nk bisnes kena tau kita nk jual pd Sapa golongan b40 atau t20, baru blh kira harga brg modal, bak kata cikgu yg ajar subject perdagangan d skolah dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 12:46 PM | Show all posts
tengok macam portion besar je rm10 tu... sedap ke tak masalahnya?
kalau tak sedap ok la komplen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 12:49 PM | Show all posts
taucu apa dia guna yang berkualiti tinggi sangat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 12:52 PM | Show all posts
ingatkan RM10 setalam

rupa2 nya sebekas cenonet mungkin boleh muat 3 ketul kot...

ni lah ummah...uols letak harga RM10 mmglah mahal...cuba letak dalam 4.50 - 5.50..ok lah lagi...

ni terus2 letak RM10 ..mmg kena report la
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya yg komplen tu bukan target market pnjual. Tu je. Bila dia letak harga gitu dia tau sape sasaran pembelinya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal sgt tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaya grocer bangi gateway
kalau udang kering situ mmg mahal lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul harga2 brg tu gred a pun..
n peniaga kne la carik idea cut cost..
Xkan la xde org jual kat shoppee or lazada bhn2 tu..
N knp nak kne pkai gred a pun.. restoran kat bangi je pun bukan michelin star or nak hidang kat tetamu vvip..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbg peniaga ko kena pndi nk beli gred a murah kat mana...

Bakery jual butter rm10lah, cheese philadephia belas..

Aku beli butter dgn cheese xsmpi pun jrga bakery jualll

Jgn jd bodoh sgt sb kenaikan kos tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:08 PM | Show all posts
cer share sikit taucu gred tinggi mana yang dia beli sampai takde jual kat lain kecuali jaya grocer? taucu imported la kot? yg komen pun satu, rasa mahal takyah beli la mungkin kau bukan target market dia yang sampai nak report tu apahal. Tak pun tanya je terus kat penjual tu ha apsal harga camtu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab kuih ni aku base kan harga pada rasa. Rm10 kalau sedap memang aku akan beli lagi.  Kek butter pon sama, aku sanggup beli yg mahal asalkan sedap.. sekali sekala apa salahnya, bukan selalu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:15 PM | Show all posts
ntah2 kedai kt KLCC kot, la cucur ke apa namanye

tak silap mahal kue situ, wa pn dah tak tgk harga dia,

tp wa rasa baik makan nasi la dr makan kue la cucur tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:18 PM | Show all posts
buat 2 versi la
barang gred A - rm10
barang gred E - rm5

barula customer tk komplen
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 6-10-2022 02:22 PM

Kenapa kena berlauk,  tak boleh kosong ka, traditional betul2 mana ada berlauk, buanglah lauk tu,  pernah nak buy roti canai,  roti canai kosong xde tetapi roti canai bawang pisang telur ada pulak, ini semua pekedai tamak haloba mau paksa pembeli beli brg yg diorg setkan utk target dapat untung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.252562 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list