View: 1010|Reply: 13
|
Balu Rider Dirempuh SUV Terima Pencen Perkeso Sepanjang Hayat
[Copy link]
|
|
Sedikit kelegaan di sebalik kedukaan untuk balu yang kehilangan suaminya, Allahyarham Muhaimin Said selepas terkorban dalam satu kemalangan apabila menerima dua bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Balu arwah, Nur Izwana Othman, 26, menerima Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan untuk Akta 4 berjumlah RM882.98 sebulan yang dibayar secara berkala sepanjang hayat.
Perkeso memberikan bantuan kepada balu rider kemalangan dirempuh SUV.
Selain itu, Nur Izwana juga layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) berjumlah RM837 sebulan yang akan dibayar seumur hidup.
Kedua-dua faedah itu diserahkan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada balu arwah di kediamannya di Kampung Rantau Panjang pada Isnin.
“Waris juga menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 untuk sekali bayar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi Akta 789.
“Bagi caruman SKSPS, arwah merupakan salah seorang daripada penerima insentif Kerajaan menerusi SPS Padanan Caruman (SPS Gig) di bawah Bajet 2022,” katanya kepada media.
Pada 3 September lalu, Muhaimin, 34, yang dalam perjalanan untuk mengambil pesanan makanan pelanggan terkorban akibat dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Haji Sirat, Meru di Klang.
Akibat rempuhan tersebut, Muhaimin disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan organ dalaman.
Balu arwah, Izwana ketika menerima bantuan diberikan oleh Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed
Tambah Azman, walaupun arwah Muhaimin tidak lagi bekerja dengan majikan dalam sektor formal, namun dia masih dilindungi di bawah Akta 4 kerana skim perlindungan ini adalah berasaskan prinsip ‘Once In, Always In’.
“Oleh itu, orang tanggungan layak menerima Pencen Penakat apabila Orang Berinsurans (OB) meninggal dunia akibat sebarang sebab sebelum mencapai umur 60 tahun dan memenuhi syarat kelayakan caruman,” katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah dapat pencen kak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemangsa dah kena tangkap ke belum?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nanti dia dah kahwin lain pon still akan dapat ke pencen tu eh bulan2? Curious nak tau |
|
|
|
|
|
|
|
mana dpt, kene bagi org lain
nnti kes bunuh suami pertama makin berlambak, psl si isteri bole dpt duit+somi baru yg lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Mini.Me replied at 4-10-2022 07:28 PM
Kalau nanti dia dah kahwin lain pon still akan dapat ke pencen tu eh bulan2? Curious nak tau
Ya tetap dapat seumur hidup...adik kak dpt walau dia dah kawin lain....dpt RM3500 sebulan |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 4-10-2022 07:47 PM
mana dpt, kene bagi org lain
nnti kes bunuh suami pertama makin berlambak, psl si isteri bole dp ...
Dapat la...ramau je ibu tunggal yg laki mati bini dpt walau kawin lain...ada beberapa org yang rapat dgn aku dpt... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah semoga meringankan beban sis
Semoga kuat semangat meneruskan kehidupan sis
Gitu I tinggalkan pesan motivasi kepada sis |
|
|
|
|
|
|
|
Ye. Betul. Tetap dapat. Seumur hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-10-2022 07:49 PM
Ya tetap dapat seumur hidup...adik kak dpt walau dia dah kawin lain....dpt RM3500 sebulan
Oo yeke...ingat mcm bantuan jkm ke zakat tu lepas kahwin lain terus stop...
Tenkiu kaka for the info |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 4-10-2022 07:47 PM
mana dpt, kene bagi org lain
nnti kes bunuh suami pertama makin berlambak, psl si isteri bole dp ...
Konpiden kau bang |
|
|
|
|
|
|
|
Mini.Me replied at 4-10-2022 07:28 PM
Kalau nanti dia dah kahwin lain pon still akan dapat ke pencen tu eh bulan2? Curious nak tau
Ye dapat sepanjang hayat |
|
|
|
|
|
|
| |
|