View: 841|Reply: 4
|
Bapa Durjana Jadikan Bayi Sendiri Sebagai Perisai Elak Ditangkap Polis
[Copy link]
|
|
Bapa durjana, begitulah seorang lelaki yang menjadikan anaknya berusia setahun sebagai 'perisai' dalam serbuan polis.
Brandon Matthew Douglas Leohner, 27, memegang bayi sambil dikepung oleh pasukan polis di sebuah restoran makanan segera pandu lalu.
"Letakkan budak itu, letakkan budak itu," kedengaran jeritan polis ketika mengepungnya dalam kejadian di Florida, Amerika Syarikat.
Leohner kemudian diserang oleh anjing polis menyebabkannya dia jatuh ke tanah sebelum ditahan.
 Foto: Metro
Seorang anggota polis kemudian tampil ke hadapan untuk mengambil bayi yang sedang menangis, dengan hanya memakai lampin dan baju.
Kejadian yang menggemparkan itu turut disaksikan oleh beberapa pemandu kereta yang sedang beratur di bahagian pandu lalu restoran berkenaan.
Leohner didakwa menculik bayinya sendiri dan memandu di Palm Coast, Florida, secara melulu dengan kanak-kanak itu di pangkuannya.
Kanak-kanak itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dan kembali ke pangkuan ibunya.
Leohner kini sedang menunggu perbicaraan tanpa jaminan. -CARI
Sumber: mStar/ Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bapak tak guna knp xmati je |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic: Besar jugak baby dia
Baby kokesen baka baik mesti le besar cuolls
|
|
|
|
|
|
|
| |
|