CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2433|Reply: 40

Sampah Berlonggok Di Taman Perumahan, Dah Setahun Penduduk Menderita Hidu Bau Busuk Setiap Masa

[Copy link]
Post time 5-10-2022 09:01 AM | Show all posts |Read mode
KUALA NERUS: Penduduk yang tinggal berdekatan tempat pembuangan sampah di Taman Perumahan Awam Kos Rendah Mengabang Lekor, Batu Rakit di sini terpaksa menghidu bau busuk daripada longgokan sampah tersebut pada setiap hari.


Mereka mendakwa tong sampah yang disediakan tidak mencukupi hingga sampah melimpah dan bertaburan.


Seorang penduduk, Mariam Adam, 57, berkata, dia yang tinggal paling hampir dengan tempat pembuangan sampah itu tersebut terpaksa menghidu bau busuk pada setiap masa le­bih setahun lalu.




Foto: Utusan




Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan keluarganya tinggal dalam keadaan tidak selesa terutamanya pada waktu makan.


“Dari pagi hingga malam, saya sekeluarga terpaksa berhadapan dengan masalah bau busuk longgokan sampah itu.


“Saya tidak pasti bila masalah ini akan selesai kerana tidak tahan lagi menderita hidu bau busuk sampah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Perumahan Awam Kos Rendah Mengabang Lekor, Batu Rakit di sini, hari ini.


Mariam memberitahu, keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan penduduk bertindak membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan sehingga sampah bertaburan.


Seorang lagi penduduk, Hasbi Felix, 50, pula memberitahu, pi­hak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja mengangkut sampah juga didapati tidak mengangkut sampah mengikut jadual.


Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan berlaku longgokan sampah sehingga memenuhi kawasan itu.


Malah, tambahnya, sampah yang dibuang agak jauh dari tong sampah pula tidak diangkut dan dibersihkan.


“Sampah tersebut sepatutnya diangkut dengan lebih kerap untuk memastikan sampah tidak mencemari kawasan tersebut,” ujarnya.


Sementara itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Perumahan Awam Kos Rendah Mengabang Lekor, Mohd. Ri­duan Mat Radi, 40, memberitahu, masalah longgokan sampah tersebut sudah dilaporkan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganhmu (MPKT), namun, masih berlarutan.


Menurutnya, dia sebelum ini terpaksa mengambil inisiatif menyewa jengkaut untuk membantu menimbus longgokan sampah tersebut.


“Langkah itu diambil selepas mendapati banyak longgokan sampah yang dibuang lebih 400 penduduk di taman ini mencemari kawasan itu,” katanya.


Tambahnya, dia juga meminta MPKT menyediakan tong sampah yang besar untuk menampung sampah yang banyak.-CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Setahun lalu, sejak lobai ambil alih gantung lah ni? Mmg lobai ni xreti urus tadbir negeri kan, ada jah masalah smpah lah, balak lah, air lah. Xguna!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:09 AM | Show all posts
kalo dah tahu xde og kutip, buat la gotong royong ke. sewa lori anta ke pelupusan ke. ini dah berlonggok mcm tu, nak bising. sampah tu semua dr korang jugak.

kebanyakan penduduk bertindak membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan sehingga sampah bertaburan

saman jek kontraktor y x buat keja tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni masalah pengurusan mpkt sejak dulu...sejak dipecah daerah mpkt masih pegang k.nerus...mmg teruk tak buat kerja dorg ni. daerah2 lain ok je pengurusan sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
greantea replied at 5-10-2022 09:09 AM
kalo dah tahu xde og kutip, buat la gotong royong ke. sewa lori anta ke pelupusan ke. ini dah berlon ...

Kalau dah berlanjutan tak larat juga nk gotong royong tiap2 minggu. Nak sewa lori? Penduduk makan pagi kais pagi dikkk...nak makan pun bercatu area batu rakit sana ... Lain la area gong badak rumah2 banglo.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 09:45 AM | Show all posts
dah busuk buang sampah pon bersepai2 pakai plastik merah kuning pasar malam tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 11:01 AM | Show all posts
Sendiri buang, sendiri complain..
Sejenis pemalas, semua suruh orang buat sampai kebersihan pun minta tolong orang lain.. Kebersihan ni bermula dari diri sendiri bukan mengharap orang lain.. Pergi negara luar sibuk puji negara orang lain bersih, tapi negara sendiri tak reti jaga.. Atas alasan nanti Majlis takde kerja.. Sorry to say macam takde akal..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:01 AM | Show all posts
Pergi je hamun kat badan berwajib tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 11:07 AM | Show all posts
Nnasda53 replied at 5-10-2022 11:01 AM
Pergi je hamun kat badan berwajib tu.

rasanya dah byk kali hamun dah...so it's time dorang panggil press utk war2kan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:10 AM | Show all posts
mejaputih replied at 5-10-2022 11:07 AM
rasanya dah byk kali hamun dah...so it's time dorang panggil press utk war2kan...

Hamun bawa press sekali dan viralkan.
Selalunya dah viral elok je depa selesaikan.
Dalam kata tak ada lory tak cukup pekerja.
Elok je bole selesai
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:13 AM | Show all posts
Nnasda53 replied at 5-10-2022 11:10 AM
Hamun bawa press sekali dan viralkan.
Selalunya dah viral elok je depa selesaikan.
Dalam kata tak  ...

tu la...kena viralkan semasa hamun tu...baru tergadah semua..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
For the first time dlm gambar tak ada yg tuding jari ke arah sampah spt kebiasaannya…
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:27 AM | Show all posts
Ramai2 ler pakat buat report berterusan baru kerja jalan.  Kadang kalau satu report je lambat sikit nak bertindaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 5-10-2022 11:36 AM

Korang bayar sewa tak sebulan? Macam perumahan aku ni bayar setiap bulan dekat majlis perbandaran. So tak kira siang malam kadang 2,3 pagi pun kutip sampah. Benda kalau ada duit memang laju la. Ni kalau main campak2 je sisa orang, takda moral support lak memang takdelah nak kutip.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku dh pindah da dari situ
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 1 salah tu letak tong besar sampah berdekatan rumah orang. Kena jauh at least 500 meter dari kediaman. Kenapa bodoh eh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
teruk sgt longgokannya tu tapi sama je kat area kg iols pun sama, kg husband pun sama. walhal kami dok k.trg tu 10min jah dari mbkt tu.
cumanya utk kes taman2 ni i rasa silap dari both parties; kalau tnya penduduk kat situ cukai pintu berkurun tak bayar sbbnya duluuuu ms first time pas amik alih depa mansuhkan cukai pintu then bn amik alih depa wujudkan balik. bila wujudkan balik yg 5thn x byr tu tup2 penduduk kene byr lumpsum. pastu penduduk smpai skrg mmg x byr, yg dulu dan yg skrg lori smpah pun kdg2 mai kdg2 tak mai (ni kat tmn mil- dekat dgn yissstana yg x duduk tu). tmn2 baru wujud rasanya takde mslh kot.
sbb tu kalau tgk taman2 lama byk kejadian longgokan sampah. trg darul runtuh darul sampah???
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja majlis perbandaran ni. Takde sistem e-aduan ke nak report semua ni?
JMB takde juga ke? Ke u all tak bayar maintenance bulanan.
Sampai camtu teruknya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 5-10-2022 11:35 AM
Korang bayar sewa tak sebulan? Macam perumahan aku ni bayar setiap bulan dekat majlis perbandaran. S ...

Sewa tu means cukai pintu la kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 5-10-2022 11:41 AM
teruk sgt longgokannya tu tapi sama je kat area kg iols pun sama, kg husband pun sama. walhal  ...

Haha...sbgi warga sana faham sgt kan...adik iols byr cukai pintu..tp haram tak kutip pun sampah..pastu style kat sana lori dtg kat tong besar je..jd penduduk kena angkut ke tong besar..tu yg berlonggok gila byk sampah tu..tak mcm kat selangor ni, lori kutip dari setiap tong individu dpn rumah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.853256 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list