View: 1494|Reply: 13
|
Dahlah Salah Sita Rumah, Siap Tidur Dalam Dan Guna Api Air Beberapa Hari
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di wilayah Pathum Thani, Thailand, terkejut apabila mendapati mangga kunci rumahnya telah ditukar, barangan peribadi dirampas serta papan tanda bertulis ‘Untuk Dijual’ diletakkan di hadapan rumahnya akibat disita oleh bank, lapor laman berita Thaiger semalam.
Bank Simpanan Kerajaan dilaporkan menghantar seorang bailif ke rumah milik wanita berkenaan, Kanchana pada 5 September lalu dan ketika melakukan prosedur sita, dia menukar mangga kunci dan merampas semua barangan milik wanita itu.
Bukan itu sahaja, bailif tersebut turut tidur di dalam rumah Kanchana dan menggunakan bekalan elektrik serta air kediaman tersebut selama tiga atau empat hari.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202210/04/205923ygp7utzygytutyfe.jpg) Thaiger
Bagaimanapun, apa yang membuatkan wanita itu benar-benar marah, adalah bailif tersebut sebenarnya telah menyita rumah yang salah.
Kejadian itu disedari jiran Kanchana apabila pegawai bank meletakkan papan tanda bertulis: “Dilarang menceroboh. Harta milik bank,” bersama nombor rumah yang salah iaitu 99/44, sedangkan wanita berkenaan tinggal di rumah bernombor 99/38.
Selepas menelefon Kanchana pada 15 September dan bertanyakan perkara sebenar yang terjadi, wanita berkenaan yang berada di lokasi lain ketika itu, bergegas pulang ke rumahnya.
Menurutnya, dia tidak pernah berhutang sehingga tidak dapat membayarnya atau disaman seumur hidupnya. Dia kemudian menghubungi pihak bank, namun pegawai khidmat pelanggan memaklumkan hanya akan menghubunginya dalam masa tiga hari bekerja.
Pada hari berikutnya, Kanchana membuat laporan di Balai Polis Lam Lum Kaeo sebelum seorang wakil peguam bank tersebut menghubunginya bagi memohon maaf kerana telah menyita rumah yang salah.
Anggaran kerugian ditanggung wanita itu adalah sekitar 2 juta baht (RM246,447) dengan beberapa barangan telah dimusnahkan termasuk pakaian, buku, potret keluarga, perhiasan serta beberapa barangan yang dikatakan memiliki nilai sentimental.
Kanchana berkata, dia sehingga kini masih menanti bagaimana bank tersebut akan membayar ganti rugi kepadanya kerana meskipun telah sebulan kejadian itu berlaku, tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak bank.
Individu yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut berdepan dengan dakwaan berkaitan pencerobohan, rompakan dan menyebabkan kerosakan harta benda peribadi.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyooooo kesiannya dia
Samanlah Kak |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya bank tak bayar ganti rugi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Drug addiction is a complex disease that affects all aspects of an individual. It affects the brain and manifests in an inability to stop using a particular drug (such as alcohol, nicotine, or a narcotic) even as it causes physical damage to the body and emotional damage in one's relationships. Without treatment, drug addiction causes progressively worse devastation that is both chronic and potentially fatal. Obviously, obtaining treatment for drug addiction is key, and New Vista has different ways to help those affected by this disease.
https://newvista.org/drug-addiction
|
|
|
|
|
|
|
|
Saman pihak bank tu, jangan tak saman |
|
|
|
|
|
|
|
lupuskan harta orang?
inilah negara dunia ketiga
tidak tahu erti makna other people's lives
also, dia tidur situ 3-4 nights dan ini tentu sekali menyalahi regulations banking
|
|
|
|
|
|
|
|
Bank kat mana2 pun sama rupanya
Bab nak kasi ganti rugi tu liat amat |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tuu aku suke je bank kena tipu dgn pompuan amoi yg bank tersilap masuk akaun smpai 3 juta.. kalo aku .. aku beli rumah terus... palat punya bank |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 5-10-2022 08:21 AM
bab menuntut berdessuppp
Haaa betul3 |
|
|
|
|
|
|
|
Knp dia duduk situ sampai 4 hari?
Xkan xsita rumah lain.. atau family xreport ke kau xbalik rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
report polis je la..saman juta juta sket |
|
|
|
|
|
|
|
Bank mmg cilakak... nak bukak akaun bukan main susah ada polisi KYC (know your customer) hujung2 akaun org lain kene scam bank lepas tangan puihhhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|