View: 18662|Reply: 181
|
Fouziah Gous Akhirnya Tampil Jawab Tuduhan Gelaran Datuk Datin Palsu!
[Copy link]
|
|
Akhirnya Datin Fouziah Gous tampil bersuara!
Pelakon ini menafikan dakwaan mengatakan pangkat dan gelaran yang diberikan kepadanya dan suami, Datuk Zhafran Md. Yusof sebagai palsu.
Katanya , gelaran kebesaran tersebut diterima daripada pihak Istana Pahang sekitar tahun 2016 namun suaminya menghadiri majlis pengurniaan pada hujung 2017.
Foto: IG
“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
“Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah,” katanya kepada Kosmo.
Fouziah juga meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran datuk suaminya untuk menyemak perkara tersebut dengan pihak bertanggungjawab.
“Saya maklumkan kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kami mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
“Jika tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana perkara sebegitu boleh terjadi tetapi takkan kami nak terus terjah.
“Pastilah kena ada adab dan saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu namun nama mereka tidak tersenarai dalam sistem."
Katanya lagi sekiranya pingat kebesaran tersebut adalah palsu tidak mungkin gelaran mereka boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
“Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa boleh digunakan?
“Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan, macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas?
“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit, ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Banyak benda yang sensitif, saya takut nak cakap lebih.”
Pangkat tersebut juga dimiliki bukan kerana mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki sudah sedia bergelar datuk.
“Saya bukan mendirikan rumah tangga dengan sugar daddy dan berkahwin dengan orang yang sama-sama mencari duit.
“Kami sama-sama saling membantu mencari apa yang kami impikan.” -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Came here to read comments |
|
|
|
|
|
|
|
Boksit ke |
|
|
|
|
|
|
|
datuk boksit |
|
|
|
|
|
|
|
"saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu namun nama mereka tidak tersenarai dalam sistem."
......Ye laaa...yg ramai2 tu sama kategori dgn laki hang, beli barang takdak resit. Sbb tu hang tak boleh pi istana tanya awat takdak dlm sistem... la ni aku nak tanya, mana resit bukti pembelian tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dari istana negeri itu, ramai sedia maklum |
|
|
|
|
|
|
|
dlm kuboq malaikat x panggil hg datuk datin dah...ye ye je...p luaq negara msti org trtanya2 what is datuk, what is datin...kt mlysia leh la canang rata |
|
|
|
|
|
|
|
acikku replied at 5-10-2022 05:32 PM
kalau dari istana negeri itu, ramai sedia maklum
Alaaa dari Pahang ke?? Hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Apa kaitan nak buat passport,ic semua tu dgn gelaran?kau fikir org kat imigresen tu kisah kau datuk,tan sri,toh puan ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan serius - dalam IC dgn pasport mmg ada letak dato datin tun dato seri bagai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila dlm ic kene buh pangkat gelaran etc |
|
|
|
|
|
|
|
ipanimanz1 replied at 5-10-2022 05:52 PM
dlm kuboq malaikat x panggil hg datuk datin dah...ye ye je...p luaq negara msti org trtanya2 what is ...
entah, bukan laku pon title tu dekat luar |
|
|
|
|
|
|
|
takde istilah tidak tersenarai dalam sistem nyah kalau benda dah lama.
Lame nya alasan |
|
|
|
|
|
|
|
Yalls try hard nya nk justify. Kikikiki |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam passport memang ada letak gelaran ke?
Teringat kwn iols dia naik MAS, masa isi form dia letak gelarannya datuk, sampai ke sudah steward stewardess panggil dia datuk padahal duduk economy class jah haha |
|
|
|
|
|
|
|
Heret sekali yah imigresen...jpn semua..hahaha..kalau isi borang rsanya ada la tanya title.. tapi kalau dokumen rasmi mcm passport ka IC mmng xda rsanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan.
Ewww takkan nak letak gelaran dalam ic and passport |
|
|
|
|
|
|
|
Dari negara bauksit kah gelaran yituuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke dalam IC Dan passport
Ada letak puan sri dato sri datin Dan sewaktu dgnnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila jpn imigresen layan segala pangkat di pangkal nama ni
Ko hengat hantar kad jemputan ke nak sebut2 yg berbahagia dato datin nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|