View: 2310|Reply: 25
|
"Bagi Makan Kucing Pun Dikutuk, Tapi Bila Buat Show Orang Yang Kecam Tu Ramai Datang"-Baby Shima
[Copy link]
|
|
Tak diam dengan kontroversi! Penyanyi Baby Shima meluahkan rasa sedih apabila sering menjadi mangsa kecaman netizen di laman sosial.
Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli mengakui hairan apa sahaja yang dilakukan pasti mengundang rasa kurang senang netizen terutamanya mengenai pemakaian yang dikatakan seksi.
Kata Shima, dia tidak pernah menayangkan tubuh badan, sebaliknya ada selebriti lain yang lebih seksi tetapi dipuji pula.
Foto: IG
"Saya ada perasan segelintir selebriti wanita lain yang lebih seksi sehingga menayangkan aset tetapi tidak dikecam.
"Sebaliknya mereka dipuji dan tidak pula dikecam. Malah, saya yang tidak pernah menayangkan aset secara terbuka pula sering mendapat perhatian netizen," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Shima berkata dia kini lebih terbuka dan tidak seperti dahulu cepat melenting apabila dikecam dengan komen negatif.
"Sekarang saya sudah lali dan tidak kisah jika ada yang masih mengecam kerana apa sahaja yang saya lakukan pasti ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.
"Bagi makan kucing pun kena kecam, buat apa sahaja semuanya dikecam, tapi bila buat show ramai pula yang datang," ujarnya.
Sementara itu, Shima memberitahu dia pernah menerima panggilan daripada seorang ustaz yang memberi teguran secara peribadi.
"Saya suka menerima teguran secara peribadi tanpa nama disebut kerana jika ditegur secara umum, saya jugalah yang akan menerima kecaman netizen nanti," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pemakaian dia tak nampak macam retis eak
Macam minah rempit ja manjang ku tengok.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang Indon ramai minat sgt minah ni...apa Yang diorg minat ntah |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya hodoh dik kau pakai seluar gitu. cuba la classy sikit. kadang orang seksi tapi pemakaian classy. maka tak lah dikutuk teruk macam kau.
n kau pulak senang butthurt, merempan tiba-tiba.. |
|
|
|
|
|
|
|
jejarihalus replied at 6-10-2022 11:48 AM
Orang Indon ramai minat sgt minah ni...apa Yang diorg minat ntah
Ye lah pakai baju pasar malam..
Gedik2 gelek..
Indon ingat sekufu dgn diorg.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rempit sgt kain baju kau, simah. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang show tu kau sorg ke beramai?
Xnah pulak tgk konsert kau sorg je..
Takat artis jemputan nyanyi satu dua lagu xyah la perasan diorg dtg utk kau..
Haritu meroyan xleh gi indon..
Ni knp netizen malaysia or media malaysia jugak kau hadap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dimaafin sbb body ok muka pun siap. Nyanyi live pun ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Dressing mcm indon ada lg ka org pakai high waisted pants melekat + crop top gitu? Skg bukan fashion ala2 Korean look ka? |
|
|
|
|
|
|
|
mana ko tau yg dtg tu yg kecam? ko tanya dorg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
jejarihalus replied at 6-10-2022 11:48 AM
Orang Indon ramai minat sgt minah ni...apa Yang diorg minat ntah
dia kan bawak lagu macam irama dangdut pastu badan dia pon memang jenis yg org sana suka |
|
|
|
|
|
|
|
jijilaaa replied at 6-10-2022 02:14 PM
janda kan?
eh, bila masa dia kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Nada lembaga
Dia sorang kena kecam takleh nak heret orang lain
Tapi lembaga 8 pelating telaping tu siap petik nama la |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 6-10-2022 02:30 PM
eh, bila masa dia kawen
Sebelum jd popular lg..
Tu yg menggelitis mcm cacing kne simbah acid.. |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 6-10-2022 02:48 PM
Sebelum jd popular lg..
Tu yg menggelitis mcm cacing kne simbah acid..
oh, makjan rupanya. I tak tahu uols dia dah pernah kawen |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon acik bayi simah hire stylist mahal ckit sbb semua pakaian acik bayi nampak murah & jelik. Mcm fesyen indon tahun 2000. Zaman2 AADC bole la... |
|
|
|
|
|
|
|
Baby Syima akan nikahi pengurus sendiri[size=0.82]Zaidi Mohamad
[email protected]
May 21, 2015 @ 6:23pm
KUALA LUMPUR: Juara Bintang Idola Berita Harian 2010, Baby Syima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli memilih pengurusnya Mohd Afrendie Affendy (Andy) sebagai bakal suaminya.
Baby Syima, 23, sudah mengenali pengurusnya sejak lima tahun lalu. Dia adalah anak didik Edry Abdul Halim dan penyanyi Adam AF. Baby Shima juga adalah artis di bawah naungan Aico Empire Group, firma yang diusahakan Andy dan Adam.
Majlis perkahwinan Baby Shima dan Andy akan berlangsung pada 7 Jun depan di Dewan Azalea, Johor Baharu selepas mereka bertunang dalam satu majlis ringkas di Sabah, 1 Mei lalu dengan dihadiri keluarga terdekat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|