CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2714|Reply: 38

Anak Sakit Buah Pinggang Telan19 Pil Sehari- Ibu 8 Lapan Anak Tumpang Rumah Abang, Suami Sakit Saraf Tak Mampu Kerja Berat

[Copy link]
Post time 5-10-2022 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Krai: Di sebalik wajahnya yang tenang, tiada siapa menyangka Siti Aufa Mohd Rosdi, 10, menderita penyakit buah pinggang sejak lima tahun lalu disebabkan sindrom Nefrotik dan pelbagai penyakit lain sehingga perlu mengambil ubat sebanyak 19 biji sehari.


Ibunya Suhada Hamzah, 39, berkata anak kelima daripada sembilan beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan ketika berusia lima tahun, dan pada masa sama turut mempunyai penyakit darah tinggi serta sawan.


Menurutnya, pada awalnya dia sudah melihat perubahan pada Siti Aufa apabila dia mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, selain mukanya juga sembab.




Foto: Harian Metro




"Bagi mendapatkan kepastian, Siti Aufa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut.


"Doktor pakar mengesahkan Siti Aufa menghidap penyakit buah pinggang disebabkan sindrom Nefrotik dan apa yang lebih membimbangkan ialah penyakit yang dideritainya sama seperti arwah kakaknya, Siti Hawa yang meninggal dunia pada 2018.


"Degupan jantung ketika itu seolah-olah terhenti dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perasaan saya sebagai seorang ibu apatah lagi anak diuji dengan penyakit pada usia masih muda sedangkan Siti Aufa seorang yang aktif," katanya.


Suhada berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan sumbangan wang zakat dan barang keperluan harian di rumahnya di Kampung Stong, di sini.


Menurutnya, disebabkan penyakit itu, anaknya kerap 'ponteng' sekolah kerana keadaan kesihatan Siti Aufa tidak menentu berikutan antibodi yang lemah selain sering mengalami demam.


"Bagi memantau tahap kesihatannya, Siti Aufa perlu berjumpa pakar pediatrik di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebulan sekali.


"Malah, dia bersama suami, Muhd Rosdi Ismail, 55, dan lapan anak terpaksa menumpang di rumah abang sejak lebih lima tahun lalu disebabkan kesempitan hidup.


"Kehidupan kami sekadar cukup makan sahaja kerana suami yang sebelum ini bekerja sebagai kontraktor kini tidak lagi mampu melakukan kerja berat akibat penyakit saraf disebabkan kemalangan jalan raya selain terjatuh dari pokok sejak beberapa tahun lalu," katanya yang menjual anak pokok durian selain mengambil tempahan makanan untuk menyara keluarga.


Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03020-41-00012554-3 atas nama Suhada Hamzah atau menghubunginya di talian 017-2408267. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 10:01 AM | Show all posts

Siti Aufa Mohd Rosdi, berumur 10 tahun, telan ubat 19 biji sehari. Hidapi penyakit buah pinggang, darah tinggi dan sawan

Telan ubat 19 biji sehari

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ubat-19-biji-sehari

Hazira Ahmad Zaidi
[email protected]

Disiarkan pada: Oktober 5, 2022 @ 7:00am


SUHADA perlu memberikan ubat kepada Siti Aufa setiap hari akibat penyakit buah pinggang, darah tinggi dan sawan ketika ditemui di rumahnya di Kampung Stong, Kuala Krai. Foto Hazira Ahmad Zaidi

Kuala Krai: Di sebalik wajahnya yang tenang, tiada siapa menyangka Siti Aufa Mohd Rosdi, 10, menderita penyakit buah pinggang sejak lima tahun lalu disebabkan sindrom Nefrotik dan pelbagai penyakit lain sehingga perlu mengambil ubat sebanyak 19 biji sehari.

Ibunya Suhada Hamzah, 39, berkata anak kelima daripada sembilan beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan ketika berusia lima tahun, dan pada masa sama turut mempunyai penyakit darah tinggi serta sawan.

Menurutnya, pada awalnya dia sudah melihat perubahan pada Siti Aufa apabila dia mengalami kesukaran untuk membuang air kecil, selain mukanya juga sembab.

"Bagi mendapatkan kepastian, Siti Aufa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut.

"Doktor pakar mengesahkan Siti Aufa menghidap penyakit buah pinggang disebabkan sindrom Nefrotik dan apa yang lebih membimbangkan ialah penyakit yang dideritainya sama seperti arwah kakaknya, Siti Hawa yang meninggal dunia pada 2018.

"Degupan jantung ketika itu seolah-olah terhenti dan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perasaan saya sebagai seorang ibu apatah lagi anak diuji dengan penyakit pada usia masih muda sedangkan Siti Aufa seorang yang aktif," katanya.

Suhada berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Cempaka Merah Asnaf Society Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan sumbangan wang zakat dan barang keperluan harian di rumahnya di Kampung Stong, di sini.

Menurutnya, disebabkan penyakit itu, anaknya kerap 'ponteng' sekolah kerana keadaan kesihatan Siti Aufa tidak menentu berikutan antibodi yang lemah selain sering mengalami demam.

"Bagi memantau tahap kesihatannya, Siti Aufa perlu berjumpa pakar pediatrik di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebulan sekali.

"Malah, dia bersama suami, Muhd Rosdi Ismail, 55, dan lapan anak terpaksa menumpang di rumah abang sejak lebih lima tahun lalu disebabkan kesempitan hidup.

"Kehidupan kami sekadar cukup makan sahaja kerana suami yang sebelum ini bekerja sebagai kontraktor kini tidak lagi mampu melakukan kerja berat akibat penyakit saraf disebabkan kemalangan jalan raya selain terjatuh dari pokok sejak beberapa tahun lalu," katanya yang menjual anak pokok durian selain mengambil tempahan makanan untuk menyara keluarga.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03020-41-00012554-3 atas nama Suhada Hamzah atau menghubunginya di talian 017-2408267.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:38 AM | Show all posts
"Malah, dia bersama suami, Muhd Rosdi Ismail, 55, dan lapan anak terpaksa menumpang di rumah abang sejak lebih lima tahun lalu disebabkan kesempitan hidup.

"Kehidupan kami sekadar cukup makan sahaja kerana suami yang sebelum ini bekerja sebagai kontraktor kini tidak lagi mampu melakukan kerja berat akibat penyakit saraf disebabkan kemalangan jalan raya selain terjatuh dari pokok sejak beberapa tahun lalu," katanya yang menjual anak pokok durian selain mengambil tempahan makanan untuk menyara keluarga.



mcmna ya nak cakap... cukuplah dulu tambah anak. x kesian ke anak hidup serba kekurangan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jom menderma.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:28 AM | Show all posts
jangka hayat adik ni tak panjang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2022 11:34 AM | Show all posts
sian                                                                                                
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak sakit saraf dah 5.tahun
Ada plak.anak kecik dalam gambo.tu
Kontrol.la.....kesian anak2...dok.menumpang plak.tu..
Harap3.sumbanhan yang.diberikan dalam.akaun.tu dpt.la.cari rumah sewa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 12:21 PM | Show all posts
jem kepala otak baca macam ni. misekin tak bkesudahan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat sembuh amiin insyAllah.
Byknya ubat, harap xde pape side effect lah. Kuat adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 5-10-2022 11:41 AM
Bapak sakit saraf dah 5.tahun
Ada plak.anak kecik dalam gambo.tu
Kontrol.la.....kesian anak2...dok.m ...

Takda perkataan control/kawal dalma kamus hidup dorg..mentality dorg lain. Pulak tu dorg berpegang kepada anak itu rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:47 PM | Show all posts
Dalam pada menumpang dan sakit saraf, keluar sembilan anak ye. Emmm.... entahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 5-10-2022 12:51 PM
Takda perkataan control/kawal dalma kamus hidup dorg..mentality dorg lain. Pulak tu dorg berpegang ...

Tu lah kan
Tp.kalau dah.siap.menumpang rumah orang...sepasukan.bola.plak.tu...
Haruuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 5-10-2022 02:47 PM
Dalam pada menumpang dan sakit saraf, keluar sembilan anak ye. Emmm.... entahlah.

Urat saraf tang tu elok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
I x fhm...husband dulu kan kontraktor..kata x kerja ni baru 5 tahun..knp x buat rumah waktu keje dulu..bkn kontraktor biasa byk duit ke...and then klu x mampu awat ramai sgt anak...x sihat pula tu..ke lmls keje...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 03:22 PM | Show all posts
kerja kontrak/buruh binaan kot..bukan kontraktor kot..kot la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2022 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
imanamsyar replied at 5-10-2022 03:22 PM
kerja kontrak/buruh binaan kot..bukan kontraktor kot..kot la...

Maybe kot .contractor buat kerja2 kampung
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 04:56 PM | Show all posts
x nak komen lebih2...
semoga dipermudahkan urusan ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah kesian nya ank
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 5-10-2022 02:52 PM
I x fhm...husband dulu kan kontraktor..kata x kerja ni baru 5 tahun..knp x buat rumah waktu keje dul ...

Mungkin kepala sub..Jenis yg ada geng 3-4 org bwh dia and biasa diorg ambik job2 kecik sekitar kmpg. Indon pun ramai dh jadi kepala sub..idok la kaya pun. Bila tak boleh kerja geng2 pun terpaksa lari cari rezeki kt tmpt lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.162220 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list